Jangan Biar Isteri Diam Lama-Lama, Jadikan Teman Bercerita Macam BFF!

Share

Suami mana yang tidak risaukan keadaan isterinya. Isteri yang selalunya ceria tiba-tiba hilang mood untuk bercakap, jadi makin sensitif dan sebagainya. Jangan biarkan sebaliknya cubalah dekati isteri secara baik.

Parenting Influencer, Mohd Fhais Salim turut sama berkongsi kisah isteri yang seharusnya lebih diberikan perhatian oleh para suami. Jangan biarkan isteri berdiam diri, bantulah isteri luahkan segala rasa seperti selalu. Bantu hilangkan stress isteri!


Tak tahu kenapa, tapi isteri kalau diam lama automatik otak saya akan terbayang simbol “hazard” ni.

Sebab saya tahu wanita normal average bercakap 20,000 – 25,000 patah perkataan sehari. Sepanjang pengalaman bergelar suami ni, ada 2 je punca wanita kalau diam.

1. Dia tak kenal orang tu atau
2. Dia tak ada mood nak bercakap

Selain dari 2 ni jarang jarang sekali dapat tengok dia diam. Jadi kalau isteri diam lama sangat memang automatik hati akan terasa ada yang tak kena. Jaga-jaga!

Cepat-cepat saya akan tanya dia soalan. Apa-apa je soalan, terlintas di kepala je terus tanya.

Kadang tanya pasal kerja, kadang pasal kawan dia, kadang tanya pasal baju anak dah singkat pun ada. Janji tanya. Sebab apa?

Haha, sebab setiap kali tanya soalan tu kalau dia jawab pasti akan berderet-deret sambungannya.


Dari tanya baju anak singkat je boleh bersambung sampai ke cerita pasal kerja. Comfirm punya.
Ini penanda arasnya!

Kalau dia jawab tu panjang, tak tersekat-sekat dan lancar je maknanya kita selamat. Mood dia okey la tu.

Beli Najjah Set Telekung Jannah Di Sini

[su_button url=”https://www.goshop.com.my/products/najjah-set-telekung-jannah-20166118″ style=”flat” background=”#ef472d” color=”#ffffff” size=”6″]Najjah Set Telekung Jannah[/su_button]

Tapi kalau dia jawab pendek, muka ketat, dan tak bersambung hah itu bahaya sikit la. Itu sah mood dia tak okey.

Cepat-cepat la flash back balik apa silap kita dah buat. Good luck!

~ Mohd Fhais Salim
Suami yang dah matang

Menarik: Panik Bukaan Dah 9 Sentimeter, Ryzal Syukur Dapat Tengok Anak Lahir, Sediakan Sup Seaweed Untuk Maryam!

Mama jom rileks jap, klik link NI!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
SRM