Jangan dibuang pensel yang dah pendek. Kalau ada anak kecil simpan dulu elok-elok. Nampak macam dah tak apa-apa fungsi pun tapi bila anda tahu kebaikannya memang tak rugi.
Menerusi perkongsian Puan Noranisa Misrani ada banyak manfaat untuk anak-anak kecil terutama yang berusia 2-3 tahun belajar terutama rangsangan awal otot tangan.
Kat rumah banyak ke pensel kontot? Haaa.. boleh bagi anak kecil umur 2 3 tahun tulis conteng guna pensel yang pendek.
Bagus untuk rangsangan pegangan pensel anak. Bila gunakan pensel pendek, anak akan terpaksa memegang pensel menggunakan jari berbanding menggenggam pensel.
Yalah, macam mana nak genggam kalau dah pendek. Hujung mata pensel pun tenggelam dalam genggaman.
Selain pensel kontot, boleh juga bagi anak crayon yang di patah-patahkan.
Dah elok dipatah-patahkan pulak ye..Mmm.. perasan tak?
Anak 2 3 tahun ni daya perhatian dia masih pendek. Antara 4 sampai 10 minit je.
Jadi mewarna sekejap je dia dah tak nak buat, mula la buat muka bosan.
Matlamat kenapa kita buat sesuatu aktiviti tu sangat penting. Supaya kita tak sesat arah dan mula termarah-marah anak sebab tak capai apa yang kita nak.
Contohnya:
Kalau kita nak tingkat penguasaan pegangan pensel anak, daya perhatian. Boleh bagi anak guna pensel warna.
Sebab bila guna pensel warna anak kena warna banyak kali, dan menekan sikit baru siap mewarna.
Tapi kalau nak tarik minat anak mewarna, nak cepat siap boleh guna crayon.
Tapi, at the end nak guna mana-mana pun boleh cuma kesannya berbeza. Belajar sesuatu?
Tag rakan, guru dan pasangan anda. Share juga post ni supaya lebih ramai anak mendapat manfaat bila ibu bapa lain pula membaca.
Untuk lebih banyak tips dan perkongsian ilmu berkaitan anak-anak, boleh FOLLOW FB Noranisa Misrani
Sumber: Noranisa Misrani