Mama dan papa jom fahami sifat kulit bayi supaya anda tidak mudah melatah mengatakan perkara yang normal pada bayi sebagai penyakit. Ambil tahu tentang sifat semula jadi kulit si kecil dan elakkan beberapa perkara agar kulitnya sentiada terjaga dan tidak mudah diserang penyakit.
Walaupun bayi anda dilahirkan sempurna dan cukup sifat, tidak semestinya kulit bayi halus dan lembut. Jangkakan masalah kulit seperti ruam, radang kulit, kulit kepala berkerak dan sebagainya dari awal lagi. Kebanyakan bayi terdedah kepada kerengsaan kulit dalam beberapa bulan pertama selepas kelahiran. Berikut adalah cara untuk mengesan dan merawat masalah kulit bayi biasa.
MASA MANDI
Ingat, kulit yang baru lahir adalah lembut dan sensitif. Pastikan kulit bayi terhidrat dengan mandi di dalam air suam selama tiga sampai lima minit. Elakkan membiarkan bayi anda duduk atau bermain atau rendam lama dalam air sabun.Cara mengeringkannya juga secara tepuk-kering dan bukannya menggosok kerana ia menyebabkan kelembapan semula jadi kulit.
MILIA
Satu dari dua orang bayi memiliki milia iaitu lebam keputih-putihan. Ia biasanya muncul pada hidung dan muka. Keadaan ini disebabkan oleh kepingan kulit yang menyekat kelenjar minyak. Tidak perlu merawat kerana milia akan hilang sendiri.
gunakan detergen lembut untuk mencuci segala-galanya yang menyentuh kulit bayi. Begitu juga dengan cecair mandian, losen, syampu dan sebagainya, sebaik-baiknya biarlah daripada sumber semula jadi dan rendah kandungan bahan kimianya. Minimumkan penggunaan adalah lebih baik.
JERAWAT & BINTIK PUTIH
“Jerawat” bayi ada kaitan dengan yis, bukan pengeluaran minyak seperti jerawat remaja. Jerawat di hidung dan pipi bayi biasanya akan hilang dengan sendiri dalam beberapa minggu. Dapatkan rawatan sekiranya ia tidak hilang dalam tempoh tersebut.
Ads
TANDA LAHIR
Satu dari 10 orang bayi mempunyai tanda lahir. Lazimnya tanda lahir berwarna lebih gelap dan tidak diwarisi. Secara amnya tanda lahir tidak memerlukan rawatan.
KULIT KERING DAN MENGELUPAS
Bayi yang baru dilahirkan akan mengalami kulit yang mengelupas dan kering. Kulit asas yang terletak di bawah adalah sihat, lembut, dan lembap.
AMBIL PERHATIAN SEKIRANYA TERJADI 4 KEADAAN INI KEPADA SI MANJA
Ads
Bayi baru lahir memiliki kulit yang nipis berbanding kulit orang dewasa. Maka, menjaga kulit bayi agak rumit kerana ia agak sensitif. Mama papa perlu mengetahui apa yang perlu dielakkan agar si manja terhindar daripada masalah kulit.
RUAM PANAS
Ruam panas ialah biji kecil kemerah-merahan. Ia biasanya muncul pada bahagian-bahagian badan bayi anda yang terdedah kepada berpeluh, seperti leher, kawasan lampin, ketiak dan pada lipatan kulit.
Cara merawatnya ialah dengan mendedahkan bahagian tersebut persekitaran yang lebih dingin, sentiasa kering dan pakaian kain kapas longgar.
RUAM LAMPIN
Jika bayi mempunyai kulit kemerah-merahan di sekitar punggung, pelipatan paha dan bahagian sulit maka ia dinamakan ruam lampin. Ruam lampin berlaku kerana kerengsaan kulit kerana lampin yang terlalu ketat; lampin basah yang dibiarkan terlalu lama atau disebabkan oleh detergen, lampin, tisu lembap yang mengandungi bahan kimia keterlaluan.
Cara terbaik untuk mengurangkan kerengsaan ini ialah dengan membiarkan bahagian tersebut sentiasa kering serta menambah kekerapan menukar lampin.
Ads
KEPALA BERKERAK
Kulit kepala berkerak selalunya terjadi pada bulan pertama atau kedua dan biasanya hilang dalam tahun pertama. Keadaan ini juga dipanggil dermatitis seborrheic yang disebabkan oleh minyak yang berlebihan dan muncul sebagai bersisik, berlilin, ruam merah pada kulit kepala, kening, kelopak mata, sisi hidung, atau di belakang telinga. Keadaan ini selalu terjadi kepada bayi yang mempunyai ekzema.
Dapatkan rawatan atau dapatkan syampu khas untuk menghilangkan kerak ini, jangan sekali-kali mengikis atau menanggalkannya sendiri!
EKZEMA
Ekzema (juga dikenali sebagai dermatitis atopik) adalah ruam kulit yang biasanya muncul sebelum anak mencapai usia lima tahun. Pada bayi ia cenderung muncul pada pipi dan kulit kepala, tetapi ia boleh merebak ke lengan, kaki, dada, atau bahagian tubuh yang lain. Selepas tahun pertama kanak-kanak, ia mungkin muncul di bahagian dalam siku, belakang lutut, pergelangan tangan, pergelangan kaki dan lain-lain. Kulit bayi akan kering dan kemerah-merahan. Dapatkan rawatan dengan segera agar penyakit ini dapat dikawal.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cikgu mengadu anak saya lambat menulis. Anak saya berusia 6 tahun. Dia akan tengok pada White Board dengan sangat lama kemudian dia akan menulis satu persatu huruf sambil merujuk kembali white board untuk menulis huruf seterusnya. Dia akan mengambil masa yang lama untuk menyiapakan tugasan yang guru berikan. Saya risau dengan perkembanganya.
Kenapa menyalin semula perkataan dari papan putih menjadi sesuatu yang sangat sukar buat kanak-kanak? (Dari sudut pandang masalah penglihatan)
Sebagai ibu bapa dan juga guru, ia adalah sesuatu perkara yang agak membimbangkan. Tambahan pula, jika kanak-kanak itu mempunyai penglihatan yang normal 20/20, atau sudah memakai spek mata, atau mungkin guru sudah alihkan kedudukan mereka ke hadapan kelas supaya mereka dapat melihat white board dengan lebih jelas – tetapi masalah yang sama masih berlaku, dan kanak-kanak tersebut masih lambat menyalin perkataan, atau mempunyai banyak kesalahan, dan tertinggal maklumat yang penting yang diberikan.
Jika kita tidak peduli, ia akan berterusan kepada tingkah laku yang lebih membimbangkan seperti cuai, malas dan memberi alasan. Untuk situasi begini, mungkin mereka mempunyai masalah penglihatan yang mengganggu mereka untuk menyalin perkataan dari papan putih dengan mudah.
Antara masalah mata yang mungkin wujud ialah;
1. Kemahiran Penglihatan Binokular (poor eye teaming)– kemahiran ini memerlukan dua mata untuk berkerja bersama. Maka, menggerakkan mata dari satu point ke satu point yang lain adalah sesuatu yang mencabar bagi kanak-kanak. Ingat, menyalin perkataan dari papan putih memerlukan proses yang agak rumit untuk kanak-kanak 6 tahun. Mereka perlu memandang ke papan putih, kemudian pandang ke meja dan buku/kertas dan tulis. Dalam pada masa yang sama, mereka perlu mengingat bentuk setiap huruf yang membentuk perkataan. Disebabkan itu, mata kanak-kanak akan berasa sangat penat (eye fatigue) dengan cepat ketika cuba untuk menyalin perkataan dari papan putih.
2. Accommodative dysfunction – ia merujuk kepada sejauh mana penglihatan mereka boleh fokus. Di dalam ujian penglihatan, kanak-kanak mungkin memperoleh 20/20 tahap penglihatan, walaubagaimanapun, ujian tersebut tidak memerlukan mereka untuk sustain fokus dalam tempoh yang tertentu, atau mengubah fokus dengan cepat dari dekat ke jauh, atau sebaliknya. Jika sistem penglihatan mereka masih lemah atau tidak sepenuhnya developed, tempoh adjustment mereka untuk melihat dari point ke sesuatu point yang lain mungkin akan mengambil masa yang lama berbanding average – yang lead kepada challenging dan frustrating.
3. Oculomotor skills – merujuk kepada masalah kekurangan/kelemahan mata untuk mengesan (eye tracking) yang menyebabkan pergerakan pengawalan mata tidak berlaku dengan efisien dan tepat – yang juga menyebabkan mata mereka melompat-lompat atau skip perkataan yang dilihat (tak sempat lihat). Macam proses menyalin perkataan di papan putih tadi, mereka akan tercari-cari direction atau informasi yang perlu disalin semula dan menyebabkan pergerakan berlaku dengan sedikit lambat.
4. Proses maklumat dari penglihatan – ia berkait rapat dengan masalah memori penglihatan, Kanak-kanak ini mungkin mempunyai kekurangan kemahiran visual spatial dan visual discrimination dan menyebabkan mereka memproses perkataan atau huruf secara terbalik atau kebelakang (backwards). Masalah ini dikenali sebagai dyslexia, yang lazimnya symptom ini dapat dikenalpasti ketika kanak-kanak baru masuk ke sekolah.
