Kala di tanya apa yang isteri suka pastinya isteri tidak meminta untuk dibelikan barangan, apatah lagi barang yang mahal seperti beg tangan berjenama, barang kemas atau apa jua dengan nilaian yang tinggi. Terasa berat hati menggunakan duit suami yang sepatutnya dibelanjakan untuk anak-anak. Begitulah seorang isteri.
Jika berniat untuk menghadiahkan isteri barangan, jangan ditanya atau elakkan memberi wang sebaliknya terus sahaja membeli kepada mereka. Pemberian sebegini tidak kira mahal atau murah, isteri akan hargai dan simpan sampai bila-bila.
Perkongsian saudara Muhammad Yusof ini benar belaka. Jika diberikan wang, sudahnya isteri akan membelanjakan pada keperluan hidupnya yang sama-sama boleh digunakan dengan suami, bukan untuk dirinya sendiri. Jom ikuti perkongsiannya.
Saya dan isteri hidup sederhana. Hidup biasa-biasa sahaja. Tapi syukur, cukup makan, cukup pakai. Kami ni kalau pergi shopping complex besar-besar kami tak tahu nak tuju ke mana sebab pakai jenama branded-branded ni bukanlah ‘dunia’ kami. Tapi kalau masuk kedai RM2, Mr Diy, kedai Eco atau pasar malam, tempat tu macam ‘heaven’ bagi kami. Berplastik-plastik kami boleh beli kalau pergi tempat macam ni.
Tapi rezeki PKP ni, saya ada lebihan duit sikit. Time tu dan-dan je lalu pulak handbag jenama Coach kat timeline fb saya. Nampak cantik. Saja saya screenshot bagi kat bini ‘beg sayang lama dah, apa kata darling ganti beg yang ni. Cantik tak?’
Bini saya kata buat apalah beli beg mahal-mahal ni. Pakai je mana yang ada. Selagi boleh pakai. Pakai.
Saya jawab alahai, sekali-sekala je pakai jenama berkualiti, pakai pun sedap dan tahan lama sikit.
Lepas tu bini bagi jawapan, ‘takpe, buat masa ni sayang tak nak lagi beg tapi kalau nak beli jugak bagi je duit tu kat sayang..’
Ads
Saya pun bagilah dia sejumlah duit. Dan, saya fikirkan mungkin dia mesti beli beg berjenama yang mungkin lebih murah sikit berbanding jenama Coach atau LV.
Isteri Beli Barang Keperluan
Lain yang kita fikir, lain pula yang dibeli isteri. Itulah yang selalunya terjadi.
Rupa-rupanya sangkaan saya meleset. Bini saya guna duit tu untuk beli mesin scanner yang boleh edit terus document. Saya terfikir kalau dah namanya cikgu, scanner jugak yang dibelinya. Rasa nak marah jugak saya sebab buat apalah beli scanner. Kan saya suruh beli handbag.
Dia kata banyak nak kena edit document masa PKP ni nak bagi kat anak-anak murid dia. Begitulah perempuan. Saya rasa kebanyakkan perempuan pun macam isteri saya.
Ads
Lelaki ni kalau beli barang entah apa-apa je. Beli pun untuk kegunaan sendiri. Jam Gshock lah, kasut NMDlah, Adidas Yeezylah, helmetlah, raket badmintonlah, spotrim barulah, basikal MTBlah, baju bandlah dan segala jenis benda tapi untuk guna sendiri.
Tapi tengok kalau perempuan membeli. Dorang akan beli vacuum robot, periuk Noxxa, Iron Phillips, peti sejuk almari, mesin lipat baju, mesin pengering baju, Air fryer, tupperware ikut warna baju, tudung saji moden, mesin scanner, printer Epson atau thermomix dan segala jenis peralatan elektrik dan dapur.
Pendek kata semua yang dorang beli tu bukan untuk kegunaan dorang sahaja tapi untuk kemudahan satu keluarga.
Silap-silap suami yang dok pertikai benda-benda yang isteri beli tu ‘mahallah’, ‘kena simpan duit untuk masa depanlah’, silap-silap dia yang terhegeh-hegeh pakai semua yang isteri beli tu.
Ads
Sebab tu suami janganlah halang isteri nak beli apa sebab apa yang dorang beli tu sebenarnya pelaburan yang sangat memudahkan urusan sekeluarga.
Belikan saja, jangan bagi wang
Ya itulah yang sebaiknya. Isteri akan simpan dan menjaga sebaiknya hadiah dan pemberian suami berbanding wang ringgit yang akan digunakan untuk keperluan anak, bukan dirinya sendiri. Tak gitu?
Buat suami, kalau ada rezeki lebih beli lah sesuatu buat isteri kerana isteri ni suka hadiah-hadiah daripada suami ni. (Terutama emas). Pulut dakap la, gelang getah lah. Sebut je nak beli emas bling, bling, semua isteri-isteri 13 minggu senyum sendiri tanpa henti. Tidur malam pun senyum. Suami tak sempat order kopi o terus bini buat kopi dalgona special.
Hehehehe (digelak)
Sekali-sekala bagi ‘something special’ kat isteri sebab nak hargai isteri, apa salahnya kan? Bukan selalu. Betul tak isteri-isteri?
Sharelah bagi suami baca. Bagitau suami sangat tak rugi beli emas sebab sekurangnya ada la jugak ‘getah gelang’ boleh menunjuk sap, sap, angkat lengan baju macam Mami Jarum kan? Hehe Emas, kalau takde duit atau masa susah boleh letak kat Ar-Rahnu.
Mana tau bila share tau-tau nanti suami ter, diulangi ter.. beli pulut dakap ke, pulut durian d88 ke. Tak salah tabur umpan, mana tahu mengena. Tambah-tambah mora ada lagi ni.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Merajuk sudah umpama perkara biasa bagi seorang anak kecil yang bila kemahuannya tidak dituruti. Seorang kanak-kanak lelaki yang mahu lari dari rumah gara-gara merajuk dengan ibunya menarik perhatian ramai.
Mana tidaknya anak kecil itu yang membawa beg sandang terus menaiki basikalnya di hadapan rumah dan mengugut ibunya untuk keluar.
Menerusi perkongsian video seorang pengguna Tik Tok @yusmalisa_shazrenda, gelagat anak kecil itu yang sedang mengemas pakaian di dalam begnya konon ingin lari dari rumah amat menarik perhatian ramai.
Menurut perkongsian dari video ibunya, ini merupakan kali ketiga drama anaknya mahu lari rumah dalam minggu yang sama. Comel!
“Rindu dengan drama ‘nak lari dari rumah’ dia,” tulis ibunya di kapsyen.
“Can you not make fun of me” kata anak kecil itu.
Paling menarik perhatian pastinya beberapa pesanan ibunya ketika hendak keluar rumah. Bukan itu sahaja, bahkan gelagat ibunya yang memujuk anak kecil itu dalam pelbagai cara menarik perhatian ramai. Memang kelakar.
Anak kecil itu yang dikenali sebagai Qasy Qaider dilihat nekad menaiki basikal di hadapan rumah dan membuatkan ibunya mengejar sambil merakam gelagat anaknya.
Selepas pujukan demi pujukan serta bermacam-macam janji yang ditaburkan termasuklah membelikan PlayStation 5, akhirnya drama lari dari rumah berjaya ditangani. Si cilik akhirnya berjaya dipujuk dan masuk semula ke dalam rumah.
Video drama lari dari rumah ini sehingga kini mendapat 748K jumlah tontonan, dengan 60K tanda suka.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut terhibur melihat drama dua beranak itu yang menarik perhatian ramai.
Selain membeli sahaja kek hari jadi anak, ada waktunya sesekali terfikir di fikiran untuk menghasilkan kek buatan sendiri supaya lebih dihargai malah mencari kepuasan ibu-ibu. Namun adakalanya bukan semua yang dihasilkan menjadi dengan baik. Ada kalanya kek langsung tidak menjadi, bantat dan hasilnya mengecewakan.
Tak mahu anak kecewa, lebih-lebih ibu yang berusaha sepanjang hari untuk menyediakan kek hebat, ada baiknya kita mencuba idea ibu ini Yusni Ibrahim, yang menghias sendiri kek super hebat buat anaknya. Memang simple dan superb!
Jangan susah hati kalau tak pandai baking. Ini lah cara paling senang nak prepare kek sendiri tapi tak nak kek tu TAK JADI. So beli je kek kosong then hias sendiri. Puas hati. Kek yang murah pun akan nampak macam mahal, beli kek budget RM10 pun boleh asal kek. Tapi sebab saya ada voucher diskaun dan dah lama teringin makan kek ni so saya belilah kek mahal sikit, after discount dapat sebijik RM55.
Patung-patung boleh beli je kat kedai bakeri, ada yang bawah RM10 untuk 1 set. Kekadang sebijik RM1 pun ada, tak pun kat shopee pun banyak.
Cake topper pun boleh cari kat Shopee, banyak murah-murah, dalam 90 sen pun boleh dapat. Susun je semua tu atas kek, inshaAllah jadi. Buat ikut budget dan kemampuan sendiri. Yang penting modal murah tapi nampak macam mahal, try lah. Selamat berkarya.
Kek indulgence pakai grab food.
Beli kat shopee je, kat kedai bakeri pun banyak mainan yang lain dan murah-murah ikut budget.
Bagi dia mandi kolam buih dulu, kena bersih sebab nak letak atas kek.
Saya lekatkan je sellotape kat pencungkil gigi sebab sayang nak tebuk mainan ni.
Cake topper ni boleh google, print dan lekat kat kertas keras.
Then korang susun je mainan dan cake topper atas cake. Topper happy birthday tu pun boleh cari kat Shopee. Boleh dapat bawah RM1.50 yang penting ikut budget.
Untuk lebih advance, logo tu boleh potong satu persatu then tekap kat atas fondant dan potong. Start dari luar dulu then ke dalam.
Hasil menyusun.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pada 28 Oktober 2023 lepas, telah berlangsungnya acara Project Parenting Care 2023 yang bertempat di KL Sentral, Kuala Lumpur. Tujuan acara ini diadakan adalah bagi memberi kesedaran kepada ibu ayah tentang kepentingan menjaga kebersihan gigi dan mulut, kesihatan serta keselamatan anak di dalam kenderaan.
Seawal jam 9 pagi, para peserta telah berkumpul untuk mendaftar dan mengmbil gambar di ruangan yang disediakan. Bukan itu saja, para peserta untuk pertandingan mewarna juga bergaya dengan pakaian yang melambangkan cita-cita mereka. Ada yang mahu mengenakan pakaian ala pemain bola, doktor, guru, model dan banyak lagi.
Demonstrasi Gosok Gigi Yang Betul
Acara yang berlangsung dari pagi sehingga petang ini menyaksikan komitmen ibu ayah untuk menimba ilmu serta memberi pendedahan kepada anak-anak untuk bersosial. Selain pertandingan mewarna, sesi sembang santai untuk berbincang tentang kesihatn gigi telah diadakan dengan kerjasama Klinik Pergigian Anitawaty.
Bagi berkongsi ilmu tentang kesihatan gigi, Dr Anitawaty Mukhtar telah bercerita tentang cara-cara penjagaan kebersihan gigi, gusi dan mulut. Selain itu, beliau turut membawa set gigi khas untuk membuat demonstrasi teknik menggosok gigi yang betul untuk kesihatan yang menyeluruh.
Ternyata sesi bersama Dr Anitawaty memberi kesedaran kepada ibu ayah yang hadir. Lebih menarik lagi, peserta yang hadir banyak bertanyakan soalan dan berkongsi pengalaman mereka sendiri untuk memelihara kesihatan gigi anak.
Sejurus selepas sesi bersama doktor, peserta diberikan peluang untuk membuat pemeriksaan asas gigi secara percuma dan mencuba sendiri ubat kumur keluaran Klinik Pergigian Anitawaty. Memang meriah, berpusu-pusu peserta mahu mendapatkan konsultasi dari doktor dan pembantu perubatan yang ada.
Belajar Cara Keluarkan Hingus Anak
Selepas belajar tentang kesihatan gigi, sesi diteruskan bersama Dr Nabihah yang mewakili Klinik Dr Alyna. Para peserta dapat mempelajari teknik untuk mengeluarkan hingus bayi. Selain itu, Dr Nabihah turut menerangkan tentang pengambilan ubat dalam kalangan anak yang masih kecil.
Dr Nabihah berkesempatan untuk menunjukkan demonstrasi dua kaedah yang boleh digunakan sekiranya bayi mengalami demam, batuk dan selesema. Semasa sesi bersama Dr Nabihah, banyak peserta yang bertanyakan soalan dan turut berkongsi cara mereka menangani situasi anak semasa tidak sihat.
Lebih menarik kerana demonstrasi dibuat dengan cara yang mudah menggunakan bahan yang sedia ada di rumah. Bagi memudahkan para peserta untuk memahami kaedah yang betul, Dr Nabihah membuat demonstrasi tersebut dengan seorang bayi yang hadir untuk Himpunan Bayi Comel.
Ramai Bayi Comel!
Salah satu aktiviti yang ada pada hari tersebut adalah Himpunan Bayi Comel Buckle Up yang meraikan 100 orang bayi yang memakai pakaian bertemakan kartun. Pujian harus diberikan kepada semua ibu ayah kerana sokongan dan semangat mereka membawa bayi dengan pelbagai props menarik bagi merebut kedudukan Top 5.
Ada yang mengenakan baju kartun adiwira, haiwan comel dan banyak lagi. Paling comel, ada juga ibu ayah yang turut memakai baju mengikut tema kartun. Semangat betul!
Kesedaran Tentang Keselamatan Dalam Kenderaan
Biarpun Himpunan Bayi Comel Buckle Up ini diadakan secara santai, namun tujuan asal Project Parenting Care 2023 ini tetap tidak dilupakan. Kehadiran Child Occupant Safety Trainer, Ms. May Hwong mewakili jenama car seat Joie telah membuka mata para ibu ayah untuk mengutamakan keselamatan di dalam kenderaan.
Ms. May turut memperkenalkan standard terbaharu iaitu ECE R129 yang jauh lebih baik kerana kualiti car seat telah dinaiktaraf serta lebih mudah untuk dikendalikan. Di dalam sesi Joie, Ms. May dan pembantunya, Ms. Farah telah menunjukkan demonstrasi untuk memasang car seat di dalam kenderaan serta cara yang betul untuk memastikan anak-anak selamat dan selesa di dalamnya.
Peserta Bawa Balik Pelbagai Goodies Istimewa!
Untungnya semua peserta Project Parenting Care 2023 kerana setiap seorang membawa pulang beg istimewa untuk setiap sesi bersama panel jemputan. Selain goodies dari Pa&Ma, ada juga peserta yang memenangi pelbagai hadiah ketika sesi Cabutan Bertuah.
Antara hadiah yang diberikan adalah seperti beg sandang berjenama, pam susu elektrik, tiket Zoo Melaka untuk kanak-kanak, tiket masuk ke Farm In The City serta yang paling dinanti-nantikan adalah sebuah car seat jenama Joie dengan standard ECE R129.
Tahniah kepada semua pemenang bertuah serta terima kasih tidak terhingga kerana banyak menyokong Pa&Ma!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.