Buah tangan walau pun semurah RM1 diberi kepada anak boleh buat mereka gembira. Murah mahal tak menjadi ukuran buat mereka yang masih kecil dan naif. Kegembiraan jiwa kecil ini secara tidak langsung mengundang rahmat dan kebaikan kepada kehidupan.
Perkongsian Encik Mohamad Fadzil ini mengubah persepsi sesetengah ibu bapa yang beranggapan membelikan si manja mainan dengan kerap boleh menyusahkan. Ia malah membuatkan anak-anak jadi obses kepada mainan.
Apa yang dikongsikan beliau ini diharapkan boleh memberikan paradigma hubungan antara bapa dan anak. Dengan bermodalkan duit membeli mainan yang murah untuk menggembirakan anak anda sebenarnya mengundang rahmat dan keberkatan dalam keluarga. Berikut ialah perkongsian bapa ini;
Pagi tadi, selepas berjumpa dengan team biz d Bangi Gateway, saya berjalan melihat pelbagai ragam biz di kompleks tersebut bersama sifu saya, Tuan Azlan Ismail.
Sambil berjalan, saya singgah di 1 booth yang menjual ribuan mainan kanak-kanak. Saya pilih yang menarik dan paling murah untuk dibawa pulang utk anak-anak saya.
Tuan Azlan bertanya, ko beli untuk anak ko ke? Saya menjawab, “Tak… untuk isteri aku”. Saya suka unuk tak menjawab kebanyakan soalan kerana saya tahu dia akan ketawa. itu lebih baik dari dia tdk ketawa dengan jawapan sebenar kerana pada hakikatnya of course saya beli utk anak-anak. Apakejadahnya beli mainan untuk isteri. Kalau beli gelang emas ke patutlaa jugak.
KITA DULU HALAMAN LUAS, ANAK SEKARANG JENGUK TINGKAP JE NAMPAK JALANRAYA
Sentuh bab mainan ni… ada sedara mara yang gemar perli saya yang mana mereka tak ajar anak mereka beli mainan seperti saya. Saya tak kata mereka salah dan saya tak kata saya betul. Bagi saya, saya ada alasan berbuat demikian.
Di masa sy kecil, sy tak tinggal di kawasan apartment seperti sekarang. Di tempat saya membesar ada sungai, biji getah, main guli, rounders dan lain-lain. Itu semua lebih berharga dan seronok dari mainan.
Anak saya kini tak berpeluang membesar dengan semua tu. Sekarang jenguk je luar tingkap da nampak jalan raya. Rumah saya dulu nak kena jalan minimum 200 meter baru jumpa jalan raya.
Saya teringat akan kata-kata sorang ustaz sewaktu nak pulang dari keluar berdakwah 40 hari. Dia kata, “anta ada anak? kalau ada, sebelum balik, belilah apa-apa buah tangan untuk org yang ditinggalkan. Anak-anak belikan mainan. Bukankah 1 rahmat apabila anak-anak kita yang sedang menunggu di rumah utk menyambut kita, kita pula menyambut mereka dengan buah tangan?”
Semenjak dari itu, walaupun saya keluar untuk urusan dunia, walaupun 1 hari, jika ada peluang, jika ada sedikit duit dan jika terjumpa kedai mainan yg murah-murah, saya akan beli mainan yg biasa-biasa, kerana bagi saya tiada yang lebih berharga dari melihat anak-anak gembira setiap kali kita pulang membuka pintu rumah dgn melihat anak-anak menyambut dengan penuh pengharapan yabg kita akan bawa pulang sesuatu. Tak perlu mahal. Murah-murah pun dah mampu buat mereka tersenyum gembira.
Saya akan meluangkan masa 5 hingga 10 min melihat mereka bermain dengan apa yang dibelikan walaupun harganya cuma RM2. Cukup puas untuk saat singkat tersebut.
WALAU PUN KERAP BELI MAINAN, ANAK TAK OBSES MAINAN
Namun walaupun saya kerap membeli mainan murah, anak saya bukanlah seorang yang gila mainan dan jenis yg meraung bila sy tak belikan mereka mainan jikalau berjalan di luar. Mereka faham bila saya katakan “mainan ni mahal, nanti kita cari kedai 2 ringgit ye beli mainan”.
Dan anak sulung saya bila berjumpa kedai yg menjual mainan, dia sering meminta kebenaran dari saya, ” Abah… kita nak tengok je, boleh? Kita x beli… kita nak tengok je kedai tu jual mainan apa…” Cukup 1 ke 2 minit dia melihat, dia akan kembali kepada say atanpa cakap apa-apa pun. Bagi saya itu sudah cukup baik dari anak-anak menangis tak dapat mainan.
CARA BINA HUBUNGAN KEKELUARGAAN
Justeru masing-masing mempunyai alasan dan cara untuk bina hubungan kekeluargaan. Tak perlulah kata kita bagus dengan cara kita dan orang lain tak bagus. Semua orang bagus. Saya denagn cara saya, dia dengan cara dia. Sebab kita tak tau apa kemampuan, suasana dan cara hidup kita yang of course sangat-sangat berbeza dari semua sudut baik saiz rumah, saiz hutang, saiz masa, saiz perangai, saiz bilangan anak dan lain-lain saiz.
P/s : Buah tgn RM1 untuk dibawa pulang hr ini. Yang murah pun boleh lahirkan kecintaan dalam hubungan antara anak-anak.
Benarlah sabda Nabi SAW
Dari Abu Hurairah ra, bersabda Nabi Muhammad SAW, “Hendaklah kalian saling memberi hadiah, niscaya akan saling mencintai.” (HR. Bukhari)
“Dari Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa bertemu saudaranya dengan membawa sesuatu yang dapat menggembirakannya, pasti Allah akan menggembirakannya pada hari kiamat.” (HR. Thabrani)
Sumber: Mohamad Fadzil
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI