Jaundis atau kuning pada bayi banyak berlaku selepas kelahiran. Rawatan tepat daripada doktor perlu diberikan, dan ia tidak sepatutnya dilakukan sendiri di rumah dengan peralatan yang tidak sesuai dan tanpa pemantauan kerana bimbang boleh memudaratkan bayi.
Jaundis adalah warna kekuningan yang kelihatan pada kulit yang disebabkan oleh meningkatnya kadar bilirubin dalam darah. Jaundis bagi bayi ialah jaundis yang berlaku dalam tempoh sebulan selepas bayi lahir. Jaundis sering berlaku pada bayi di mana 50% bayi akan mengalami jaundis pada minggu pertama kehidupan.
Dr Rusyainie Ramli telah memberikan pandangan dan menyanggah tindakan sesetengah ibu bapa yang berpendapat rawatan jaundis boleh dilakukan sendiri di rumah dengan menggunakan peralatan yang tidak menepati spesifikasi srawatan di hospital. Malah ada yang menggunakan lampu kalimantang yang bercahaya biru yang seakan-akan sama dengan lampu fototerapi untuk jaundis di hospital untuk merawat bayi jaundis di rumah.
Berikut ialah perkongsian Dr Rusyainie ;
Kat Malaysia ni kalau bayi kena kuning, kita dah ada panduan dan tatacara bagaimana nak menanganinya. Kalau nak baca, boleh lah. 60 muka surat semuanya. Nak buat satu Clinical Practice Guidelines macam ni, bukan setakat dengar cakap orang-orang dulu yang kononnya makan lebih banyak garam.
Ni laman FB sampah sekali lagi suka buat kerja mudaratkan bayi ni. Ni ada mak-hluk, bukan mak, yang tak bertanggungjawab dengan selamba nak rawat kuning nak kat rumah.
Ni saya nak bagitahu:
Yang taknak pergi hospital sangat sampai rawat sendiri ni, namanya cari pasal.
Doktor kena buat kerja ikut prosedur. Bukan sebab nak copek duit kalian. Masuk hospital kerajaan kan murah sangat. Gaji doktor sama saja kalau 1 pesakit atau 100 pesakit sekali pun.
Baca pasal jaundis ni.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1463368217087005&id=1040952502661914
Dan tolong lari jauh-jauh dari laman sampah ni. Macam tak cukup akal saja mereka yang dok dalam tu.
HAPUSKAN MITOS TENTANG JAUNDIS
Lagi satu, petua merapu, mandi bayi dengan air sirap, bagi minum segala kejadah air, tepek hirisan belimbing buluh kat badan bayi TIDAK AKAN kurangkan kuning bayi. Pakai baju kuning pun takkan buat bayi jadi kuning. HENTIKAN MITOS KARUT!
Dr. Ninie
Tak tahu kali ke berapa dah tulis pasal jaundis.
Sumber: Dr Rusyainie Ramli