Jangan Berkira Sangat Dengan Anak, Rezeki Kita Makin Murah, Mama Papa Take Note!

Share

Bila kita nak belikan sesuatu buat anak, kita selalu fikir berkali-kali sedangkan bila kita nak belikan telefon mahal atau tudung sekalipun kita beli tanpa banyak fikir. Jangan berkira sangat dengan anak-anak, amanah Allah pada kita.

Hakikatnya merekalah kunci pembuka rezeki selain ibu ayah kita. Tak salah tunaikan keinginan mereka, asalkan ia tidak berlebih-lebihan. Setiap kali dapat gaji, belikanlah buku baru atau mainan kesukaan mereka. Paling tidak belikan makanan kesukaan mereka. Tak gitu?

Perkongsian tip yang dikongsikan oleh Puan Maryam Salleh ini ada banyak benarnya. Jom kita amalkan sama-sama.


Nak murah rezeki?

1. Selalulah belanja anak-anak makan. Kita kerja susah payah pun sebab nak bagi anak-anak kita dapat makan sedap-sedap macam orang lain.

2. Minta anak-anak doakan kita selalu. Bebudak kan tiada dosa. Doa mereka cepat sampai pada Rabb tanpa halangan. Makbul.

3. Kalau anak minta sesuatu jika mampu belikanlah. Jika tak mampu bagitau mereka nanti ada rezeki lebih mummy akan belikan. Janji tau.

4. Jangan sombong dengan anak, jangan sombong dengan ALLAH. Jika sombong, semua rezeki tersebut boleh ditarik ALLAH.

5. Jangan takbur dengan anak, setiap rezeki ada bahagiannya untuk anak. Anak jadi penyebab kepada rezeki. Bukan datang dari usaha keras kita semata-mata.

6. Sediakan keperluan yang terbaik buat mereka. Prihatin terhadap perkembangan dan emosi anak-anak.

7. Ketika sedang marah, jangan keluarkan kata-kata kesat pada anak-anak kerana mereka akan belajar dari sikap kita. Lebih baik diam, minum air dan istighfar banyak-banyak.

8. Bersyukurlah kerana di kurniakan anak. Ramai orang yang masih tidak di berikan rezeki mempunyai anak. Jadi hargailah kurniaan Ilahi yang tak ternilai dengan wang ringgit ini.

Akhir kata, setiap anak yang lahir itu sudah Allah tetapkan rezekinya sejak dari awal kandungan lagi. Apa kita nak risau, anak adalah magnet rezeki, penyejuk hati.❤️

Kredit: Maryam Salleh

Published by
SRM