Jika bercakap soal tidur, tak lengkap jika tak sebut tentang hormon penggalak tidur iaitu Melatonin. Ia juga dikenali sebagai ‘timing messenger’ atau jam biologi badan yang membantu penyelarasan kitaran siang – malam dan berjaga – tidur manusia.
Tahukah anda sebahagian ISU TIDUR ANAK BOLEH di atasi jika anda mula kenal tentang Melatonin?
1.Cahaya 💡🌞
Melatonin di hasilkan oleh kelenjar ‘pineal’ pada waktu malam atau ketika dalam gelap /kurang cahaya. Pendedahan kepada cahaya, kuning DAN biru boleh menperlahankan atau merencatkan pengeluaran Melatonin.
Sumber cahaya termasuklah cahaya matahari, TV, ipad dan telifon.
Retina mata manusia adalah yang bertanggungjawab menyampaikan maklumat tentang jumlah cahaya yang di tangkap. Akibatnya, kita susah untuk tidur. Sekarang anda dah tahu apa fungsi ‘blind fold’ (penutup mata) ?
Maka, minta anak berhenti dari menonton TV atau gajet lebih awal dari jam tidur mereka untuk memberi masa kepada Melatonin beraksi.
2.😩 Hormon stress ( Cortisol )
Pernahkah anda memandu sambil tersengguk-sengguk sebab letih/mengantuk?. Anda mungkin terus saja bertahan memandu sebab tiada tempat sesuai untuk berhenti dan kebetulan rumah pun dah tak berapa jauh lagi. Dalam hati, anda berazam, ” Sampai ke rumah nanti, aku nak terus pergi ke katil dan tidur “. Malangnya, setibanya di rumah, puaslah bergolek atas katil, tak juga boleh lelap. Lalu kita bangun dan mula sibukkan diri serba sedikit seperti kemas-kemas apa yang patut sekadar mengisi masa. Tak lama kemudian, mungkin selepas sejam, rasa mengantuk datang semula dan pada kali ini, jika kita terus ambil peluang tidur, kita akan terlelap dengan mudah. Pernah tak?.
Bila badan manusia mengesan bahawa kita telah masuk fasa letih dan malangnya tiada usaha ke arah tidur/berehat di dapatkan (seperti contoh tak dapat tidur sebab sedang memandu), maka sistem kita akan memasuki fasa respon ‘fight or flight’ bila mula terlalu letih (overtired) . Iaitu respon sistem badan manusia bila berdepan dengan sebarang ancaman survival (untuk terus hidup, terus bergerak dan berfungsi). Demi survival, dalam kes terpaksa terus berjaga untuk terus memandu ini, maka hormon stress seperti Cortisol akan dirembeskan. Dengan kadar yang berpatutan, Cortisol ini bagus walaupun ianya hormon stress . Sebab? Cortisol pada kadar ini bantu selaraskan perkara seperti bendalir badan dan tekanan darah. Malangnya, ia turut membuat kita segar dalam masa yang sama. Malah, kehadiran nya menghalang hormon tidur iaitu Melatonin untuk beraksi.
MAKA, ini lah kenapa badan kita letih, puas bergolek tapi mata tetap tak mahu lelap. Sebab Cortisol dah masuk dalam sistem. Perbuatan kita mengisi masa dengan menyibukkan diri membuat kerja kemas-kemas seperti dalam contoh di atas sebenarnya membantu membersihkan cortisol dari sistem badan kerana Cortisol boleh di singkirkan melalui bendalir badan seperti air mata, air liur, urin dan peluh.
SAMA halnya dengan bayi dan anak kecil. BEZANYA, mereka tak pandai nak sibukkan diri dengan aksi kemas-kemas rumah contohnya. Lalu SAMADA, mereka jadi lagi ‘hiper’ melompat ke sana sini enggan tidur atau lagi malang mula menangis dan mengamuk BERJAM-JAM lamanya.
Sebab?
1. Badannya sedang cuba singkirkan Cortisol dan ia bukan proses yang boleh selesai dalam 10-15 minit.
2. Anak ‘serabut’ sebab sistem otak dah masuk mood segar/berjaga tapi badannya letih.
Maka, elakkan sengaja ‘tak bagi’ anak tidur dan patuhilah waktu tidur anak seboleh mungkin.
USWATUN HASANAH BT MOHD HABIB
KONSULTAN TANGISAN BAYI MALAYSIA
THB Edu Assc USA
AHLI DOKTORBUDAK.COM
Sumber rujukan tambahan:
1. Psychologytoday
2. Zrtlab
3. Huffpost
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI