Menangani karenah anak yang lasak memang ada masanya boleh buat kita pening kepala. Naik angin dibuatnya! Tapi sebenarnya itu tanda mereka anak yang bijak dan peka dengan persekitaran. Yalah, mana tidaknya. Nampak kita susun bunga dalam pasu, dia selongkar. Letih lipat kain tak habis, dah dipunggahnya. Maknanya dia alert dengan apa yang berlaku di sekitarnya. Cumanya kalau terasa tak boleh nak handle lagi, bolehlah cuba buat aktiviti yang dapat mengalih perhatian mereka.
Seperti yang dikongsikan oleh pemilik akaun Facebook, Wawa Shauqi, dia gunakan kaedah pembelajaran serta kemahiran sensori untuk menggalakkan anaknya duduk diam untuk satu tempoh masa. Mengguna pakai barangan yang dibeli dari kedai serbaguna, dia mengajak anak-anaknya untuk memasukkan manik di gelang getah.
Artikel Menarik: [Anak Tak Selesa, Senak Dan Sakit Tapi Mak Ayah Tak Perasan, Angin Pasang Boleh Undang Bahaya!]
Aktiviti begini dapat merangsang fokus anak. Selain itu, Wawa turut berkongsi ciri-ciri yang ada pada anak hiperaktif, yang boleh diperhatikan pada anak-anak jika ibu ayah mempunyai kerisauan itu.
Geramnya tengok anak jantan 2 orang ni tak duduk diam. Berlari sana! Berlari sini! Naik pening mama tengok.
Baru nak ambil Panadol, saya ternampak satu kotak hitam. Dalam kotak tu penuh, dengan barang-barang kraf yang saya beli dari Mr DIY.
Terus saya selongkar isi kotak tu. Lupa dah pasal Panadol.
‘Mana agaknya benda yang saya boleh guna untuk buat aktiviti dengan anak ni. Bagi diorang duduk diam kejap.’
Beads dengan benang getah! Bolehlah! Boleh saya minta anak masukkan beads ke dalam benang ni.
“Ammar! Aqlan! Mama nak buat gelang ni. Nak tolong tak?”
“Naaakkkk!!!” jawab anak serentak. Lantas terus duduk di kerusi masing-masing.
“Ok, tengok mama buat dulu ya.” Tunjuk saya pada anak-anak.
Ammar beruntunglah. Dia dah 5 tahun.
Tangannya dah mahir.
Pincernya dah jitu.
Jadi aktiviti ni memang sesuai untuk kurangkan perangai tak tentu hala dia & bagi dia lebih fokus.
Tapi untuk Aqlan yang baru 3 tahun, terpaksa saya tolong-tolong sikit.
Pincernya masih sedikit kekok memegang.
Tangan kanan dan kirinya baru nak mahir untuk diguna secara bersama.
Kenalah saya kurangkan level kesusahan & bagi dia semangat sikit supaya dia tak cepat give up.
Alhamdulillah, 40 beads siap dipasang Ammar. Bukan sekali, tapi 3 kali!
Kali kedua pasang, sebab tangannya terlepas. Kali ketiga angkara Aqlan yang sengaja menyakat.
Bila dah menyakat, bayangkan ajelah drama yang berlaku antara 2 beradik ni. Hampir putus urat sabar mama dibuatnya.
Nasib baik ambil masa seminit untuk dia kembali redho pasang semula beads nya. Phew!
.
Andaikata kalau korang macam saya, punya anak yang ya amat aktif, atau ada terdetik dalam hati ‘anak aku ni macam hyper je’, cuba cek ni.
Ada tak perangai impulsif yang disenaraikan ni;
– mencederakan diri bila tak dapat perhatian
– susah ikut peraturan
– memukul, mencubit, & menggigit bila bermain bersama orang lain. (normal in younger kids)
– suka potong cakap orang
– selalu potong barisan
– mengamuk teruk bila kecewa
Kalau ada, haaa… nampaknya kenalah selalu duduk bersama anak dan bermain permainan yang berstruktur / structured play.
Ya, ada yang berpendapat free play bagus untuk tingkatkan kreativiti anak, tingkatkan keinginan dia untuk meneroka, dan mahir membuat keputusan sendiri.
Tapi structured play pun ada bagusnya. Terutama anak yang ada certain isu pada perkembangan dan keperluan sensorinya lain sikit dari anak normal.
Artikel Menarik: [Potongan Bawang Air Purifier Semulajadi Anak Selesema & Batuk Berkahak]
Structure play ni juga bantu kurangkan perangai impulsif anak.
Kalau tak kurang-kurang juga sampai ke umur 6 tahun, saya nasihatkan rujuk kepada pakar. Yelah, mana tau ada masalah lain yang hanya boleh dikesan oleh mata pakar, kan!
.
Antara permainan lain yang dicadangkan:
– Jigsaw puzzle
– Dengar mak ayah bacakan buku cerita
– Memory Game
– Beading, lacing dan seumpamanya
– Permainan yang anak kena follow instructions.
– Matching games
– dan apa jua educational toys
Jangan lupa untuk set level rumit ikut peringkat umur tau. Jangan suruh baby yang baru belajar kutip tahi cicak untuk buat lacing pula ya. ?
Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu anda untuk mencuba cara baharu dalam menangani anak-anak yang lasak. Selain itu, perhatikan juga jika ada simptom seperti yang disenaraikan dan usah segan untuk merujuk masalah kepada pakar sekiranya ada.
Sumber: Wawa Shauqi