Jangan Bagi Alasan Tiada Masa. Bawa Jalan Sekejap Pun, Sampai Bila-Bila Anak Ingat

Share

Bila anak makin besar terasa cepatnya masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah makin lincah dan petah bercakap. Jasad kecil yang di sambut dulu kini dah boleh berlari dan sentiasa menjadi penghibur hati.

Pandai merajuk, pandai ikut apa yang kita cakap, makin mesra dan keletah yang tak kan pernah buat kita kering gusi dan terhibur. Masa kecil ni lah masa terbaik untuk kita luangkan masa bersama mereka.

Banyak lakukan aktiviti luar bersama anak-anak untuk ajar mereka ” explore ” sesuatu yang baru. Dia nak pegang pasir biarkan, mereka nak masuk dalam air biarkan. Mereka sedang belajar sesuatu yang baru.

Bila kita luangkan masa bersama anak, waktu terasa begitu laju bergerak. Rasa macam baru satu malam pergi bercuti, tapi hakikat nya dah 4 hari tanpa kita sedar waktu berlalu. Tawa, tangis, gurau senda serta ragam anak menjadi pengubat keletihan kita.

Rasa setiap detik dan waktu begitu berharga. Bila dengan anak ni, kita rasa nak hari hari bercuti bersama mereka. Mencipta memori indah bersama anak. Banyak aktiviti yang boleh kita lakukan bersama anak.

Tak perlu kita berhabis beribu ringgit, anak ni kita bawa pergi main tepi pantai pun mereka dah seronok. Kalau rasa tak mampu bawa melancong ke luar negara, bawa bercuti dalam Malaysia pun jadi lah.

ARTIKEL LAIN [Selalu Bawa Main Pantai Atau Sungai, ANak Jadi Lebih Berani Dan Aktif]

Yang penting ” moment ” bersama mereka. Kenangan yang sangat indah bila boleh luang masa dengan anak. Jangan bagi alasan ” tiada masa ” dan ” kurang mampu “. Esok esok mereka dah besar mereka cakap tak ada masa dan tak ada duit nak jenguk kita jangan tanya kenapa!

Sumber: Ariff Ismail

Published by
Wan Amalia Mohd Daud