Keibubapaan

Jangan Baling Bola Saja-Saja, Latih Anak Baling Objek Dengan ‘Tujuan’, Anak Jadi Lagi Fokus!

Share

Anak kecil kita sememangnya perlukan bimbingan dalam perkembangan mindanya setiap hari. Malah perlukan latihan dan daya ransangan untuk mindanya berfikir dengan lebih baik. Walaupun hanya berada di rumah, mak ayah perlu belajar untuk merangsang minda mereka supaya lebih fokus dalam melakukan pelbagai aktiviti.

Menurut Puan Aisyah Kassim, walaupun hanya aktiviti membaling bola, namun bila bertujuan, anak akan menjadi lebih fokus ketika melakukan aktiviti. Nak anak jadi lebih fokus bila melakukan pelbagai aktiviti harus tahu caranya.

Ada beza tau anak pandai baling objek tanpa tujuan dengan anak yang pandai baling objek dengan tujuan. Ada anak yang tahu baling objek tapi bila diminta membaling ke arah yang diminta anak terus tak pandai. Kenapa? Apa bezanya?

Ini disebabkan anak masih tiada kemahiran fokus. Apabila kita tetapkan bahawa mereka perlu membaling kepada sesuatu arah/tujuan, mereka perlu fokus dan tumpukan perhatian sepenuhnya kepada tujuan tersebut. Jadi bagi anak yang masih tiada kemahiran fokus, agak sukar untuk mereka membaling ke arah sesuatu tujuan.

Fokus ni penting untuk anak-anak belajar bercakap dan tumpukan perhatian semasa beraktiviti. Cuba bayangkan kita nak ajar anak bercakap, tetapi anak masih berlari ke sana sini. Jadi kemahiran fokus ni perlu diasah bagi kanak-kanak yang masih belum bercakap.

Untuk ibu bapa yang ada anak masalah fokus, dah lakukan sesuatu ke belum? Jangan lewat dan bertangguh ya.

Jadi mak ayah bolehlah lakukan beberapa aktiviti seperti memasukkan bola ke dalam gelung atau aktiviti yang dikongsikan di dalam gambar ini bagi merangsang daya fokus anak-anak kecil kita.

Bukan itu sahaja malah aktiviti meniti di titian juga merangsang daya imbangan anak malah melatih minda lebih fokus. Tak perlu gopoh, sebaliknya bagi anak-anak masa untuk lakukan aktiviti ini perlahan-lahan sehingga dia berjaya.

Published by
SRM