Kesukaran untuk menyalin perkataan dari whiteboard akan menyumbang kepada pencapaian yang rendah dan kekecewaan (diri sendiri dan dari orang lain). Untuk ibu bapa, bawa anak anda berjumpa kepada doctor mata dan buat screening.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jumaat nan mulia menjadi hari paling menggembirakan buat pelakon, Elfira Loy yang telah selamat menimang cahaya mata keduanya semalam.
Lebih menggembirakan kata Elfira, puteri kesayangannya yang lahir tepat jam 6.27 petang semalam itu disambut sendiri oleh suaminya, Farish Khairol Anuar.
Menerusi Instagramnya, ibu kepada dua cahaya mata ini berkongsi cerita dan khabar gembira kelahiran anak keduanya itu.
“Saya ada banyak foto tapi saya suka yang ini.
“Subhanallah, ayah is such a superhero, menangis mommy tengok ayah sambut awak sendiri ketika mommy tengah push you,” katanya berkongsi.
Malah katanya lagi, inilah pengalaman paling berharga buat mereka sekeluarga dan menjadi momen paling indah buatnya.
“Alhamdulillah, pengalaman yang sangat berharga,” tulisnya.
Dalam pada itu, rakan-rakan selebriti dan pengikut Elfira di Instagram turut sama mengucapkan tahniah di atas kelahiran puteri yang begitu dinantikan semua.
Terdahulu, Elfira mendirikan rumah tangga bersama Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2020. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Rayyan Khalaf yang kini berusia dua tahun. Kelahiran cahaya mata perempuan tambah melengkapkan lagi bahagia mereka bersama.
Betul ke biarkan anak hisap botol susu sampai tertidur boleh jadi punca giginya cepat rosak?
“Jom, jom masuk tidur. Mama dah buat susu ni.” Itu antara dialog biasa yang setiap ibu bapa akan katakan kepada si anak bagi mengumpan mereka untuk tidur.
Jarang nampak bayi atau kanak-kanak yang masih minum susu botol akan tidur tanpa menghisap susu terlebih dahulu.
Kadang kala tanpa disedari, susu belum habis diminum mereka sudah tertidur. Akibatnya botol susu akan terbiar di dalam mulut untuk jangka masa tertentu. Tanpa disedari, ia sebenarnya telah mendedahkan si kecil kepada masalah gigi rosak.
Maklumat penting ini dikongsikan oleh doktor gigi Dr Iqbal Rosali dalam facebooknya. Beliau mengingatkan ibu bapa supaya memantau cara anak-anak minum susu dalam botol sebelum tidur supaya dapat mengelakkan daripada berisiko mendapat kerosakan gigi.
BOTOL SUSU PENYEBAB GIGI ROSAK?
Post ini tidak ada kena-mengena dengan Exclusive Breastfeeding.
Post ini bukan menyalahkan susu formula.
KARIES BOTOL SUSU terjadi apabila bayi atau kanak-kanak dibiarkan tidur ketika sedang menghisap susu atau air manisan daripada botol susu. Cecair yang tidak dibersihkan daripada dalam mulut bayi ini akan menyelaputi gigi dan menyebabkan kerosakan pada gigi.
Gigi yang sering kali menjadi mangsa ialah gigi susu hadapan atas.
Rata-rata ibu bapa mengendahkan perkara ini dan membiarkan sahaja gigi susu ini rosak, dengan alasan boleh diganti dengan gigi kekal.
Tidakkah ibu bapa kasihan anak-anak menangis kerana sakit gigi dan bengkak pada gusinya?
Tidakkah ibu bapa kasihan melihat anak-anak tidak ada gigi untuk makan dan bertutur dengan baik?
Tidakkah ibu bapa kasihan pada anak yang menangis pada tengah malam kerana sakit gigi?
APA LANGKAH TERBAIK IBU BAPA?
1. Jangan biarkan bayi tertidur dengan botol mengandungi susu atau air manisan.
2. Bersihkan mulut bayi selepas meminum susu dengan menggunakan kain lembap yang dibalut pada jari manis anda dan digosok pada gigi dan gusi bayi untuk membuang sisa susu.
3. Kurangkan penggunaan botol susu secara berperingkat. Galakkan minum menggunakan cawan atau sudu seawal usianya 6 bulan.
4. Bilas mulut bayi anda dengan menggalakkan meminum air kosong selepas menghabiskan susu.
5. Elakkan memasukkan gula ke dalam susu bayi anda.
6. Ibu bapa digalakkan memberus gigi anak-anak berusia di bawah 6 tahun.
7. Bawa anak untuk pereriksaan gigi di klinik gigi setiap 6 bulan.
Kesian tengok budak kecil yang sudah rosak giginya.
Bersempena dengan Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2024, pertandingan Baby Merangkak Race Pa&Ma X Simpan SSPN telah diadakan di MyTown Shopping Centre, Kuala Lumpur,...