Jangan Ikut Sangat Apa Anak Nak! Ketegasan Mak Ayahlah Terbaik Untuk Masa Depan Anak

Share

Anak-anak ini bukan tahu apa yang mereka nak itu elok atau tak. Apa yang penting mereka tunjuk dapat. Anak tak kan fikir harganya, kesan pada kesihatan dan sebagainya.

Sebagai ibu bapa, kita kena main peranan ini. Jangan terlalu ikut sangat apa anak nak. Kena bertegas dengan mereka walaupun rasa sedikit tercabar apabila anak buat perangai depan orang.

Kalau orang lain kata bagi jelah kat anak tu, kita berhak berkeras dan cara kita tak sama dengan orang lain. Memang nampak kita ni seolah-olah ibu bapa kejam tapi ia terbaik untuk masa depan anak nanti.

Berikut perkongsian Dr Taufiq Razif berkongsi kenapa ibu bapa jangan ikut sangat apa anak nak.

Geram juga saya dengan Maryam Soolihah ni. Tiap kali masuk kedai runcit je benda pertama dia nak sambar adalah aiskrim!

Aduh! Maafkan Abi tapi jawapan Abi akan tetap NO.

Saya bukan tak nak bagi. Tapi aiskrim, jajan dan ais gas ni kalau kita selalu bagi kat anak kita boleh menyebabkan sistem imun anak tak berfungsi dengan optimum.

Anak kita walaupun mungkin dia tahu je keburukan makanan tu semua tapi disebabkan Prefrontal Cortex mereka belum matang lagi, mereka tak mampu nak buat keputusan dan tak reti nak bezakan mana baik dan mana buruk.

Tu la kenapa kita la yang kena jadi DECISION-MAKER untuk anak kita.

Kalau kita ikut je kemahuan anak-anak kita yang masih tak matang Prefrontal Cortex-nya tu, boleh rosak anak kita tu.

Itulah kenapa mak ayah ni kena tegas sebab anak-anak kita sebenarnya sangat perlukan ketegasan mak ayah untuk membuat keputusan yang terbaik untuk masa depannya.

Dr Taufiq Razif 
Abi Tak Garang Tak Kedekut. Cuma Tegas

Published by
Wan Amy