Kerja sekolah memainkan peranan yang besar dalam pendidikan setiap kanak-kanak. Kerja sekolah mengambil kira sehingga lebih 50 peratus daripada prestasi pelajar (GPA). Tambahan pula, setiap ibu bapa pasti inginkan anak-anak mereka mendapat skor yang terbaik dalam pembelajaran.
Walau bagaimanapun, melatih anak membuat kerja sekolah di rumah bukanlah tugasan yang mudah kerana anda tidak boleh melakukan semuanya untuk mereka – ini dikira sebagai tidak mengajar.
Berikut adalah 5 tip mudah untuk membantu anak anda menyiapkan kerja sekolah mereka dengan berkesan:
Ajar anak anda kemahiran belajar dan merangka strategi
Selepas habis sesi pembelajaran, bukan semua guru mempunyai cukup masa untuk memberikan tip belajar atau menjalani ujian kepada pelajar mereka. Walaupun ada sesetengah guru yang melakukannya, namun mereka hanya boleh menyampaikan tip ringkas. Disebabkan itulah, ibu bapa sepatutnya menjadi orang yang layak untuk mengajar anak mereka tentang teknik pembelajaran. Contohnya, anda boleh mengajar anak anda kemahiran pengurusan masa, menasihati mereka untuk mengambil nota semasa kelas dan menekankan kepentingan penumpuan dan mengulang kaji pembelajaran yang lepas.
Berikan anak anda peluang untuk mereka belajar dengan stail mereka sendiri
Terdapat 7 stail pembelajaran berbeza untuk 7 jenis kebijaksanaan berbeza. Bukan semua orang berkongsi stail pembelajaran yang sama. Kebanyakan sistem pendidikan tidak hanya memfokus kepada semua stail. Sebagai ibu bapa, adalah menjadi tugas anda untuk menggalakkan anak belajar mengikut gaya mereka sendiri. Ini sekali gus akan membantu mereka mencapai potensi mereka dengan lebih mendalam.
7 stail pembelajaran termasuklah:
Bagi mengetahui stail pembelajaran dan jenis kebijaksanaan anak, anda perlu melihat kepada corak pembelajaran mereka dan/atau biarkan mereka melakukan ujian penilaian untuk mengetahui keputusannya. Ingatlah bahawa kebanyakan kanak-kanak mempunyai 2, 3 atau mungkin 4 stail dan jenis dalam satu-satu masa.
Hapuskan gangguan
Semasa sesi pembelajaran atau kerja sekolah, pastikan semua peranti elektronik ditutup, dicabut plag atau dipindahkan daripada zon pembelajaran, termasuk juga buku komik atau gangguan lain yang berkemungkinan. Penumpuan adalah kunci untuk kejayaan. Ia membantu anak anda untuk menyiapkan kerja dengan lebih cepat dan mengingat sesuatu perkara dalam tempoh yang panjang. Galakkan anak anda untuk tidak menggunakan internet bagi mencari jawapan kerana pembelajaran merupakan proses berfikir dan memantau. Terlampau culas atau tidak aktif dalam pembelajaran berasaskan otak semasa usia muda boleh mengurangkan kreativiti dan kemampuan menyelesaikan masalah di masa akan datang.
Mendorong anak
Motivasi tidak dapat disangkal lagi, menjadi salah satu daripada penyumbang terbesar untuk setiap kejayaan manusia. Jadi, sudah tentu, penting untuk setiap ibu bapa mendorong anak mereka semasa tempoh pembelajaran. Cara mudah melakukan perkara ini adalah dengan menunjukkan kepada mereka kepentingan pendidikan melalui buku dan cerita visual. Ibu bapa juga boleh sesekali memberi ganjaran kepada anak mereka pada peristiwa-peristiwa istimewa, tetapi janganlah terlalu kerap, supaya mereka boleh merasai bahawa usaha mereka itu dihargai.
Belajar bukanlah suatu tugasan yang mudah untuk pelajar tidak kira peringkat usia. Ramai dalam kalangan mereka memilih untuk berputus asa. Fenomena ini adalah contoh yang menunjukkan betapa pentingnya kita perlu mendorong anak untuk belajar sejak mereka kecil lagi.
Masa berehat
Mendapatkan rehat juga adalah bahagian penting dalam pembelajaran anak. Berehat dapat membantu anak anda merehatkan minda dan menyediakan peluang untuk otak memulakan proses mengurus semula dan mengekalkan maklumat. Berehat terbukti secara saintifik dapat meningkatkan motivasi dan produktiviti seseorang. Oleh itu, ibu bapa perlu tahu bahawa dengan menekan anak untuk kuat belajar boleh memberikan kesan buruk. Anak anda disarankan untuk berehat selama 5 hingga 10 minit selepas setiap 25 minit sesi pembelajaran.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Kredit: Hello Doktor