Sebagai ibu bapa, kita sentiasa berusaha untuk menyediakan yang terbaik untuk anak-anak termasuklah pendidikan. Seboleh-bolehnya, kita mahu anak selesa dan cepat ‘tangkap’ apa yang mereka pelajari. Ada sesetengah ibu bapa yang mendaftarkan anak ke kelas tambahan bagi memastikan anak muda belajar. Kebanyakan kelas tambahan sekarang diadakan secara atas talian dan kadang-kadang menyebabkan kesukaran untuk anak memahami subjek yang diajarkan kepada mereka. Apabila belajar atas talian sangat penting untuk anak dapat ‘adapt’ manakala ibu bapa pula boleh memantau kemajuan mereka dalam setiap subjek termasuklah bahasa asing.
Bagaimana untuk memantau kemajuan berorientasikan kanak-kanak dan bernilai kepada ibu bapa? Ketua Pegawai Eksekutif Novakid Max Azarov dan Pengarah Pengajian Amy Krolevetskaya berkongsi pengalaman mereka.
Ubah pemantauan kemajuan menjadi pembelajaran bersama dan masa berkualiti dengan anak anda
Memiliki sikap untuk belajar adalah salah satu elemen pembelajaran sepanjang hayat, konsep yang dapat dilihat dan diterapkan dari perspektif yang berbeza: Profesional, peribadi tetapi juga dalam keluarga.
“Belajar bersama anak anda! Proses pembelajaran bersama membantu membina semula model peranan ibu bapa dan anak dan beralih dari cara tradisional Saya memantau kemajuan akademik anda dan menguji anda untuk Kita belajar daripada satu sama lain dan menerokai dunia bersama-sama”, kata Max Azarov, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas untuk platform Novakid ESL dan bapa kepada 3 orang anak.
Dengan pendekatan ini, kawalan kemajuan digantikan dengan minat dan sifat ingin tahu dalam kejayaan kanak-kanak dan penglibatan secara langsung dalam proses tersebut. Ibu bapa juga dapat belajar banyak perkara daripada anak-anak mereka.
“Jika ibu bapa dan anak-anak mereka menggabungkan kemahiran mereka, mereka boleh menjadi satu pasukan: menjadi lebih baik, belajar lebih baik dan berseronok. Contohnya pembelajaran bersama adalah ketika ibu bapa bersama anak-anak mencuba permainan digital. Anak-anak secara naluri lebih baik sedikit daripada ibu bapa mereka. Sebaliknya, ibu bapa mungkin lebih reflektif, dan kadang-kadang juga dapat mengesan beberapa masalah, perangkap, seperti bahaya dalam talian. Mereka perlu menerima bahawa setiap dari mereka mempunyai kelebihan tersendiri di dalam sesuatu perkara’, kata Amy Krolevetskaya, Pengarah Pengajian di Novakid.
Sebaliknya, pembelajaran bukan sahaja mengenai pengetahuan sebagai perkara utama, tetapi juga mengenai pendekatan dan format pembelajaran baru. Sekiranya kita bercakap mengenai pembelajaran bahasa asing, maka kurikulum sekolah ibu bapa 20-30 tahun yang lalu sangat berbeza dengan format moden yang tersedia untuk kanak-kanak hari ini – platform digital, program ESL berasaskan permainan dan kaedah yang fokus kepada pertuturan. Belajar untuk belajar semula adalah sisi lain dari pembelajaran bersama.
Cipta ruang selamat untuk hubungan: menjadi diri anda sendiri dengan anak anda dan menarik kepada pengalaman dan emosi mereka
Sentiasa dekat dengan anak anda semasa mereka belajar menjadikan mereka selesa ketika pembelajaran. Kepercayaan dan komunikasi berterusan adalah komponen yang sangat penting dalam proses pembelajaran. Tanpa dua asas ini, terdapat risiko salah faham dan halangan dalam komunikasi antara anak dan ibu bapa.
Soalan yang seringkali ditanyakan Apa yang kamu belajar di sekolah pada hari ini? boleh mengelirukan, kerana bagi kanak-kanak itu sendiri, proses pembelajaran adalah lebih penting daripada hasil. Sebaliknya anda tanya jika mereka berminat dengan pelajaran itu, jika mereka menyukai topik itu atau jika mereka ingin mengetahui lebih lanjut mengenainya pada masa lapang mereka”, kata Max Azarov.
Adalah sangat penting untuk dapat bertanya soalan, menjadi kreatif, dan menarik emosi dan pengalaman. Minat untuk belajar bukan diukur dengan bilangan peraturan yang dipelajari, tetapi dengan rasa ingin tahu dan pandangan penuh minat seorang kanak-kanak.
“Kebanyakkan ibu bapa terus kepada soalan yang mereka ingin tahu, tetapi ideanya adalah untuk mengetahui sedikit kehidupan seorang anak, tetapi dalam perspektif yang berbeza. Ia bukan tentang menjadi penyoal siasat, anda perlu berada di sana, untuk mudah didekati. Mencipta ruang untuk hubungan adalah strategi yang baik. Ketahui apa yang anak anda sukai dan cuba masuk ke dunia mereka. Cari aktiviti yang menarik untuk anda berdua dan lakukannya, praktikkannya, bincangkan mengenainya”, tegas Amy Krolevetskaya.
Berusaha untuk menjadi pihak ketiga dalam model pembelajaran digital: mengambil bahagian dalam proses dan bersikap proaktif
Begitu juga pembelajaran luar talian, e-pembelajaran memerlukan keibubapaan proaktif yang berterusan. Peranan ibu bapa tidak boleh terhad kepada “pemerhatian luar” dan “penilaian keputusan”.
Untuk membolehkan ibu bapa mengambil bahagian secara aktif dalam proses pembelajaran bahasa Inggeris, platform ESL Novakid telah membangunkan akaun khusus untuk ibu bapa. Ia adalah ruang untuk komunikasi antara guru, sekolah, kanak-kanak dan ibu bapa, dan sistem navigasi yang mudah untuk jadual, kandungan kursus, bonus dan langganan.
“Komen guru berkenaan perkembangan anak dalam setiap kelas boleh dilihat dalam akaun peribadi, ada juga ruangan chat dengan pihak sokongan sekolah Novakid. Segala cadangan daripada ibu bapa pelajar diambil kira. Kami sangat memerlukan maklum balas dan penglibatan ibu bapa dalam proses pembelajaran”, ulas Max Azarov.
Jom, tonton video ini!
Dalam bahagian “pencapaian”, anda boleh melihat kemajuan anak anda dalam program kursus, mengetahui topik pembelajaran yang seterusnya dan kerja rumah. Perpustakaan ini mengandungi buku mewarna, video dan bahan tambahan untuk pembelajaran bahasa Inggeris. Novakid menyarankan membuat kerja rumah, bermain permainan pendidikan bersama-sama dengan anak anda. Kongsi pengalaman pembelajaran untuk menjadikannya lebih menyeronokkan, menghiburkan dan berkesan untuk kedua-duanya!
Ketahui lebih lanjut tentang Novakid, klik SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI