Bila anak kecil anda 0-3 tahun membuat perangai seperti menangis kuat, melembik atau mengeraskan badan, mengamuk kerana mahukan sesuatu atau tiba-tiba dia meragam dan ada orang menyuruh anda memukulnya, usah diikutkan permintaan mereka itu dan usah tertekan dengan kata-kata mereka.
Kenapa?
Kerana ketika anak anda mengamuk, dia sedang berperang dengan emosinya, ibarat lemas dalam perasaannya. Memukul anak itu tidak akan membawa apa-apa kesan baik. Malah kesan buruklah yang bakal datang.
Bawa anak itu ke tempat yang lebih tenang dan tenangkan dia. Basuhkan muka dan kepalanyanya perlahan-lahan dan bacakan doa-doa menenangkannya.
Jika orang itu menyuruh anda memukul anak itu supaya nanti anak itu tidak naik kepala dan jadi degil serta sebagainya senyum sahaja dan di dalam hati berdoalah supaya Allah memberikan petunjuk kepada orang itu.
Kita orang dewasa, kita diberi Allah kekuatan dan kuasa keatas anak kecil. Dan ingatlah dengan kuasa dan kekuatan datangnya tanggungjawab. Kita bertanggungjawab memberikan anak itu rasa selamat di dunia ini dan dikasihi bukan dibenci.
Anak-anak kecil ini memerlukan timbang rasa dan kasih-sayang serta contoh yang baik daripada kita orang dewasa dan bukan punca menjadikan mereka itu manusia yang membenci anak-anak kecil bila mereka dewasa nanti.
Bagi mereka yang suka sangat menyuruh ibu bapa muda memukul dan menjerkah anak kecil mereka yang sedang meragam itu, sudah sudahlah tu. Berhentilah membuat ibu bapa itu lebih stress.
Bantu ibu bapa itu untuk menenangkan anak mereka dengan anda menenangkan ibu bapa itu dengan memberi semangat bahawa dia boleh bersabar dan bukan memberi mereka berasa tertekan dan serba salah dengan paksaan anda.
Salam Sayang
Sumber:
Ibu Rose
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Minyak Lepas Masak Jangan Buang, Cuci Kotoran Minyak Dengan Cara, Mudah!
Di ketika kita dilanda dengan bekalan makanan yang agak terhad, belajarlah untuk berjimat cermat. Salah satunya adalah menggunakan semula minyak masak selepas digunakan.
Pun begitu elakkan menggunakan minyak yang sama berkali-kali. Tidak disarankan untuk kesihatan sekeluarga.
Macam mana nak bersihkan minyak? Tip ringkas yang dikongsikan oleh @senz.malaysia ini cukup mudah. Jom ikuti langkahnya.
Selepas masak, jangan terus dibuang minyak masak. Boleh sahaja digunakan asalkan tidak berkali-kali digunakan.
Ini caranya untuk membersihkan minyak yang kotor dan boleh digunakan semula.
Bahan:
1 sudu makan tepung jagung
Air
Campurkan sekali dan kacau sampai sebati.
Panaskan minyak yang digunakan tadi dan kemudian masukkan bancuhan tepung jagung tadi.
Kemudian angkat dan keluarkan kepingan tepung tadi.
Lihatlah hasilnya. Dah bersih kan?
Kena cuba!
@senz.malaysia Bersihkan minyak kotor pakai tepung jagung???! 😱🤩 #senzmalaysia #dapur #kitchenhacks #tips #tricks #lifehack #mustwatch #fyp #knowledge #oeacademy ♬ original sound – Senzmalaysia
Menarik: Satu Bilik Dia Tawaf, Demam Pun Aktif, Anak Kedua Dato’ Siti Nurhaliza Dah Pandai Berjalan
Hanya RM20, ada banyak hadiah istimewa. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/belajar-sampai-terror/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hebat Nur Madeena! Baru 5 Tahun, 4 Kali Khatam Al-Quran. Ni Tip Dikongsikan Ibunya
Kita sebagai ibu bapa sudah pastinya mengharapkan dikurniakan anak-anak yang baik, soleh dan solehah yang bakal menjadi penyejuk mata dan penawar hati. Anak-anak bukan sahaja dapat membantu kita sewaktu di dunia bahkan diharap dapat membantu kita sampai ke alam akhirat.
