Jaundis atau kuning pada bayi banyak berlaku selepas kelahiran. Rawatan tepat daripada doktor perlu diberikan, dan ia tidak sepatutnya dilakukan sendiri di rumah dengan peralatan yang tidak sesuai dan tanpa pemantauan kerana bimbang boleh memudaratkan bayi.

Jaundis adalah warna kekuningan yang kelihatan pada kulit yang disebabkan oleh meningkatnya kadar bilirubin dalam darah. Jaundis bagi bayi ialah jaundis yang berlaku dalam tempoh sebulan selepas bayi lahir. Jaundis sering berlaku pada bayi di mana 50% bayi akan mengalami jaundis pada minggu pertama kehidupan.

 

Dr Rusyainie Ramli telah memberikan pandangan dan menyanggah tindakan sesetengah ibu bapa yang berpendapat rawatan jaundis boleh dilakukan sendiri di rumah dengan menggunakan peralatan yang tidak menepati spesifikasi srawatan di hospital. Malah ada yang menggunakan lampu kalimantang yang bercahaya biru yang seakan-akan sama dengan lampu fototerapi untuk jaundis di hospital untuk merawat bayi jaundis di rumah.

Jangan DIY Rawatan Jaundis Di Rumah! Doktor Ini Jelaskan Kenapa Bayi Perlu Ditahan Di Wad Bila Jaundis

Berikut ialah perkongsian Dr Rusyainie ;

Kat Malaysia ni kalau bayi kena kuning, kita dah ada panduan dan tatacara bagaimana nak menanganinya. Kalau nak baca, boleh lah. 60 muka surat semuanya. Nak buat satu Clinical Practice Guidelines macam ni, bukan setakat dengar cakap orang-orang dulu yang kononnya makan lebih banyak garam.

IKLAN

 

Jangan DIY Rawatan Jaundis Di Rumah! Doktor Ini Jelaskan Kenapa Bayi Perlu Ditahan Di Wad Bila Jaundis
Foto dari Facebook Dr Rusyainie.

Ni laman FB sampah sekali lagi suka buat kerja mudaratkan bayi ni. Ni ada mak-hluk, bukan mak, yang tak bertanggungjawab dengan selamba nak rawat kuning nak kat rumah.

Ni saya nak bagitahu:

  1. Untuk mulakan fototerapi untuk bayi yang kena kuning, doktor kena ikut panduan yang diberikan. Kena tahu berapa bacaan bilirubin, risiko yang bayi tu ada, bayi tu lahir cukup bulan ke tak, dan lain-lain. Bukan asal boleh.
  1. Lampu kat hospital tu bukan yang macam beli kat kedai Ah Seng, Abu atau Ammu. Kena pakai spesifik:
  • Lampu gelombang cahaya biru 400-500nm.
  • Sinarannya minimum 15 µW/cm3/nm untuk fototerapi yang konvesional.
  • Dan jarak antara lampu dengan bayi tak  lebih 30-50cm.

Yang taknak pergi hospital sangat sampai rawat sendiri ni, namanya cari pasal.

IKLAN
  1. Semasa bayi tu tengah melalui rawatan fototerapi, doktor dan misi akan pantau kadar denyutan nadi, pernafasan, dan juga status hydrasi bayi. Pandai ke mak nak pastikan semua tu. Kalau pandai sekali pun, doktor pun tak boleh rawat anak sendiri. Nanti emosi akan mempengaruhi keputusan.

Jangan DIY Rawatan Jaundis Di Rumah! Doktor Ini Jelaskan Kenapa Bayi Perlu Ditahan Di Wad Bila Jaundis

  1. Kaedah nak letak bayi dekat lampu, cara nak dedahkan permukaan kulit bayi, ada bahagian mana yang mesti dilindungi, mak tahu ke. Janganlah memandai-mandai. Tengoklah lampu tu tergantung gitu.
  1. Saya tahu ramai mak ada banyak masalah domestik dan logistik bila bayi kena masuk wad. Bukannya doktor tu sengaja nak susahkan mak dan bayi. Komplikasi jaundis ni kekal kalau ia terjadi. Seumur hayat la menanggungnya. Dah jadi mak kan, maka tu tanggungjawab! Anak tu amanah Allah!

Doktor kena buat kerja ikut prosedur. Bukan sebab nak copek duit kalian. Masuk hospital kerajaan kan murah sangat. Gaji doktor sama saja kalau 1 pesakit atau 100 pesakit sekali pun.

Baca pasal jaundis ni.

IKLAN

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1463368217087005&id=1040952502661914

Dan tolong lari jauh-jauh dari laman sampah ni. Macam tak cukup akal saja mereka yang dok dalam tu.

HAPUSKAN MITOS TENTANG JAUNDIS
Lagi satu, petua merapu, mandi bayi dengan air sirap, bagi minum segala kejadah air, tepek hirisan belimbing buluh kat badan bayi TIDAK AKAN kurangkan kuning bayi. Pakai baju kuning pun takkan buat bayi jadi kuning. HENTIKAN MITOS KARUT!

Dr. Ninie

Tak tahu kali ke berapa dah tulis pasal jaundis.

Sumber: Dr Rusyainie Ramli

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI