Anak kecil kita sememangnya perlukan bimbingan dalam perkembangan mindanya setiap hari. Malah perlukan latihan dan daya ransangan untuk mindanya berfikir dengan lebih baik. Walaupun hanya berada di rumah, mak ayah perlu belajar untuk merangsang minda mereka supaya lebih fokus dalam melakukan pelbagai aktiviti.
Menurut Puan Aisyah Kassim, walaupun hanya aktiviti membaling bola, namun bila bertujuan, anak akan menjadi lebih fokus ketika melakukan aktiviti. Nak anak jadi lebih fokus bila melakukan pelbagai aktiviti harus tahu caranya.
Ada beza tau anak pandai baling objek tanpa tujuan dengan anak yang pandai baling objek dengan tujuan. Ada anak yang tahu baling objek tapi bila diminta membaling ke arah yang diminta anak terus tak pandai. Kenapa? Apa bezanya?
Ini disebabkan anak masih tiada kemahiran fokus. Apabila kita tetapkan bahawa mereka perlu membaling kepada sesuatu arah/tujuan, mereka perlu fokus dan tumpukan perhatian sepenuhnya kepada tujuan tersebut. Jadi bagi anak yang masih tiada kemahiran fokus, agak sukar untuk mereka membaling ke arah sesuatu tujuan.
Ads
Fokus ni penting untuk anak-anak belajar bercakap dan tumpukan perhatian semasa beraktiviti. Cuba bayangkan kita nak ajar anak bercakap, tetapi anak masih berlari ke sana sini. Jadi kemahiran fokus ni perlu diasah bagi kanak-kanak yang masih belum bercakap.
Ads
Untuk ibu bapa yang ada anak masalah fokus, dah lakukan sesuatu ke belum? Jangan lewat dan bertangguh ya.
Ads
Jadi mak ayah bolehlah lakukan beberapa aktiviti seperti memasukkan bola ke dalam gelung atau aktiviti yang dikongsikan di dalam gambar ini bagi merangsang daya fokus anak-anak kecil kita.
Bukan itu sahaja malah aktiviti meniti di titian juga merangsang daya imbangan anak malah melatih minda lebih fokus. Tak perlu gopoh, sebaliknya bagi anak-anak masa untuk lakukan aktiviti ini perlahan-lahan sehingga dia berjaya.
https://www.youtube.com/watch?v=3QjyBS3llDU
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ibu ayah mana yang tidak risau akan anaknya setiap kali menghantar ke sekolah. Rasa bimbang dalam segala hal. Namun hakikatnya anak-anak kita berada dalam jagaan Allah dengan baik.
Bagi mengelakkan rasa risau yang terlampau, ada baiknya kita amalkan doa ini seperti yang dikongsikan oleh Ustazah Asma Harun dan dikongsikan semula oleh Dr Mazliana Mazlan di facebooknya. Kita amalkan sama-sama.
Tak nak terlepas baca zikir dan doa ni setiap pagi untuk anak.
Bila anak bangun tidur. Atau sebelum hantar anak ke pengasuh. Atau sebelum hantar anak ke taska. Atau sebelum hantar anak ke sekolah. Zikir dan doa dari Ustazah Asma Harun. Kita risau kat sekolah anak makan macam-macam yang tak sihat. Kita risau di taska anak ambil makanan yang boleh sebabkan dia batuk. Kita risau di rumah pengasuh anak tersalah makanan sampai eczema flare.
Walau kita jaga sendiri sekalipun, kita sebenarnya bukan penjaga terbaik anak-anak kita. Baca zikir dan doa ni.
Serahkan anak-anak kita dalam jagaan Allah. Allah sebaik-baik Penjaga dan Pemelihara.
Moga Allah jauhkan anak-anak kita dari makanan yang tak beri manfaat buat mereka, jauhkan dari makanan yang beri mudharat buat anak-anak kita.
Juga jauhkan apa-apa penyakit asbab dari tersalah ambil makanan yang kita cuba elakkan dari anak.
Dalam Islam, zuriat dianggap sebagai satu anugerah daripada Allah. Bagaimanapun tidak semua pasangan suami isteri yang berkahwin berpeluang memiliki cahaya mata. Ada yang terpaksa menunggu sekian lama barulah berpeluang memiliki si comel.
Ramai juga pasangan suami isteri yang langsung tidak berpeluang bergelar ayah dan ibu. Pendek kata semuanya di luar bidang kuasa kita. Andai ditakdirkan masih tiada anak walau sudah bertahun-tahun berumah tangga, terimalah ujian itu dengan penuh reda.
Suami Isteri Bila Ditanya Tentang Zuriat
Pujuk hati dan tenangkan pasangan dengan kata-kata manis yang boleh mengubat hati. Melalui perkongsian Andy Sulaiman, bapa ini berkongsi tip yang boleh dijadikan panduan. Moga tip ini dapat membantu suami isteri yang masih belum lagi memiliki zuriat.
Hari tu terserempak dengan seorang kawan. Kawan lama. Sudah agak lama tidak berjumpa malah tidak berhubung.
Tengah duduk bersembang, gatal mulut ni tanya pada dia sudah ada berapa orang anak sekarang. Dia terdiam seketika. Mukanya berubah, agak berat untuk berikan jawapan.
Katanya belum ada rezeki. Sudah bermacam cara dilakukan termasuk pergi berjumpa doktor dan beberapa sesi rawatan tradisional, belum berjaya. Menyesal juga aku tanya begitu. Cepat aku minta maaf. Dia kata tak apa, sudah biasa.
Baik. Ada antara kita yang sudah berkahwin agak terbeban dengan isu ini. Sudah lama berkahwin tapi masih belum dikurniakan cahaya mata. Ingin menghadapi soalan masyarakat, umpama satu tamparan bagi kau orang yang belum ada kan?
Tenang. Mereka yang sudah punya anak, tidak menyedari bahawa tanpa anak, kau suami isteri juga boleh bahagia.
Ini Tip Yang Boleh Dijadikan Panduan
Ini antara beberapa tip yang boleh diingat, semoga bila suami isteri down, kalian akan kembali senyum dan hidup kekal bahagia:
1. Kerja Tuhan
Ya, semua sudah maklum anak adalah urusan Tuhan. Walaupun berusaha siang malam pagi petang sampai lebam, jika Tuhan masih belum izinkan, belum lah. Jadi kenapa harus kusut sedangkan ini semua bukan urusan manusia, betul kan? Berdoa lah.
2. Rezeki
Tidak perlu letakkan diri kau bernasib malang hanya kerana tiada rezeki yang satu ini. Kau mungkin tiada anak tapi kau bahagia berdua, direzekikan kesihatan yang baik, kerja yang sedap, jauh dari masalah dan tiada gangguan dalam kehidupan seharian. Bukan kah itu juga rezeki? Kan?
3. Punya banyak waktu
Tiada anak, kau ada lebih masa untuk kau kejar cita-cita kau. Ramai orang terpaksa kuburkan impian mereka lantaran terpaksa uruskan anak-anak. Tak salah anak, ini pengorbanan. Jadi bagi kau yang belum ada anak, kejar lah cita-citamu setinggi gunung itu. Fuh!
4. Tak banyak disoal di akhirat
Huhu. Seram bab ni. Jadi ibu bapa ni, anak-anak ni tanggungjawab kita. Esok Tuhan akan tanya bagaimana kita menjaga dan mendidik amanah Dia ni. Bukan main-main bab ni. Kau kalau dipanggil Tuhan balik sebelum ada anak, kau mungkin dah terlepas bab ni.
5. Pahala percuma
Geng kepochi akan mula bercakap dan buat rumusan mereka sendiri pada golongan yang tak ada anak ni. Kata kau mandul lah, laki kau mati pucuk lah, macam-macam. Andai kata semua itu fitnah macam mana? Tidak ke dengan mudah dan percuma kau dapat pahala dari umpatan dan fitnah mereka?
6. Jauh dari ujian
Tengok orang ada anak memang seronok. Tapi kau tengok orang yang bahagia. Cuba tengok orang susah tapi anak ramai. Kesian anak tu. Tengok pulak ibu bapa yang ada anak sakit, sakit kronik pulak tu. Kusut ibu bapa dia. Jadi masa ni kau kena syukur, kau jauh dari ujian ini.
7. Allah tak kejam
Dia dengar apa kita minta. Dia tahu apa kita nak. Ada saja yang berpuluh tahun kahwin baru dapat anak. Ada. Kau mungkin belum dapat lagi sebab Tuhan tahu kemampuan kau, Dia tahu bila masa terbaik buat kau untuk ada anak. Teruskan meminta dengan Dia.
8. Keluarga
Dalam waktu begini, keluarga perlu main peranan. Ibu bapa, mertua, adik beradik, ipar duai. Keluarga. Teruskan bagi sokongan. Jangan keluarga sana kata sini tak subur, keluarga sini kata keturunan sana mandul. Memandai je. Tak habis-habis drama.
Ok tak? Ingat. Tak perlu kau rasa down dengan hidup sebab belum ada anak. Bagitahu kat isteri kau yang sedang murung itu, ceritakan pada suami kau yang berdukacita itu. Yang penting, cinta mesti terus. Begitulah.
Jangan sebab tak ada anak, hubungan suami isteri makin tawar, salah menyalah sesama sendiri dan akhirnya rumah tangga hancur. Jauhkan.
Home schooling adalah pembelajaran di rumah di mana ibu bapa yang memilih untuk anak belajar dirumah berbanding di sekolah. Home Schooling ada beberapa jenis sama ada ibu bapa memilih sendiri untuk menjadi guru di rumah atau mengupah tenaga pengajar di rumah.
Minggu ini, TV Pa&Ma bertajuk Home Schooling dan Dr. Iqbal sebagai hos squad ke rumah Puan Miza untuk menemubual tentang home schooling. Puan Miza berkongsi pengalaman tentang bagaimana dia menguruskan anak dalam masa yang sama membuat home schooling.
“Masa MCO memang kita buat home schooling, tapi bila dah masuk ke PKPP, kita dah tak buat sebab mereka dah mula bersekolah. Semua subjek memang kena buat home schooling dan masa tulah yang terbaik untuk saya dapat luangkan masa dengan anak-anak.”
Menurut Dr. Iqbal, “Home school ada dua jenis iaitu ada formal dan tak formal. Formal maksudnya anak-anak akan belajar subjek yang sama seperti di sekolah. Umur anak untuk home schooling bermula 1 tahun dan ke atas. Tapi cara mengajar anak-anak adalah bergantung kepada umur anak tersebut.”
Sephya mengakui dia lebih fokus apabila belajar di rumah, selain itu dia mempunyai banyak masa bersama ibunya, Puan Miza. Dia juga seronok belajar bersama-sama adiknya dan boleh turut serta mengajar adik jika diperlukan.
Tip untuk start Home Schooling;
1. Belajar kaedah mengajar dari sumber yang pelbagai mengikut kesuaian diri dan anak.
2. Dapatkan tip dari ibu bapa yang pernah membuat Home Schooling untuk membantu kita menjadi guru yang lebih baik.
3. Seimbangkan masa belajar dan bermain kanak-kanak supaya mereka tak stress.
4. Belajar mengikut minat anak-anak agar sesi pembelajaran lebih efektif.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.Menerusi FB Zatil Arip, beliau berkongsi...