Hal menguruskan diri sangat penting diajar kepada anak-anak. Walaupun mereka sedaya upaya ingin memilih sendiri pakaian untuk dipakai, namun kita sebagai ibu bapa harus membetulkan perkara yang salah. Di fasa kanak-kanak, mereka masih keliru untuk membuat keputusan.
Jika dibiarkan kanak-kanak membuat keputusan tanpa di pantau, kelak mereka akan membesar dan tetap merasa perkara salah itu betul. Jadi adakah kita ingin biarkan anak kita melakukan kesilapan atau kita sendiri yang mendidik anak untuk memperbaiki kesilapan? Ikuti perkongsian daripada Puan Maryam Jamadi, Pediatric Occupational Therapist.
BIARKAN ATAU BETULKAN?
Anak umur bawah 2 tahun pakai seluar pendek + singlet + tudung DI DALAM rumah = Mummy tutup mata 😎
Anak umur atas 3 tahun pakai seluar dalam di luar + singlet + kopiah pergi rumah saudara = ❌
Anak umur 5 tahun pilih pakai baju tidur pergi ke kenduri kahwin = ❌
Meh saya nak cerita tentang perkembangan urus diri anak dari sudut skil memakai baju (dressing skill) memandangkan baru-baru ini tular tentang isu memberi kebebasan anak memilih pakaian baju walaupun tak bersesuaian atas sebab meningkatkan keyakinan diri.
Saya tidak mahu komen lebih lanjut sebab setiap profession mempunyai pandangan dan cara yang berbeza dan saya raikan perbezaan pendapat. 😘
Tetapi sebagai Terapis Cara Kerja, skil urus diri adalah menjadi keutamaan kami tak kiralah semasa mengendalikan terapi kes kelewatan perkembangan kanak-kanak mahupun kes pesakit stroke dewasa.
Seperti biasa, setiap skil perkembangan anak ada tahapnya mengikut umur anak. Sepatutnya normal anak yang berumur 6 tahun dan ke atas sudah boleh memilih pakaian yang bersesuaian dengan cuaca dan aktiviti. Jadi, pembelajaran skil memakai pakaian adalah dari 1 – 6 tahun. 👕👖
Jom kenalpasti umur dan tahap perkembangan yang perlu anak capai! 💪
🔴 SKILL MEMAKAI DAN MEMBUKA PAKAIAN 1-6 TAHUN 🔴
👶 1 – 2 TAHUN 👶
– Beri kerjasama semasa memakai atau membuka pakaian.
– Buka pakaian yang longgar (topi, stokin dll).
– Memakai topi.
– Membantu menolak tangan semasa memakai baju.
👧 2 – 3 TAHUN 👧
– Membuka jaket, kasut dan seluar jenis elastik.
– Membantu semasa memakai stokin.
– Membuka butang jenis besar.
🧒 3 – 4 TAHUN 🧒
– Memakai dan membuka kasut jenis sarung.
– Memakai stokin walaupun terbalik.
– Memakai dan membuka zip.
– Memakai baju sendiri tetapi perlukan pantauan untuk kenalpasti depan dan belakang baju.
– Anggaran anak boleh buat 50% skil pakai dan buka pakaian.
🙎♂️ 4 – 5 TAHUN 🙎♂️
– 100% boleh memakai dan membuka pakaian (seluar dan baju)
– Memakai stokin dengan betul
– Boleh kenalpasti depan dan belakang baju.
– Memakai tali pinggang.
🧍♀️ 5 – 6 TAHUN 🧍♀️
– Memakai butang jenis besar di belakang baju.
– Membuat ikatan simpul. 🧣
– Memakai zip di bahagian belakang baju.
– Memilih pakaian yang bersesuaian mengikut cuaca, aktiviti dan keadaan. 🎉
Walaupun 90% perkembangan otak anak adalah semasa 5 tahun ke bawah dan ini adalah fasa emas untuk anak belajar, tetapi membetulkan anak bila salah tidak semestinya akan buat pemikiran daya kreatif dan keyakinan anak runtuh jika cara mengajar itu sendiri betul.
Bahagian ini mak ayah kena betul-betul faham sebab saya risau mak ayah tersalah tafsir. 😅
Anak yang berumur 6 tahun ke bawah memang normal akan selalu buat salah.
-Pakai kasut terbalik. 🩴
-Pakai baju terbalik. 👕
-Salah pilih baju. 🤦♀️
-Tak tahu adab. 😵
-Salah penggunaan bahasa. 🤗
-Pelat. 😬
Tetapi itulah tugas kita sebagai mak ayah iaitu mengajar dan didik anak apa yang perlu diperbetulkan sebab kena ingat yang adab juga perlu diajar sewaktu dalam fasa ini, cuma jangan melebih-lebih semasa menghukum anak bila buat silap.
Contohnya, dari segi pemilihan pakaian. Tak salah anak pakai baju berlapis-lapis mahupun seluar dalam di luar seluar pun tak mengapa asalkan dia tahu limit berkreatif pakai pelik-pelik hanya di dalam rumah bersama keluarga bukan ke kenduri kahwin.
Dalam memberi kebebasan pada anak, penting juga ajar anak limit dalam berpakaian, bergurau, berkreatif dan bermain. Tak patut biarkan sekiranya anak dah melangkaui batas, contohnya;
-Pijak atau langkah makanan,
-Pukul atau buli kawan,
-Gurau baling barang dekat muka mak ayah,
Ada banyak cara lain lagi untuk merangsang “executive function” yang kita boleh buat. Jangan risau 😉
Jadi, tips saya untuk mak ayah membantu anak dalam skil pakai dan buka pakaian:
1. Tarik minat anak untuk belajar dan buka pakaian sejak anak sudah pandai duduk (kebiasaannya 6 bulan ke atas).
2. Jadikan aktiviti rutin pakai dan buka baju sesuatu yang seronok. (Boleh tingkatkan kosakata anak dan bonding dengan anak semasa ini).
3. Beri anak MASA untuk belajar.
– Bahagian ini paling penting dan mencabar sebab biasanya setiap kali nak keluar mesti kita mak ayah nak cepat-cepat siap. 😅
– Kesabaran yang tinggi diperlukan untuk tunggu anak siap. Pengalaman sendiri, biasanya saya akan minta anak mandi dan pakai baju sendiri dahulu sambil buat perkara lain, anak dah siap baru saya siap. 🤭
4. Ajar anak “step by step” mengikut tahap umur anak.
5. Beri anak kebebasan untuk memilih baju yang dia suka beli atau pakai.
– Kalau saya, kasut tinggi untuk anak perempuan umur 6 tahun ke bawah “big no no” sebab boleh menyebabkan risiko masalah postur tubuh dan sakit tulang belakang di masa akan datang.
– Bila anak dah umur 4 tahun, boleh sikit-sikit mula ajar anak etika pemakaian yang sopan sebab risau dengan isu pedofilia dan ajar juga perasaan malu untuk mendedahkan bahagian anggota badan pada orang lain walaupun ahli keluarga sendiri.
– Penting juga ajar anak bezakan pemakaian mengikut jantina lelaki dan perempuan.
Inilah sebab kenapa artikel saya biasanya panjang sebab saya tidak mahu pembaca salah tafsir info, lagi-lagi berkaitan isu parenting. ⚠️
Bila dah habis baca, mak ayah rasa patut betulkan atau biarkan? 🤔
Terima kasih kerana sudi membaca, semoga bermanfaat untuk mak ayah lain.
Kredit:Maryam Jamadi|Pediatric Occupational Therapist
BEYOND Home Therapy
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI