Setiap anak yang lahir sudah mempunyai rezeki masing-masing. Malah setiap ibu bapa juga sanggup lakukan apa saja demi kegembiraan anak-anak.
Biarpun hidup secara sederhana, usah risau kerana disaat diri rasa tak mampu penuhi permintaan anak, akan ada suatu hari hajat anak dapat juga ditunaikan. Cuma lambat atau cepat bergantung pada rezeki.
Sebab itu, kita sebagai ibu bapa jika ada rezeki lebih, cubalah gembirakan hati anak dulu. Mana tahu, dalam kita mengembirakan hati mereka, anak-anak mendoakan kita. Seperti perkongsian Influencer Parenting, Encik Mohd Fhais Salim jangan pernah risau pasal rezeki dengan anak kita.
Hari tu dengar ceramah UAI dekat youtube. Ustaz kata jangan PERNAH risau pasal rezeki. Setiap anak-anak ni lahir dah ada rezeki dia orang.
Tiup je roh dia ke rahim, dah tertulis rezeki dia sekian sekian. Anak ramai ke, Anak seorang ke, Jangan RISAU !! Rezeki dia orang pasti ada.
Sebab tu la saya yakin kita ni tak akan jadi papa kedana pun jika tak berkira dengan anak-anak.
Dia nak mainan, belikan.
Dia nak jajan, belikan.
Dia nak basikal, belikan.
Jika mampu bagi je sebab itu rezeki dia. Andai kata bukan rezeki dia, ibu ayah ada duit banyak sekalipun belum tentu anak dapat semua ni.
Kita tak berkira dengan anak, rezeki pun tak berkira dengan kita. InsyaAllah..
Kredit: Mohd Fhais Salim
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI