Membiarkan bayi menghisap botol susu hingga tertidur amalan yang salah. Elakkannya kalau anda nak jaga gigi anak. Ia tidak seharusnya dibiasakan ketika mereka bayi kerana ia boleh menjadi satu tabiat dan boleh menjadi salah satu punca kerosakan gigi.
Masalah nursing bottle caries berlaku apabila bayi tidur dengan botol susu dalam mulut semalaman atau penggunaan botol susu untuk jangka masa yang lama sepanjang hari. Tindak balas bakteria dalam mulut terhadap susu ini akan menyebabkan kerosakan gigi mula berlaku.
BILA SI KECIL TUMBUH GIGI
Pertumbuhan gigi bermula sejak bayi lagi. Gigi yang sihat sangat penting bagi kesihatan anak secara keseluruhan. Ketahui perkara-perkara yang perlu anda tahu apabila si manja mula tumbuh gigi dan tanda gusinya sudah kuat.
Melihat gigi pertama bayi merupakan saat yang menggembirakan. Ia adalah salah satu milestone bayi dalam perkembangannya. Menurut Dr Halina Haron, Doktor Pergigian di Klinik Pergigian Halina di Bangsar, terdapat beberapa perkara yang perlu anda ketahui untuk memastikan gigi si manja dijaga sejak kecil lagi.
7 FAKTA GIGI SI MANJA
- Bayi mulai tumbuh gigi waktu berumur 3 hingga 6 bulan. Tetapi majoriti bayi tumbuh gigi antara usia enam atau tujuh bulan.Malah ada yang tumbuh gigi pertama selepas umur setahun.
- Pada usia dua setengah hingga tiga tahun, anak anda sepatutnya memiliki set lengkap 20 batang gigi bayi.
- Biasanya, gigi pertama yang muncul adalah gigi bawah dua depan. Gigi yang terakhir pula selalunya gigi geraham kedua iaitu terdapat di bahagian dalam rahang atas dan bawah.
- Bayi akan rasa tidak selesa seperti mulai lebih banyak air liur dan terus-menerus ingin mengunyah sesuatu, menangis, tidak mahu makan dan tidak lena tidur.
- Gusi bengkak dapat menyebabkan suhu badan bayi anda meningkat, tetapi umumnya tumbuh gigi tidak menyebabkan suhu tinggi pada bayi. Anda harus menghubungi doktor anda jika suhu tinggi memang terjadi, kerana ada kemungkinan penyebab lain untuk itu.
- Untuk mencegah kerosakan gigi jangan biarkan bayi anda tertidur dengan botolsusu. Teh, susu atau jus dalam mulut bayi boleh merosakkan gigi dan menggalakkan pembentukan plak .
- Setelah usia tiga tahun, anak sudah boleh meludah keluar, sediakan ubat gigi dan berus gigi mengikut usianya.
KENAL PASTI REAKSI BAYI BILA TUMBUH GIGI
Terdapat beberapa perubahan sikap yang dialami bayi semasa pertumbuhan gigi. Antaranya ialah seperti berikut;
1.Gusi terasa gatal, sakit atau bengkak serta merah.
2.Sering memasukkan tangan ke dalam mulut.
3.Air liurnya meleleh keluar berlebihan dari biasa.
4.Tidak selera makan dan minum susu.
5.Selalu ingin menggigit untuk mengurangi rasa sakitnya.
6.Suhu badannya sedikit naik tetapi tidak melebihi daripada 39 Celsius
7.Pipi si manja menjadi kemerah-merahan, akibat lelehan air liur berlebihan.
8.Terjaga dari tidur pada waktu malam. Tidurnya menjadi tidak nyenyak.
9.Menggigit permainan dan jarinya untuk mengurangkan rasa kurang selesanya.
TIP ATASI KETIDAKSELESAAN INGIN TUMBUH GIGI
Bayi kerap kali akan banyak merengek dan gelisah ketika melalui fasa tumbuh gigi. Mama dan papa boleh bantu mereka untuk melaluinya dengan melakukan beberapa tip berikut;
- Berikan teetheratau tuala sejuk untuk digigit agar bayi lebih selesa.
- Boleh memberikan bayi ubat tahan sakit seperti paracetamoldengan preskripsi doktor.
- Berikan lebih susu atau air jika tidak mahu makansupaya perut tidak kosong.
- Berikanmakanan yang keras dan sejuk untuk dikunyah seperti kepingan keju, buah epal atau lobak merah. Tetapi jangan tinggalkan anak seorang diri untuk mengelak tercekik.
- Jika gusi bayi merah dan bengkak, urut lembut dengan jari anda atau ketulan kecil ais (tapi awas, bayi boleh mendapat frost bite). Cuba gunakan sedikit gel theeting bebas gula.
- Peluk dan tenangkannya.
TANDA GUSI SI MANJA SUDAH KUAT
Jika gusi sering bengkak bererti anda mengalami pertumbuhan gigi yang tidak sihat. Anak mempunyai gizi seimbang memiliki gigi kukuh dan bersih serta gusi berwarna merah muda berkilat serta memiliki lidah yang bersih dan segar. Apabila gusi dan gigi mengalami gangguan kerosakan, ia akan menyebabkan kanak-kanak sukar hendak makan.
Gusi adalah sokongan yang menjaga gigi tetap di rahangnya. Gusi rosak apabila terlalu lama terdedah kepada plak atau bakteria dan sisa makanan yang terlekat di rongga mulut. Juga kurang vitamin C yang menyebabkan kerosakan gusi. Gusi yang tidak sihat akan mengalami keradangan, bengkak, berdarah, warna merah, dan seterusnya boleh mengakibatkan gigi bergoyang, Malah bau mulut tidak sedap (halitosis). Biasakan menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari iaitu pagi dan malam sebelum tidur. Pilih ubat gigi dan berus gigi khas untuk kanak-kanak.
Jika gigi si manja hanya beberapa batang sahaja, memadai membersihkannya dengan sehelai kain kasar. Atau boleh membeli berus gigi yang menggunakan jari anda untuk memberi gigi si manja. Gunakan berus gigi yang diperbuat dari silikon yang boleh disarungkan ke jari anda.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI