Kesibukan kerja kadang-kadang membataskan ibu bapa untuk bersama anak-anak. Hati hati Dengan Kesibukan. Mencari nafkah itu kewajipan, buat perut si anak yang perlu dikenyangkan, buat pasangan hidup yang perlu dicukupkan.
Tapi janganlah sampai..Kita larut dalam kesibukan, sampai berkerut dahi siang dan malam hanya fokus pada mencari wang.
Padahal Kasih sayang itu juga kewajipan, perhatian itu juga kewajipan. Masa untuk anak isteri juga suatu keperluan. Tanpa itu semua, jadilah anak kita anak yang lemah bonding-nya. Jadilah pasangan kita lemah ikatan emosinya.
Sampai suatu masa nanti. Ketika anak mencari sesuatu untuk memenuhi kekosongan hati. Kawan-kawan lah yang akan memenuhi. Gajet-gajet la yang akan mengisi. Hiburan dan keseronokan duniawi la yang akan mempengaruhi. Hingga akhirnya semua itu memenuhi hati. Ikatan hati anak kita yang diabaikan penjaganya sendiri. Ketika itulah bermulanya, KEROSAKAN ANAK YANG KITA CINTAI.
Janganlah cuma salahkan mereka. Lihatlah diri kita yang mencuaikan perhatian terhadap mereka, yang terlalu sibuk dengan pekerjaan kita, hingga emosi anak anak menjadi mangsa.
Jangan sekali kali tukar anak kita dengan pangkat & wang ringgit!
p/s : Ketika kesibukan isteri saya, fikirannya masih pada anak. Ketika kesibukan saya, fikiran saya hanya fokus pada kerja. Sebak! Ya Allah. Mudahkan diriku dan semua ayah di dunia untuk bekerja tanpa melupakan anak anak yang diamanahkan kepada kami semua!
Sumber: Taufiq Razif/ Telegram Taufiq Razif