Jangan Biar Anak Ralit Tengok Handphone Je, Itu Penyebab Dia Membesar Selalu Stres. Bahaya!

Share

Cara anak-anak sekarang membesar tidak sama seperti kita dahulu. Kalau dahulu kita banyak bermain tanah atau apa saja asalkan boleh dibuat mainan. Berbeza dengan anak-anak zaman sekarang yang lebih banyak terdedah dengan gajet.

Itulah yang menyebabkan mereka lebih stres dari kita dahulu. Bagaimana penggunaan gajet boleh menyumbang kepada stres dalam kalangan kanak-kanak? Penulis ilmu keibubapaan, Wawa Shauqi ada menjelaskan tentang hal ini.

Ikuti perkongsiannya.

Kenapa kanak-kanak sekarang lagi senang stress dari anak zaman dulu?

Saya TERJAGA,
TERSENTAK,
TERBUKA MATA
bila dengar satu patah ayat dari Puan Ummu Aminah dalam live semalam.

Katanya, “Kanak-kanak sekarang sangat fragile. Kalau dulu, anak-anak masih boleh ‘jadi orang’ bila dirotan. Tapi sekarang dah tak boleh. Sebab anak-anak sekarang fragile macam kaca.”

3 Sebab Utama Yang Perlu Kita Kenal Pasti
Kenapa anak zaman sekarang lebih ‘fragile’?

Sebab Eksplorasi terhad.
Zaman dulu, anak-anak belajar membina ketahanan diri dari aktiviti bebas di luar rumah. Bebas panjat pokok, terjun sungai, lompat atas lopak dan main atas batas sawah.

Tapi zaman sekarang, ramai kanak-kanak duduk di bandar. Rumahnya jarangkan bertanah. Kalau bertanah pun sekangkang kera. Atau tak ada sungai dan pokok untuk diteroka.

Kebebasan eksplorasi juga terpaksa dikawal disebabkan jenayah yang berleluasa.

Aduhai. Saya sendiri pun, macam ni.

Jadi, janganlah pekik kami kalau nampak saya dok bagi semangat kat anak yang sedang panjat pokok atau join anak mandi hujan.

Kena Biar Anak Explore

Peluang eksplorasi anak saya ni dah tak banyak. Sebab itu saya tak larang anak saya buat benda yang dia sudi nak mencuba. Walaupun nampak bahaya. Insya Allah, saya pantau sebaiknya.

Saya percaya, BANYAK MELARANG bukan sahaja menyekat kemahuan anak nak meneroka. Malah, membantutkan daya tahan fizikal serta emosi anak.

Artikel Lain: [Jangan Pandang Remeh, Selalu Herdik & Pukul Anak Buat Mereka Hilang Hormat. Membesar Jadi Biadap!]

Sebab Emosi dikawal gajet

Bila anak ada cetusan emosi, mereka sepatutnya belajar untuk melepaskan dan menyalurkan dengan cara yang betul.

Biasa tak bagi anak henfon bila mereka menangis?

Alah.. trik ni saya pun pernah buat. Terutama kalau kat tempat yang mereka tak boleh bising. Sebenarnya, tak sihat tau. Tapi, kalau sekali sekala buat menyelamatkan keadaan dan sebagai solusi terakhir, ampunkanlah diri sendiri.

Yang bahaya bila kita beri kepada anak HAMPIR SETIAP KALI mereka menangis.

Rupanya, bila kita buat macam ni, kita akan didik mereka bahawa henfon adalah tempat untuk mereka bergantung, setiap kali mengalami emosi yang tak best. Walaupun bila dah besar.

Bila sedih, kecewa, marah, henfonlah solusi. Jadi mereka tak belajar bagaimana cara yang betul untuk mengendali emosi. Dan tak tau bahawa, komunikasi adalah salah satu bentuk yang sihat untuk salurkan emosi.

Nak-nak pula, internet di henfon ni, ‘membawa’ anak kita ke mana sahaja tanpa sempadan. Mudah sangat untuk anak dapat pengaruh negatif dalam fon tu.

Dari TikTok, Bigo semua tu, tiba-tiba, anak kita dah bertukar jadi seorang yang tak pernah kita didik. Nauzubillah…

Ini belum lagi menyentuh bab persaingan. Bersaing siapa pakai fon paling canggih, siapa yang nampak lagi cool, lifestyle siapa paling menarik, semua ini ibarat persaingan anak zaman kini di media sosial.

3) Sebab Aras akademik semakin tinggi?

Sekolah sepatutnya medan untuk anak berjuang dalam akademik.

Walaubagaimanapun, sistemnya menyediakan satu acuan yang perlu di’fit’ oleh semua kanak-kanak.

Disebabkan terlalu nak fit kanak-kanak dalam satu sistem tu, kita mak pak ni dah tak ambil kira sama ada anak tu :
cukup asas atau tak
dah bersedia atau tak
types of learning anak tak sesuai dengan cara pembelajaran di sekolah
mengenepikan fitrah mereka untuk bermain
mengenepikan keperluan emosi mereka
ketinggalan perkembangan lain seperti perkembangan emosi, fizikal, spiritual, komunikasi, urus diri dll
dihalang untuk tonjolkan bakat dan potensi lain

Usaha untuk anak jadi pandai adalah usaha yang sangat baik. Anak-anak kita memang perlu kita latih untuk mampu beradaptasi dengan sistem sekolah.

Tapi, jangan kerana terlalu fokus nak anak capai akademik, kita terlupa untuk bangunkan perkembangan anak yang lain.
Especially perkembangan emosi.

Kita lupa yang perkembangan emosi yang sihat inilah yang menentukan anak tu ada kemampuan yang besar untuk cope stress atau tidak. Dan bila dah besar, mampu beradaptasi dengan orang lain, mampu tahap tekanan, dan tak cepat melatah bila diuji.

Niat yang baik tak menjamin usaha yang betul.
Usaha yang baik tak menjamin tindakan yang bijak.

Sesekali, kita pandanglah mata anak-anak. Selami hati mereka. Duduk di tempat mereka dan cuba dalami perasaan mereka. Adakah selama ini mereka melihat kita sebagai seorang yang adil dalam mendidik.

Sumpah, saya kalau buat gitu, selalu keluar segala rasa kesal. Nasib baiklah kita sentisa ada peluang untuk belajar dan betulkan silap kita.

Tau apa yang paling saya struggle dalam dunia parenting ni?
BALANCE.

Ada beberapa pakar mengibaratkan parenting ni ibarat main layang-layang; perlu pandai bila nak lepaskan atau tarik tali layang-layang yang sedang di udara.

Macam mana letihnya nak balancekan layang-layang tu, macam tulah nak balancekan dunia parenting.

Ada hari yang saya keletihan mental, emosi dan fizikal untuk ‘play balance’, saya hanya biarkan anak-anak buat ikut sukati mak bapak diorang.

Tapi ada hari yang saya dapat kekuatan, saya perlu mainkan semula ‘balance’ ni. Ia sangat susah. Tapi inilah perjuangan kita, kan!

Artikel Lain: [Jangan Suruh Anak Berhenti Waktu Menangis. Dia Pun Nak Luah Perasaan Jadi Biarkan]

Kepada ibu bapa yang baca tulisan ini,
forget your past mistakes and let’s start over. Relearn and redo.

Kalau Allah sentiasa buka pintu taubat untuk hambanya yang bersalah, kenapa kita perlu tutup ruang kita untuk mencuba semula.

Ini perjuangan kita.

Semoga kita mampu melahirkan anak-anak yang resilient & strong from inside. Yet loving & caring with others.

Wawa Shauqi
Yang menyedari sukarnya membesarkan anak zaman kini.

Published by
Emy Haznida Hazairul Sham