Bagaimanapun tanggungjawab ini bukan mudah jika tidak dimulakan dari awal. Lagi-lagi dengan cabaran hari ini yang cukup hebat dengan pelbagai dugaan. Apa yang kita tunjuk dan lakukan untuk anak-anak, semua itu akan menjadi pegangan buat mereka hingga besar.
Namun ramai dalam kalangan kita masih lagi bersikap menunggu biar anak besar baru nak buat sesuatu untuk mereka. Tanggapan ini silap. Patutnya sejak dari kecil lagi dah diajarkan perkara yang baik agar sampai besar ia akan berterusan.
Kisah penuh inspirasi seorang ibu ini, Puan Nurul Huda mengenai caranya mendidik anak mengikut panduan Islam sangat hebat. Apa yang membanggakan, sebelum usia 5 tahun, anak perempuannya dah pun berjaya khatam al-Quran sebanyak 4 kali.
Tanpa paksaan tetapi semua itu dilakukan dengan cara yang menyeronokkan. Dia juga seperti anak yang lain ada waktu bermain dan mempunyai hobi seperti kanak-kanak seusianya.
Mengenal al-Quran seawal usia 3 tahun
Atas permintaan ramai Mommy nak share sedikit pengalaman Nur Madeena dapat mengenal Al-Quran seawal 3 tahun dan dapat khatam sebelum umur 4 tahun. Semua ni dengan izin Allah jua.
Tiada lain yang mampu melainkan Dia. Alhamdulillah.. Tapi apa-apa pun bermula dari kita sebagai mak ayah. Kita nak anak mengaji jadi kita pun kena mengaji. Kita hadkan masa kita dengan hp, tapi kita banyakkan masa kita dengan al-Quran. InsyaAllah anak pun akan ikut kita.
Itu pengalaman Mommy, Mommy kurangkan pegang hp. Lepas tu kenal dia Allah, sayang Allah, ajarkan dia menutup aurat seawal mungkin, ajar dia bab malu, ajarkan dia solat. Nak ajar solat jangan kita ajarkan tapi ajak dia solat sama.
Mula solat seawal usia setahun setengah
Nur Madeena solat seawal setahun setengah. Ikut dia la solat macam mana pun. Tapi lepas dah pandai ngaji, ajar dia bacaan dalam solat. Biar mak ayah orang pertama ajarkan anak-anak solat sebab dia solat insyaAllah kita pun akan dapat ganjaran. Jadi kalau dia solat sampai akhir hayatnya, insyaAllah ganjarannya sampai ke akhir hayatnya juga. Rugi kita sebagai mak ayah kalau solat tiang agama kita harap guru yang ajarkan.
Alhamdulillah sekarang Nur Madeena dah tak tinggal solat.. Subuh pun dia bangun.. Cuma perlu diperbetulkan lagi solat dia.. Apa-apa pun mak ayah perlu mulakan..
PERDENGARKAN AL-QURAN SEJAK AWAL KANDUNGAN
1- Hampir semua sahabat-sahabat Mommy tahu Mommy lambat dapat Nur Madeena kan.. 5 tahun penantian baru dapat dia.. Berkat doa di Tanah Suci, sebulan balik dari Tanah Suci Allah hadirkan Nur Madeena dalam rahim Mommy.. Sebab tu namanya di beri sempena namanya MADINAH.. Mudahan dengan namanya Nur Madeena dijauhi dari fitnah Dajjak seperti mana haramnya Dajjal memasuki kota Madinah..
2- Seawal usianya dalam kandungan, Nur Madeena tak pernah sekali pun terlepas dari mendengar ayat-ayat suci Al-Quran.. Sebab setiap hari Mommy ajar mengaji jadi memang dari awal kandungan setiap hari Nur Madeena akan dengan orang mengaji.. Mommy pun akan mengaji setiap hari untuk dia.. Selama hampir 9bulan10hari Nur Madeena dalam kandungan, Mommy akan bangun tahajjud dan mengaji dengan Nur Madeena(janin dalam rahim)..
SEAWAL UMUR SEBULAN DIA SELALU PEGANG DAN BELEK AL-QURAN
1- Lepas Nur Madeena lahir dan lepas Mommy habis pantang, pada usia sebulan Mommy biasakan dia dengan naskah Al-Quran.. Letakkan dia dengan Al-Quran.. Lepas habis pantang, Mommy pun start mengajar balik.. Jadi Nur Madeena duduk di tepi Mommy ja teman Mommy ngajar.. Letak Al-Quran kat dia satu..
2- Bila dia mula meniarap, bagi dia pegang Al-Quran, selak-selak Al-Quran tu.. Selalunya mak-mak mesti tak bagi pegang kan sebab takut dikoyakkan.. Takpa, biarkan je.. Biar dia biasa dengan tulisan Al-Quran..
3- Bila dia dah boleh duduk, Mommy letak satu meja dan Al-Quran atau buku Iqra kat dia.. Duduk sama-sama budak-budak ngaji.. Biarkan ja dia.. Kalau koyak jangan di marah tapi cakap, jaga baik-baik nah.. InsyaAllah Allah akan bagi kefahaman kat dia.
BIAR DIA DUDUK DENGAN BUDAK2 MENGAJI LAIN DAN MENGAJI IKUT CARA DIA
1- Bila dah pandai bejalan, dah reti sikit berkawan Mommy biar dia mengaji dengan kawan-kawan ngaji.. Ikut cara suka dia ja dia bunyi. Dia ikut orang bunyi dia pun bunyi sambil tunjuk-tunjuk huruf kat buku Iqra.
2- Sambil-sambil tu Mommy ajar dia jugak tapi jangan paksa.. Ikut je dia.. Masa tu baru setahun lebih
MULA FOKUS AJAR IQRA PADA USIA 2 TAHUN 5 BULAN
1- Bila dia dah biasa dengan suasana mengaji Mommy pun mula lah ajar dia iqra 1.. wahh sangat mencabar tau.. Bukan senang.. Yang penting jangan paksa.. Ikut mood dia, biar dia seronok mengaji, bukan terpaksa mengaji..
2- Masa tu dia masih menyusu badan, jadi setiap kali nak menyusu Mommy akan cakap mengaji dulu baru susu.. Jadi kalau 5x menyusu, 5x la mengaji.. (masa ni bulan 5 2018)
3- Alhamdulillah lepas hampir 2 bulan dia dah habis iqra 1.. Tapi bukan senang tau.. Banyak dramanya.. Ya, Nur Madeena tak pelat jadi situ satu kelebihan untuk Mommy gunakan.. Kalau ada anak-anak pelat, jangan risau sebab insyaAllah ajar ngaji lama-lama dia takkan pelat.. Itu pengalaman Mommy ajar budak-budak ngaji..
4- Alhamdulillah sampai bulan 11 2018 Nur Madeena dah masuk iqra 3.. Ambik masa lama kan.. Sebab macam-maca, drama nak kena layan. Tapi kita layan je dia. Tapi masa bulan 12 2018, budak-budak ngaji ramai cuti.. Jadi Nur Madeena pun ada jugak la skip mengaji.. Masuk bulan 1 2019 Nur Madeena dah banyak lupa. Allah.. Jadi Mommy kena ambik satu tindakan drastik.. Kena ada target.. Bulan 1 2019 Mommy ulang balik iqra 2.. Lepas tu disiplinkan dia kena ngaji paling kurang 3x sehari.. Selalunya 4x sehari.. Pagi, lepas zohor, lepas asar dan lepas maghrib.. Setiap satu sesi 10minit je.. Jangan lama.. Ini cara Mommy.. sebab budak-budak boleh serap apa diajar lebih kurang 5-10minit saja.. Lebih dari itu ke laut. Kalau ada yang mampu sampai 15 minit itu bonus.
5- Yang penting disiplin dan reward. Contoh reward bagi satu hari cuti ngaji.. Nur Madeena dapat cuti pun kadang-kadang tanya lagi, hari ni nak ngaji pukul berapa? Alhamdulillah dari bulan 1 sampai bulan 4 dia berjaya habiskan sampai iqra 4.. Ingat, anak-anak kena puji, kena belai.. Masa Nur Madeena ngaji Mommy banyakkan belai kepala dia tangan dia.. Anak kita kan, jadi belai je.. Sambil-sambil tu selawat.
6- Bulan 4 2019 Mommy sekeluarga dapat jemputan ke Tanah Suci. Ini pun berkat doa Nur Madeena sebab dia nak sangat mengaji depan Kaabah. Hari-hari doa.. Jadi Tok dia pun nak tunaikan impian dia, Tok dia dengar doa Nur Madeena.. Dapatlah Nur Madeena ngaji depan Kaabah.. Masa tu dia ngaji iqra 4 lagi.. Di sana dia banyak doa nak cepat baca Al-Quran nak cepat khatam..
7- Lepas balik sini, pertengahan bulan 5 masa tu bulan Ramadhan Alhamdulillah Nur Madeena dah masuk Al-Quran.. Semangat dia nak baca..
DISIPLINKAN LAGI DIA DENGAN AL-QURAN
1- Sejak dia masuk Al-Quran Mommy suruh dia mengaji 1 hari 5 kali (wajib).. Kalau balik kampung atau bercuti bawak Al-Quran jugak dan mengaji sekurang-kurangnya 2x sehari.. Sekali mengaji 3muka surat..
2- Jangan paksa tapi cerita kenapa kena mengaji.. Mommy selalu ceritakan, dalam kubur nanti Al-Quran akan teman kita, akan jadi lampu kita sebab dalam kubur gelap.. Tanya dia sayang Allah dak, kalau sayang ngaji banyak-banyak sebab Allah nak bagi hadiah.. Dalam kubur banyak ulat, ular, cacing.. Kalau tak ngaji nanti semua gigit-gigit dan makan badan kita.. Jadi bila cerita macam tu dia akan suka mengaji dan nak ngaji banyak.. Sampai kadang-kadang Mommy bagi cuti, dia akan tanya kenapa tak ngaji hari ni..
3- Dia mula hafal lepas masuk juzuk 2.. Masa tu bacaan dah lancar.. Mula hafal surah An-Nas.. Mommy rasa susah jugak nak suruh dia hafal sebab baru 3 tahun.. Nak suruh baca ulang-ulang bukan dia nak.. Jadi Mommy ajar dia baca sekali lalu surah tu.. Lepas 3,4 hari dia dah boleh hafal.. (bab hafazan kalau ada nak tahu kita share lain sebab panjang jugak)
4- Alhamdulillah pada umur 3tahun 10bulan pada bulan 10 2019 Nur Madeena dah selesai khatam untuk pertama kali. Allah, macam tak pecaya.. Dalam masa 5 bulan dia dah khatam.. Tok dan wan happy sangat depa pun buat kenduri besaran..
6- Alhamdulillah bulan 3 2020 Nur Madeena selesai khatam kali kedua pulak.. Dan dah hafal hampir satu juzuk dalam juzuk ke 30..
7- Jadual mengaji Nur Madeena, lepas solat subuh baca surah Al-Kahfi 1-10 & 100-110, lepas solat dhuha baca surah Al-Mulk, lepas solat zohor mengaji tempat dia mengaji, lepas solat asar mengaji tempat ngaji, lepas solat maghrib ngaji lagi.. Itulah rutin Nur Madeena.
AMALAN MOMMY UNTUK NUR MADEENA
1- Buat air penerang hati- Mommy buat air penerang hati untuk Nur Madeena setiap hari.. Setiap hari dia kena habiskan air tu (1botol mineral kecil)
2- Bacakan alfatihah, ayat qursi, surah taha 1-5, selawat tafrihiyyah (niatkan apa yang kita nak untuk dia) dan tiup pada ubun-ubun dia setiap kali dia tidur..
3- Banyakkan belai dan selawat pada ubun-ubun
4- Baca doa Nabi Muhammad kepada Ibnu Abbas r.a اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ (Allahumma faqqihhu/ha fiddin wa a’llimhu/ha ttakwil -hu bagi lelaki, ha bagi perempuan) Jangan pernah tinggal doa ni. Baca sebelum dia mula mengaji dan tiup pada ubun-ubun.
5- Bila suapkan makan pada anak doakan untuk dia sambil suap.. Selawat banyak-banyak
6- Selawat Tafrijiyyah jangan tinggal, amalkan setiap hari.. Setiap kali selawat niatkan apa yang kita hajatkan.. InsyaAllah Allah buka jalan untuk kita..
7- Jaga pemakanan anak-anak kita..
8- Selalu doakan dia jadi anak solehah luar biasa.. Dan selalu panggil dia “anak solehah luar biasa sayang mommy”
KAEDAH AIR PENERANG HATI
1- Selawat tafrijiyyah 3x
2- Baca Al-Fatihah 1x
3- Baca Ar-Rahman 1-6, Al-Qiyamah 16-19, Al-Buruj 21-22
4- Doa Rasulullah pada Ibnu Abbas
5- Niatkan hajat untuk anak dan tiupkan
*Doa seorang ibu lebih hebat dari doa seorang wali.. Jadi ibu-ibu, mak-mak semua jom doa untuk anak-anak..
Ini saja pengalaman Mommy dengan Nur Madeena. InsyaAllah bila anak-anak boleh mengaji, anak-anak jugak cepat belajar yang lain. Percaya kalimah Allah itu keajaiban Allah untuk kita.
Maaf jika pengalaman Mommy ni hanya biasa-biasa saja. Kita doa kita dapat, kita amal kita rasa.. Anak-anak kita, kita yang corakkan.. Maaf sekali lagi ya semua.
Kredit: Nurul Ismail
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Boleh Jadi Anak Yang Kita Geram, Marah Masa Kecil Bila Besar Kebanggaan Ibu Ayah
Setiap kelahiran anak tak kiralah anak lelaki atau perempuan, mereka sememangnya mempunyai kelebihan. Cumanya ia belum terserlah sewaktu usianya masih kecil. Jika kita rasa penat dengan pelbagai cabaran sepanjang mereka nak membesar, ingatlah ini ujian yang kecil dan hasilnya kita akan dapat kemudian.
Tiap kali kita rasa geram dengan anak, ingatlah anugerah yang sempurna di depan mata kita inilah amanah yang perlu kita tunaikan sebaik mungkin untuk jadikan mereka insan berjaya.
Mana tahu anak yang kita rasa masa kecilnya cukup menguji kesabaran, selalu buat kita nak marah tetapi bila besar dia hero yang membanggakan kita. Rezeki anak kita tak tahu kan?
Perkongsian dari Puan Wawa Shauqi yang banyak berkongsi ilmu keibubapaan ini benar-benar terkesan dihati.
Boleh jadi, anak yang kita kata DEGIL tu, rupanya mereka ada kualiti untuk jadi bakal dewasa yang bermotivasi tinggi dan gigih.
Boleh jadi, anak yang BUAT TAK DENGAR BILA KITA PANGGIL tu adalah seorang yang sangat fokus menyudahkan kerja yang dia target.
Boleh jadi, anak kita yang TAK MAKAN SAMAN tu adalah bakal dewasa yang kuat tekad dan kuat daya tahannya.
Boleh jadi, anak yang kita sangka TAK BERADAB tu rupanya seorang yang berani untuk mencuba.
Boleh jadi, nak yang buat kita rimas sebab SUKA BERTANYA tu rupanya seorang pemikir.
Boleh jadi anak yang KUAT MERAJUK ini TINGGI EMPATINYA dan bakal memakmurkan hidup manusia lain.
Boleh jadi anak yang KUAT MENYEPAH TU sangat kreatif dan bakal menyumbang kepada kecanggihan masa depan.
Boleh jadi sifat buruk yang kita anggap pada ank tu rupanya kualiti paling mahal, dan paling diperlukan untuk dia jadi bakal dewasa yang berpotensi tinggi untuk berjaya.
Cuma kita yang tak memahami fasa seorang kanak-kanak. Sehingga tergopoh nak melihat mereka bersikap macam orang dewasa.
Apa kata, kita berhenti bersikap tak logik dan berharap mereka bertindak seperti dewasa. Dan mula memahami keperluan mereka untuk membesar jadi dewasa yang hebat.
A self reminder to myself too
Kredit: Wawa Shauqi
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI