Ada ibu rasa bangga bila anaknya jenis geli nak main kotor. Rasa kelakar bila anak penggeli nak pijak lantai rumah, bilik air yang basah atau rumput.
Kononnya anak mereka sangat pembersih dan bila tak berkasut, aksi jalan terjengket-jengket tanda geli dengan tempat kotor itu sangat mengagumkan.
Tapi tahukah anda semua yang bergelar ibu bapa bahawa pendedahan anak sejak usia bayi lagi pada messy play atau permainan kotor sangat penting terhadap pekembangan mereka.
Macam mana pula messy play penting kepada perkembangan anak? Baca penjelasan yang dikongsi oleh Juruterapi Carakerja berpengalaman, Puan Liyana Raya.
Tak pernah involve kan anak main messy dan kotor-kotor?
Even main water colour pun tak pernah since anak tu baby pun?
Think again.
Badan kita diselaputi oleh kulit. Kita ni manusia, interaksi diri dengan persekitaran adalah melalui kulit.
Sebab tu baby baru lahir kena bagi sentuhan kulit ke kulit, buat baby massage banyak-banyak, time tidur nak dibedung, kalau boleh digendong dengan teknik yang betul dan kena banyak spend masa on the floor or their tummy.
Ads
Sebab apa?
Nak bagi ketenangan adalah salah satu sebabnya.
Cara Mudah Nak Anak Fokus
Bila dah besar sikit, usia 5 atau 6 bulan dah boleh bagi bergolek atas pasir atau rumput. Kalau tak dapat sangat, bagilah main water colour, playdough, bedak, tepung, air dan sebagainya yang membawa kepada aktiviti bermain yang bersentuhan dengan kulit.
Bila anak mula menyentuh semua medium ni, ada pergerakan tangan dan koordinasi di mana baby akan bawa semua ni masuk dalam mulut.
Tak apa, itu normal. ‘Divert’kan perbuatan masuk dalam mulut tu dengan cara bagi dia tepuk-tepuk, genggam-genggam, transfer-transfer dari satu bekas ke dalam bekas yang lain.
Ads
Inilah yang dikatakan sensorimotor development- salah satunya ya. Ada rangsangan sensory, ada tindakan motor (pergerakan).
Ini semua akan rangsang limbic system untuk ketenangan, dan juga merangsang anak untuk fokus.
Kalau tanya saya, apa aktiviti utk buat anak fokus?
Bagi main messy play banyak-banyak.
Macam mana nak bagi anak tenang?
Ads
Messy play jangan pernah tinggal.
Ini memang kena konsisten kalau boleh hari-hari buat.
Sebab badan kita diselaputi oleh kulit.
Ye kulit!
Banyakkan bagi anak main dengan aktiviti yang sentuh kulit ni.
Bagi banyak-banyak dan lama-lama pun takpe. Tiada masalah. Tiada istilah over stimulation ke apa. Sebab ni sistem. Kulit juga adalah sistem. Organ terbesar.
Bukan banyak bagi input visual dan auditory, bukan belajar jugak. Start dengan asas iaitu sistem kat kulit dan otak ni.
Sebab tu ramai budak sekarang tahu belajar tapi tak tahu nak bertenang, tantrum melampau, tak pandai guna tangan untuk menulis dengan baik, tak boleh benda kotor sikit dah geli.
Sistem asas tak diberi keutamaan, sistem lain diberi keutamaan. Memang sah-sahla bercelaru (processing disorder).
Tidur diketahui amat penting dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak yang tidak mendapat tidur yang cukup bukan sahaja akan berasa letih, tetapi juga akan membuatkan mereka hilang tumpuan.
Begitu juga dengan tidur siang, ia sama pentingnya dengan tidur malam. Teruskan membaca artikel ini bagi mengetahui manfaat tidur siang dan mengapa ianya penting untuk kanak-kanak.
Mengapa tidur siang penting?
Bukan orang dewasa sahaja memerlukan tidur siang, tetapi kanak-kanak juga amat memerlukannya. Tidur siang atau meridap merupakan kunci untuk memastikan kanak-kanak mendapat rehat yang sepatutnya diperlukan oleh mereka setiap hari. Bukan itu sahaja, manfaat tidur siang juga adalah untuk pembangunan fizikal dan mental di alam kanak-kanak.
Manfaat tidur siang
Terdapat beberapa manfaat tidur siang atau meridap. Antaranya adalah:
Membantu anak belajar- Satu kajian ke atas kanak-kanak prasekolah mendapati bahawa tidur siang dapat membantu mereka melakukan lebih baik ketika bermain mainan yang melibatkan memori.
Kanak-kanak kekal cergas- Beberapa kajian mendapati kanak-kanak cenderung untuk makan lebih banyak, terutama makanan yang tidak sihat, apabila mereka tidak mendapat tidur yang cukup. Justeru, ia membuatkan mereka cenderung mendapat obesiti. Kanak-kanak yang cepat letih juga tiada cukup tenaga untuk bergerak aktif dan bersenam.
Mood lebih baik jika tidur cukup- Anak yang tidak cukup tidur akan menunjukkan tantrum dan meragam. Malahan, ada kajian yang menunjukkan bahawa kanak-kanak yang melangkau meridap akan kurang gembira dan menunjukkan reaksi yang teruk pada kejadian yang mengecewakan.
Berapa lama tidur siang yang anak anda perlukan?
Keperluan meridap kanak-kanak adalah berbeza mengikut peringkat usia.
Bayi baru lahir- 3 bulan: Bayi perlu tidur sehingga 18 jam sehari, dan berjaga sekitar satu atau dua jam.
Bayi sehingga usia 12 bulan: Memerlukan 2-4 jam tidur siang sehari.
Kanak-kanak 1-3 tahun: Perlu tidur 12-14 jam sehari, termasuk tidur siang (1-3 jam).
Kanak-kanak prasekolah: Memerlukan 11-13 jam tidur sehari termasuk meridap.
Kanak-kanak sekolah 5- 12 tahun: Waktu tidur malam antara 10 hingga 11 jam. Namun, biasanya selepas anak usia 5 tahun, mereka sudah tidak memerlukan tidur di siang hari. Jika boleh, hadkan tidur siang anak kepada 30 minit sahaja supaya tidak mengganggu waktu tidur malam mereka.
Keputusan untuk melangkau meridap boleh dibuat berdasarkan tingkah laku kanak-kanak dan jumlah tidur malam mereka. Berikut adalah keadaan bila ibu bapa boleh melangkau anak tidur pada waktu siang:
Jika anak anda mudah terlelap di malam hari.
Anak nampak cukup rehat pada siang hari.
Kanak-kanak jarang tertidur semasa dalam kereta ataupun ketika menonton TV.
Tidur siang adalah perlu untuk setiap bayi dan kanak-kanak, tetapi ibu bapa juga perlu tahu akan keperluan tidur siang mengikut peringkat usia anak mereka. Jika anda dapati anak kerap letih dan seperti tidak cukup tidur, maka mungkin anda perlu mengajar anak untuk tidur siang.
Masalah tulang pinggul bayi teralih atau hip dysplasia kerap ditemui pada masa pemeriksaan selepas bayi baru lahir oleh doktor (kongenital) tetapi ada yang berkembang selepas itu.
Hip dysplasia yang berpunca daripada masalah kongenital sejak lahir seperti genetik, masalah dalam rahim, kedudukan bayi yang songsang dan ketidakseimbangan hormon ibu semasa hamil.
Bagi hip dysplasia yang terjadi selepas lahir (bukan kongenital), ia sukar untuk dikesan kerana tidak menyebabkan rasa sakit pada bayi dan biasanya tidak menghalang mereka daripada belajar berjalan dan berjalan pada usia yang sepatutnya.
TANDA-TANDA SEBELUM BAYI BERJALAN
Anda perlu memerhatikan tanda awal hip dysplasia pada bayi seperti berikut;
-Kesukaran untuk menukar lampin anak kerana bahagian kelangkangnya sempit.
– Lipatan kulit pinggul tidak seimbang antara satu sama lain.
– Sebelah kaki pendek dan terkeluar.
– Pinggul berbunyi setiap kali digerakkan.
TANDA-TANDA SELEPAS BAYI BERJALAN
Apabila kanak-kanak mula berjalan ibu bapa mungkin melihat kaki anak tengkot. Jika hip displasia ini melibatkan kedua-dua belah kaki, mereka kemungkinan akan berjalan seperti itik dan punggung tertonggek. Sekiranya ia berlaku pada sebelah sahaja dan tidak dirawat, ia boleh menyebabkan kaki anak jadi pendek sebelah.
PASTIKAN PENGGENDONG BAYI DIGUNAKAN DENGAN BETUL!
Pemakaian penggendong bayi yang salah boleh menjadi salah satu punca kepada masalah tulang pinggul ini. Perhatikan penggendong yang anda gunakan dan cara pemakaiannya terhadap bayi, adakah ia mendedahkan si manja kepada masalah hip dysplasia? Pastikan bentuk penggendong dan cara pemasangannya tidak menghalang perkembangan semula jadi pinggul bayi.
1.PENGGENDONG BAYI JENIS HARNESS
CARA TIDAK DISARANKAN
Pinggung tidak disokong sehingga sendi lutut. Tekanan pada sendi pinggul menyumbang kepada berlakunya hip dysplasia.
CARA YANG DISARANKAN
Pinggul disokong sehingga ke sendi lutut. Tekanan pada sendi pinggul adalah minimum kerana kedua-dua belah kaki terkangkang, tersokong oleh penggendong. Pinggul berada dalam keadaan lebih stabil.
Pastikan pinggul bayi berada pada paras tulang rusuk mama/papa. Bayi seperti duduk dengan kedua belah paha terbuka dan mengelilingi bahagian bawah tulang rusuk ibu (spread squat position). lutut bayi lebih tinggi daripada punggung dan seolah-olah terlipat sedikit bagi memastikan bahagian pinggul disokong.
2.PENGGENDONG BAYI JENIS SLING
CARA TIDAK DISARANKAN
Pemakaian baby sling yang memerlukan posisi kaki bayi berada dalam keadaan lurus dan dirapatkan.
CARA YANG DISARANKAN
Baby sling perlu menyokong pinggul dan membiarkan kedua-dua belah kaki terbuka bagi memastikan pinggul dalam posisi stabil.
DAPATKAN RAWATAN SEGERA
Jika khuatirkan kedudukan tulang pinggul bayi anda dan mungkin telah menunjukkan tanda-tandanya, dapatkan rawatan doktor segera. Pemeriksaan akan dijalankan untuk mengesan sebarang tanda-tanda hip dysplasia. Ujian ultrasound biasanya dilakukan untuk bayi yang berusia kurang daripada tiga bulan manakala ujian X-ray dilakukan untuk bayi yang berusia enam bulan ke atas.
Kenapa bayi kerap tersedu? Adakah ia boleh menyebabkan kemudaratan sekiranya bayi sedu secara berlarutan?
Tersedu ialah antara perbuatan yang sangat biasa bagi bayi. Sedu adalah gangguan yang tidak berbahaya bagi sistem pencernaan yang boleh berlaku pada semua peringkat umur termasuk bayi di dalam rahim. Sedu sebenarnya adalah kontraksi yang kuat atau kekejangan diafragma (otot yang naik dan turun apabila anda menarik nafas panjang). Walaupun tidak menyakitkan, ia boleh mengganggu dan mengejutkan bayi.
5 CARA MEREDAKAN SEDU PADA BAYI
Bayi adakalanya sedu dalam tempoh yang lama, anda tentu tidak senang melihatnya.Keadaan apa yang seolah-olah mencetuskan sedu pada bayi? Adakah ia berlaku semasa atau tidak lama selepas menyusu? Sedu sering dikaitkan dengan penyusuan kerana otot diafragma terletak rapat dengan perut. Jika anda melihat hubungan antara pemakanan dan sedu, cuba strategi pencegahan ini;
1-Susukan bayi dua kali lebih kerap. Penyusuan yang terlalu terlalu kenyang adalah penyebab biasa sedu pada bayi. Sekiranya perutnya terlalu cepat atau menjadi terlalu penuh, ini boleh mencetuskan kekejangan pada otot diafragma. Apabila menyusu, cuba lambatkan penyusuan dan hentikan dan bawa bayi anda apabila anda beralih dari satu payudara ke yang lain.
2-Jika bayi menyusu formula, hentikan sebentar penyusuan dan sendawakan sebelum memulakan semula penyusuan beberapa minit kemudian.
3-Kurangkan udara yang ditelan bayi. Selain menyusu terlalu banyak susu dalam kadar masa yang cepat, bayi kecil biasanya menelan terlalu banyak udara semasa penyusuan, yang akan membuatkan perut mengembang dan menyebabkan kontraksi otot diafragma di mana mencetuskan sedu.
4-Semak teknik latch-on semasa menyusu. Pastikan bibir bayi anda terbuka lebar dan membentuk mecakupi di sekitar aerola anda, bukan hanya puting. Dengarkan bayi minum. Tegukannya akan berbunyi jelas sekiranya udara ditelan semasa menyusu dengan cepat. Jika menyusu daripada botol , condongkan botol ke sudut 45 darjah supaya udara beralih ke bahagian bawah botol.
5-Pastikan dia duduk selama sekurang-kurangnya dua puluh minit selepas menyusu untuk membolehkan udara naik ke perut atas dan seterusnya sendawa.
SEDU BERPUNCA DARIPADA REFLUKS?
Sedu yang berterusan juga boleh memberi isyarat bahawa bayi kecil anda mengalami RefluksGastroesophageal (GER). Tanda-tanda lain bahawa bayi anda boleh mengalami refluks adalah kebiasaan malam yang menyakitkan, kembung perut (kolik), sakit perut selepas memberi makan dan meludah. Sekiranya anda mengesyaki refluks, bawa bayi mendapatkan pemeriksaan doktor. Sedu bayi anda akan berkurang dalam kekerapan apabila sistem pencernaannya matang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seramai 8,909 pelajar berjaya ditawarkan ke 56 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di seluruh negara bagi kemasukan sesi 2025.Pengerusi Majlis Amanah Raya (Mara), Datuk...