Kesihatan

Jangan Biar Anak Batuk Lama-Lama, Kahak Banyak Boleh Sebabkan Bronchitis & Gerd!

Share

Mak ayah mana yang tidak bimbang bila anak mula batuk tak berhenti. Bukan sahaja ubat bahkan bermacam cara tetapi tetap tak serasi pada anak.

Masalah batuk anak terutama jenis yang berkahak tidak boleh dibiarkan lama. Ia boleh melarat malah menjadi permasalahan lain. malah menurut perkongsian Dr Erna Nadia, masalah batuk yang lama melebihi tempoh tiga hingga empat minggu boleh menyebabkan bronchitis dan masalah gerd.


Kalau batuk lama (kanak kanak biasa lebih 3-4 minggu, dewasa lebih 6-8 minggu), batuk yang ada setiap hari tapi tak kerap, ianya boleh jadi bronchitis dan boleh juga sebab GERD.

Awat tiba tiba GERD pula ni doktor?
Sebab lama sangat batuk, ianya meninggikan pressure dalam perut, asid dalam perut boleh ter-reflux ( naik ke atas).

Jadi, jangan pelik kalau tiba tiba anda dapat ubat angin/gastrik sebab ianya sebenarnya nak membantu merawat refluks anda.

Biasa batuk lama ni, mungkin tanda tanda anda ada asthma atau alahan kepada sesuatu atau masalah paru paru kronik.
Jadi memang kena bagi doktor periksa.

Kalau masa batuk lama tu, ada demam ke, ada sesak nafas, ada rasa macam cepat letih, sakit dada, kurang selera makan, berat badan turun, muka biru kadangkala, nadi jadi laju, rasa dada berat, kahak berdarah atau muntah darah, tolonglah pi jumpa doktor terus.

Boleh jadi masalah lain termasuklah kanser, boleh jadi tibi atau masalah lain. Bronchitis ini berlaku sebab kahak banyak dan pekat sangat dalam salur paru paru. Jadi ianya ambil masa lama nak baik, nak nak kalau disebabkan oleh kuman virus. Sebab tu batuk lama, takdak demam, tak perlu antibiotik pun.

Cuma perlu makan ubat batuk, minum banyak air masak/ kosong dan ada kes perlu ubat gastrik untuk kawal refluks.

Bagi yang merokok dan vape tu, berhentilah kalau kena bronchitis. Memang lagilah lambat nak baik. Kalau anak anak atau isteri kena bronchitis pun berhentilah rokok sebab asap rokok dan vape ni melekat lama kat mulut dan permukaan di pakaian anda. Kesian orang sekeliling anda.

Kalau memang dah ada asthma, jangan lupa pakai inhaler asthma anda. Pantau cara anak anak pakai inhaler/aerochamber depa na. Kadang tu depa salah cara guna. Budak budak kan.

Ada juga yang jadi sebab alahan. Kalau ada pakai humidifier kat rumah, make sure tak tambah apa apa dalam humidifier anda ya. Banyak kes alahan jadi sebab masalah ni.
Make sure udara dalam rumah terkawal elok.

Elakkan tidur directly bawah aircond. Kalau dah lebih sebulan tak baik baik tu, haruslah kena periksa na.

Menarik: Lara Pernah Menangis Tak Mahu Balik Rumah, Scha Al-Yahya Akui Tegas Bab Pelajaran Anak!

Berita baik untuk pasangan yang sedang merancang untuk hamil! Pelajari ilmu kesuburan, bawa pulang goodies istimewa serta peluang menang hadiah lumayan. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-romantika-hi-tea/

Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.

Klik : https://t.me/+ocjF2NSo9pFjNTU1

https://chat.whatsapp.com/JcDPcXwwhrh4v052XOEmAG

Pa&Ma

Published by
SRM