Selepas bersalin anda akan melalui tempoh berpantang. Dalam tempoh itu, anda akan lakukan urutan untuk mengembalikan kesegaran tubuh, melancarkan peredaran darah dan sebagainya.
Selesai tempoh berpantang, anda akan kembali bekerja dan menjalani rutin seperti biasa.
Sedarkah anda, ada satu lagi proses berpantang yang dikenali rawatan penutup pantang yang perlu dilakukan. Ia penting untuk wanita lepas bersalin seperti mana yang dikongsikan oleh Nur Syatirah Shuib atau Kak Bidan Sempoi.
Ia adalah rawatan terakhir dalam amalan berpantang orang Melayu. Ramai yang kurang percaya dengan rawatan penutupan pantang kerana dari mata kasar, sukar untuk menentukan sama ada anda benar-benar pulih daripada segi fizikal dan mental. Ini adalah sebab-sebab mengapa anda perlu akur untuk membuat rawatan penutup pantang.
Mengelakkan angin cepat masuk ke dalam badan apakah lagi jika tempat kerja anda menggunakan sepenuhnya pendingin hawa.
IKLAN
Mencantikkan kembali seluruh tubuh badan. Fokusnya ialah kepada rawatan menguruskan badan, rawatan vagina, rawatan payudara dan punggung.
Memandangkan ibu bekerjaya pada hari ini mementingkan penampilan diri, maka rawatan lengkap ini perlu dijalankan. Dengan yang demikian, ia dapat mengembalikan keyakinan anda untuk kembali bekerja.
Merawat aura negatif selama tempoh berpantang. Gangguan ini boleh masuk ke dalam badan melalui dua cara iaitu stres disebabkan masalah kesihatan ibu dan bayi ataupun tumpangan sihir.
IKLAN
Rahim akan diperiksa oleh bidan sama ada telah kecut atau sebaliknya. Rahim yang telah kecut berada pada posisi yang betul selepas darah nifas berhenti. Jika rawatan penutup pantang tidak dilakukan, anda pasti tidak tahu keadaan rahim pada ketika itu.
Urutan akan dijadikan dan fokus kepada proses mengeluarkan angin daripada perut dan usus, membantu mengecutkan rahim dan menaikkan rahim iaitu sengkak peranakan.
Jenis rawatan
Rawatan faraj
Ramai sedia maklum bahawa faraj menjadi longgar disebabkan proses melahirkan anak secara normal dan faktor penuaan. Otot lantai pelvis menjadi lemah kerana usia bertambah dan tahap hormon estrogen yang rendah.
IKLAN
Kaedah rawatan faraj yang biasa dilakukan dalam amalan pantang ialah bertangas basah dan kering, skrub, masker, urutan peranakan dan organ sulit wanita serta merawat faraj menggunakan herba yang mampu mengetatkan dan mengencangkan kembali ototnya.
Sesiapa yang melakukan rawatan faraj akan medapati organ sulitnya menjadi putih kemerah-merahan dan panas berbanding orang yang tidak mendapatkan rawatan. Bahagian berkenaan kusam dan sejuk!
Rawatan punggung
Rawatan punggung dilakukan untuk merawat tulang punggung yang terbuka akibat proses bersalin. Selain itu, skrub dan masker yang digunapakai dalam rawatan ini untuk menjadikan otot punggung kembali tegang dan putih bersih.
Sumber: syatirahshuib.blogspot.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Amalan berpantang membantu mengembalikan kesegaran tubuh selepas bersalin. Ia juga merupakan salah satu rahsia untuk kelihatan awet muda. Amat menggerunkan bila selepas bersalin, wajah kelihatan hilang seri. Lebih menyedihkan bila nampak lebih tua daripada usia sebenar.
Melihat pada wajahnya pasti ramai yang tidak menyangka wanita ini sudah berusia 55 tahun. Tampak muda dan auranya cukup memikat, itulah yang dimiliki oleh insan yang selesa disapa dengan panggilan Kak Zue.
“Pernah dengar tak orang tua-tua sebut, “Hilang seri dia lepas bersalin….”
Pastinya setiap wanita tidak mahu ditegur sebegitu. Berikut dikongsikan tip penjagaan diri serta petua yang diamalkan;
“Apa yang saya tulis ini adalah amalan rutin saya. Yang menjadi sebahagian dari hidup saya sejak remaja atau di zaman persekolahan. Sebahagian besarnya sudah jadi kebiasaan kerana memang menjadi amalan dalam keluarga juga. Jadi, bukanlah ke semua ini saya lakukan kerana terpaksa dan kerana nak dipandang cantik atau muda ya. Namun, apa sahaja ilmu yang dikongsi, jika anda rasa dapat membawa kepada kebaikan, bolehlah diambil dan diamalkan juga nanti.
Wanita Ini Kongsi Petua Elak ‘Hilang Seri Selepas Bersalin’
“Alhamdulillah, walaupun sudah hampir 55 tahun usia saya, dengan izin Allah, saya tidak ada masalah kedut di wajah yang ketara termasuk di bahagian mata, tidak ada sebarang masalah sakit-sakit sendi, tapak kaki, lutut, mahupun badan, tiada sakit-sakit kepala, tidak ada masalah angin dalam badan, masih boleh membaca dan menulis tanpa menggunakan cermin mata, masih berambut lebat, tiada masalah kulit menggeleber.
BERPANTANG PENUH SELEPAS BERSALIN
“Saya tulis huruf besar ini. Sebab ramai wanita moden tak suka berpantang. Ambil ringan. Serta mungkin juga kerana tidak seiring dengan banyak pendapat moden. Tapi saya kongsikan di sini sebahagian dari amalan berpantang saya dari kelahiran anak pertama hingga ke lima ya.
– MANDI AKAR KAYU setiap hari walaupun sampai ke hari terakhir berpantang.
“Biasanya ada orang yang akan bantu sediakan. Jika tiada, minta tolong suami rebuskan. Bangun awal, mandi air suam atau hangat dengan rebusan akar kayu awal pagi. Terus sapu segala ramuan di perut dan ikat perut atau berbengkunglah dari awal pagi.
– MENGAMALKAN HERBA ATAU JAMU
“Terutama ketika dalam pantang. Usah malas untuk makan atau minum air akar kayu di samping ubat dari hospital.
– BERURUT “Sapu minyak herba satu badan. Berurut selalu.
– BERTANGAS
– KURANG PENGAMBILAN AIR “Jangan sampai tak cukup air, tapi jangan minum terlalu banyak. Jangan minum ais. Saya pantang 100 hari tak minum air sejuk. Malah hingga kini, saya jarang minum ais.
– JAGA MAKAN “Usah makan sembarangan. Waktu berpantang saya hanya minum air yang suam sahaja, tidak sejuk (walaupun pada suhu bilik). Makan pula hanya ikan, daging, ayam yang dibakar sahaja. Ikan pun bukan semua ikan yang boleh dimakan. Saya juga banyak amalkan makan nasi bersama lada hitam yang ditumbuk. Kunyit hidup dan halia muda.
– BERSTOKIN “Usah ambil remeh.
– PASTIKAN BADAN SENTIASA PANAS “Jauhi aircond.
– PANTANG BERSAMA SUAMI “(Kalau saya 100 hari, terserahlah).
– ELAK MENGANGKAT BENDA BERAT/SENAMAN BERAT
– PANTANG KELUAR RUMAH
– IKAT RAMBUT TINGGI SELALU “Ikat kemas-kemas. Orang dulu-dulu selalu simpan rambut supaya boleh diikat sebelum bersalin dan ketika dalam pantang. Ikatan rambut yang kemas dipercayai boleh mengurangkan sakit kepala dan menegangkan wajah.
Kebaikan Berpantang Adalah Untuk Diri Sendiri “Perlu diingat, kebaikan berpantang ini adalah untuk diri sendiri. Kena sihatkan dalaman dahulu. Jadi perlu bersabar kerana ia hanya untuk sementara waktu iaitu di antara 44 hari, 60 hari atau 100 hari.
Jangan Culas Kalau Betul-Betul Nak Jaga Badan
“Wanita zaman moden (tidak semua) memang serba boleh. Hampir semua perkara mampu diuruskan sendiri dengan efisyen. Tak salah berpantang sendiri, cuma perlu konsisten dan disiplin. Kalau rasa malas dan culas, tapi masih lagi ingin berpantang sendiri, carilah penyedia khidmat berpantang dan urut selepas bersalin yang boleh ditempah secara online.
“Ingatlah, berpantang adalah proses pemulihan tubuh yang amat penting dan akan memberi kesan kebaikan kepada kesihatan jangka masa panjang.
“Masa muda kita tak rasa. Rasa macam ok. Jalan ok. Bersama suami ok. Duduk kaki terbuka ok. Tak pakai stokin ok. Tak ikat perut pun ok. Tunggu bila berusia…. Kata orang tua, jika tidak berpantang ni, bukan sahaja diri yang akan merasa nanti, malah pasangan (suami) pun boleh “rasa”.
“Sebab itulah kalau tengok wanita zaman nenek-nenek kita, mereka masih langsing dan cergas bertenaga walaupun telah lanjut usia dan beranak ramai. Orang zaman dulu beranak 8 ke 10 orang itu biasa bagi mereka.
“Selain pemakanan dan cara hidup, amalan berpantang yang diamalkan sedikit sebanyak dapat membantu kepada faktor tersebut. Jika dibandingkan dengan wanita zaman kini, umur baru 30 pun dah banyak penyakit yang datang.
“Untuk kesihatan ibu yang baru bersalin, pengaliran darah adalah sangat penting. Kaedahnya termasuk lah senaman yang ringan dengan kerap, dan mengurut inilah tujuannya. Kalau tak mampu mencari orang untuk mengurut, boleh membuat senaman yang ringan untuk pengaliran darah dari kaki ke jantung.
“Sebenarnya, cantik adalah bersifat luaran dan sangat subjektif. Segala petua ini adalah lebih kepada penjagaan kesihatan diri. Kesihatan adalah sangat berharga dan tak dapat dijual beli. Masa pula tak akan dapat kita putar kembali nanti. Jadi, jagalah diri.”
Susu kultur adalah antara contoh makanan yang mengandungi probiotik atau dipanggil bakteria baik. Bakteria baik ini berfungsi meningkatkan persekitaran sihat di dalam sistem penghadaman. Puan Nurbaidurah Bazid, Pegawai Dietetik berkongsi bilakah susu kultur sesuai diberikan kepada kanak-kanak.
Bilakah susu kultur ini boleh diberikan?
Menjawab pertanyaan ini, terdapat beberapa kajian mengenai susu kultur atau probiotik di kalangan kanak-kanak bermula satu tahun dan ke atas. Kebanyakan kajian menunjukkan kesan yang positif khususnya bagi mengatasi atau mengurangkan penyakit atau gejala yang berkaitan dengan usus atau sistem penghadaman.
Namun, tidak banyak kajian yang dijalankan kepada bayi yang berusia bawah satu tahun. Maka saranan saya, susu kultur ini boleh diberikan pada seawal usia satu tahun tetapi perlu dikawal dan jangan berlebihan. Saranan saya mengikut kajian-kajian yang terdapat kini, hadkan pengambilan susu kultur pada kadar 65ml sehari, atau bersamaan 1 botol kecil sehari.
Seterusnya, apakah alternatif lain yang juga mengandungi probiotik atau bakteria baik ini?
Antaranya ialah kefir dan makanan yang ditapai seperti tempe. Suka untuk saya kongsi di sini, selain bakteria baik (probiotik), ada satu faktor lain yang menyumbang meningkatkan lagi kesihatan sistem penghadaman iaitu prebiotik. Ia adalah hasil daripada makanan yang tidak terhadam dalam sistem penghadaman, yang memberi manfaat menyokong pertumbuhan bakteria baik. Fungsinya sama seperti makanan kepada bakteria baik.
Antara contoh makanan yang mengandungi prebiotik adalah madu, bawang merah, asparagus, pisang dan oat. Maka, selain kita mengambil bakteria baik, makanan untuk bakteria baik ini juga penting bagi memastikan ketahanan bakteria baik yang berada di dalam sistem penghadaman.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Musim sekarang bila anak demam dan tak sihat, ibu ayah perlu risau. Ini kerana jangkitan virus Influenza kini kembali menyerang kanak-kanak dan orang dewasa. Orang ramai perlu ambil tahu simptom-simptomnya agar keadaan lebih terkawal.
Menerusi perkongsian di instagram Dr Say, beliau turut menyatakan jangkitan influenza ini simptomnya lebih kurang macam Covid-19. Jangkitan ini dikatakan bermusim dan jika dah tahu pengasingan segera perlu dilakukan.
Malah Dr Say turut menyatakan anak sulungnya turut mengalami simptom seperti influenza tetapi selepas dibuat ujian, syukur negatif tetapi Ace kena jangkitan paru-paru disebabkan oleh virus (viral pneumonia).
Lepas Covid, monkeypox (mujur tak sampai Malaysia), HFMD, sekarang flu pula menyerang dan agak dahsyat sampai beberapa asrama kena tutup. Jadi apa flu/ influenza ni, kenapa dia ganas sangat dan patutkah kita risau? Flu adalah singkatan nama penyakit influenza.
Contoh nama Robeah, orang panggil Beah haa sama la macam flu. Ia disebabkan oleh virus influenza yang ada 4 jenis yakni A, B, C & D tapi yang menyerang manusia adalah A & B.
Dia merebak lebih kurang sama macam Covid-19 yakni melalui respiratory droplets. Bersin kat tangan, pastu salam Robeah, Robeah boleh dijangkiti influenza.
Simptom flu lebih kurang sama macam Covid-19 yakni demam, batuk, selesema, sakit tekak, sakit badan dan muntah + cirit selalunya pada kanak-kanak. Mereka yang berisiko pulak kanak2 < 5 tahun, pregnant ladies, warga emas > 65 tahun, pesakit kronik, individu obese dan individu low immunity (cancer, HIV, dan lain-lain).
Boleh check ke kalau saya dijangkiti influenza? Yup, ade influenza rapid test kat klinik. Ada ubat ke? Yup, ada ubat antiviral MOSTLY indicated for golongan berisiko, pesakit yang makin teruk gejala flu-nya selepas hari ke-2/ ke-3 & pesakit yang ada komplikasi akibat jangkitan flu. Ada vaksin ke?
Yup, ada flu vaccine untuk melindungi diri dari virus influenza yang boleh ambil seawal umur 6 bulan ke atas & digalakkan amik tiap2 tahun.
Perlukah kita risau? Influenza is HIGHLY CONTAGIOUS macam Omicron tapi as per Menteri Kesihatan cakap, tak perlu risau sebab flu ni bermusim, keadaan masih terkawal dan hanya perlukan pemantauan dan pengasingan.
Masa Ace tiba-tiba nafas laju dan dada berlekuk semalam, 1st thing that came to my mind was “Ace kena influenza ni, teruk dia lain macam”. Alhamdulillah buat rapid test turns out to be negative.
Ace kena jangkitan paru-paru disebabkan oleh virus (viral pneumonia) dan Alhamdulillah jugak arini he is doing much better InsyaAllah boleh discharge esok. Jadi peeps, sama-samalah kita kerap basuh tangan dengan air + sabun, amalkan adab batuk/ bersin yang baik, mask up dan stay in kalau tak sihat. Moga kita semua dilindungi dari influenza ni.