Jangan Beri Anak Susu Dah Lebih 3 Jam, Tukar Botol Setiap 3 Hingga 6 Bulan.  Nampak Simple Tapi Ini Mungkin Ibu Baru Tak Tahu!

Share

Anak menyusu menggunakan botol susu itu mungkin perkara yang biasa dikalangan ibu-ibu. Tetapi adakah ibu-ibu terutamanya yang baru punya anak tahu cara kendalikan alatan menyusu dan cara menyimpan susu tepung yang betul?

Persoalan ini mungkin tidak semua ibu baru dapat menjawab dengan tepat. Sedikit ilmu daripada pembacaan atau perkongsian pastinya dapat membantu. Seperti kisah yang diceritakan oleh Dr Redza Zainol tentang seorang ibu muda yang tidak tahu cara kendalikan alatan menyusu yang digunakan.

Dr Redza juga turut berkongsi tip kepada ibu-ibu jika anak gunakan botol untuk menyusu!

Baru-baru ni jumpa seorang ibu muda. Dia baru dapat anak pertama.

Anaknya ni dah berusia sebulan setengah, tapi dah kena masuk wad sebab muntah-muntah dan cirit birit.

Selepas saya tanya itu dan ini, rupa-rupanya dia tak tahu cara kendalikan alatan menyusu dan cara menyimpan susu tepung yang betul.

Paling saya terkejut, dia cuma ada 2 botol susu sahaja. Mesti terkejar-kejar dia nak bersihkan dan sterilkan botol susu. Lagi-lagi waktu tengah malam.

Ini antara tips kalau anak gunakan botol untuk menyusu:

✔️ Cuci botol susu setiap kali digunakan dengan cecair pencuci botol yang khas. Tak boleh guna sabun pencuci pinggan.

✔️ Gunakan berus khas ketika mencuci supaya puting botol susu tak terkoyak bila dicuci. Puting yang terkoyak atau merekah berpotensi jadi sarang kuman membiak.

✔️ Wajib didihkan atau sterilkan botol susu sebelum digunakan.

✔️ Jangan beri anak minum susu yang dah disediakan melebihi 3 jam. Buatkan dia susu yang baru.

✔️ Gunakan berus khas untuk bersihkan botol dan puting botol susu. Span cuci pinggan tak mampu bersihkan kotoran di ruangan yang sempit.

✔️ Keringkan botol susu sebelum digunakan.

✔️ Sediakan minima 3-4 botol susu di rumah supaya kita tak terkejar-kejar untuk mencuci dan sterilkan botol susu setiap kali anak menyusu.

✔️ Gantikan botol susu baru sekurang-kurangnya setiap 3 bulan – 6 bulan sekali atau apabila botol telah berubah warna, retak atau bocor.

Nanti saya kongsikan cara menyimpan susu tepung yang betul di Channel Telegram saya pula.

Saya minta kita betul-betul jaga kebersihan dan cara kita kendalikan botol susu anak ni. Bantu saya #kongsikan pada mak ayah yang lain. Lagi-lagi pada mereka yang baru dapat cahaya mata.

Sumber: Redza Zainol

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
SAHR