Hari ini ramai ibu suka menggayakan anak kecil mereka seperti orang dewasa. Ini dipanggil sebagai Sindrom ‘Hurried-Child’. Rasa seronok bila dapat menggayakan si kecil mengikut fesyen orang dewasa.

Terasa anak paling comel dan mengikut trend sangat tanpa mengetahui dan mengambil kira yang perbuatan tersebut rupanya ada kesan terhadap perkembangan si anak. Kalau dari bayi lagi sudah dibiasakan berpakaian seperti fesyen orang dewasa, mereka akhirnya akan menjadi dewasa sebelum waktunya.

Itu belum lagi ibu ayah yang memaksa anak belajar sahaja sepanjang masa demi untuk menjadikan anak paling terpandai di awal usia. Kasihan si anak kerana tidak menikmati zaman kanak-kanak yang menyeronokkan seperti bermain, berpakaian comot, bereksplorasi dunia persekitaran dan macam-macam lagi benda yang boleh dipelajari kerana sibuk hendak bergaya, ‘maintain’ cantik dan geli untuk bereksplorasi persekitaran kerana kononnya kotor.

Jangan Biarkan Si Kecil Dewasa Sebelum Waktunya. Hati-Hati Dengan Sindrom ‘Hurried Child’

Jika anda antara ibu ayah yang suka mempercepatkan anak dewasa sebelum waktunya, bacalah penjelasan Puan Noor Afidah Abu Bakar, Co-founder dan Principal Parent Connect Consultancy.

DEWASA SEBELUM WAKTUNYA.

Jangan Biarkan Si Kecil Dewasa Sebelum Waktunya. Hati-Hati Dengan Sindrom ‘Hurried Child’

Sindrom ‘Hurried-child’ yang dikenalpasti oleh Dr. David Elkind yang pernah saya kongsikan tahun lalu bukan hanya melibatkan tekanan akademik yang terlalu awal di luar kemampuan perkembangan semulajadi anak-anak kecil, sindrom ini juga merebak ke dalam pelbagai aspek kehidupan seorang kanak-kanak masa kini.

IKLAN

Jika kita mengikuti perkembangan semasa tentang kanak-kanak di seluruh dunia, salah satu isu besar yang mendapat kecaman pelbagai pihak adalah ‘trend’ memaksa kanak-kanak untuk berbusana seperti orang dewasa. Trend ini lebih ketara bagi kanak-kanak perempuan yang sering dieksploitasikan untuk berpakaian seksi dan kasut bertumit tinggi yang tidak sesuai usia. Dengan adanya rangkaian pakaian kanak-kanak yang didewasakan, kanak-kanak dipaksa untuk menggayakan fesyen pakaian dan dandanan seperti orang dewasa.

Walau apa saja yang dipakai oleh kanak-kanak, mereka tetap comel dan penyejuk mata. Walau bagaimanapun trend yang sebegini menyebabkan berlakunya dua kemungkinan:

1) Dengan berfesyen yang sedemikian, secara tidak langsung mereka juga diharapkan agar berkelakuan seperti orang dewasa. Harus diingat kanak-kanak bukan ‘mini adults’. Perkembangan fizikal, sosial, emosi, intelektual dan spiritual mereka belum capai ke tahap orang dewasa. Mereka seumpama ‘work in progress’ yang masih perlu dipupuk dan dibaja.

Jangan Biarkan Si Kecil Dewasa Sebelum Waktunya. Hati-Hati Dengan Sindrom ‘Hurried Child’

IKLAN

2) Dengan berfesyen yang sedemikian, didapati ada kanak-kanak yang memaksa diri mereka sendiri untuk berkelakuan seperti orang dewasa. Mereka bertutur menggunakan perkataan orang dewasa yang ada kalanya tidak manis disebut, mereka menonton rancangan tv dan mendengar lagu-lagu yang tidak sesuai untuk kanak-kanak. Mereka cenderung untuk meniru orang dewasa kerana ia bersesuaian dengan imej yang dipaksakan ke atas mereka.

Jika ini berlaku, rugilah kanak-kanak yang ‘hurried’ atau digesa-gesakan ini kerana mereka terlepas zaman riang kanak-kanak yang tidak mungkin akan berulang kembali. Apabila mereka dewasa nanti, zaman inilah yang akan dikenang dengan ungkapan “Seronoknya menjadi kanak-kanak”. Jika mereka dipaksa melalui zaman kanak-kanak mereka dengan menjadi orang dewasa, kenangan ‘good old days’ itu tidak ada.

Trend ini bukan hanya melibatkan kanak-kanak yang dipaksa berpakaian seksi, berdandan dan mengenakan mekap yang tidak sesuai usia, ada juga yang ‘dipaksa’ berfesyen menutup ‘aurat’ sebelum tiba usia kerana comel. Baby tidak perlu bertudung. Trend anak perempuan dipaksa berpakaian sedondon ibu dengan fesyen fishtail, peplum, jubah beropol dan sebagainya kerana ia menghasilkan imej yang layak-Insta (Insta worthy) juga adalah sebahagian dari sindrom ‘Hurried Child’ ini.

Jangan Biarkan Si Kecil Dewasa Sebelum Waktunya. Hati-Hati Dengan Sindrom ‘Hurried Child’

IKLAN

Kanak-kanak menjadi tua sebelum waktunya kerana memenuhi impian ibubapa yang terpedaya dengan tipu daya peniaga dan pengiklan yang suka mengambil kesempatan ke atas kealpaan kita yang tidak memahami perkembangan kanak-kanak.

Berpada-pada dan berhati-hatilah.

Pesanan: Harap pembaca membaca setiap ayat yang saya tulis supaya tiada salah faham sebelum komen. Terima kasih

Oh ya, ramai ‘followers’ yang menghantar mesej kepada saya bertanya tentang buku-buku yang saya baca. Bagi yang berminat dengan topik ini , boleh baca buku ‘The Hurried Child: Growing Up Too Fast Too Soon’ oleh David Elkind.

Nanti saya sarankan buku-buku lain lagi insya Allah.

(Tambahan: Sila ke posting selepas ini untuk saranan buku)

Sumber: Parent Connect

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI