Ada ibu bertanya macam mana nak elak rasa nak marah ketika ajar anak? Sebagai ibu yang ajar anak di rumah kita hanyalah manusia biasa. Tak terlepas daripada beremosi. Acapkali datang perasaan marah, kecewa dan sedih bila anak tak dapat-dapat apa yang kita ajar.
Sedikit tipajar anak di rumah, yang mungkin boleh membantu :
RENDAHKAN JANGKAAN (lower expection)
Anak kita masih kecil, perlukan bimbingan kita. Apa yang kita jangkakan daripada anak yang masih berusia 6 tahun? Ajar hari ni, esok dah pandai?
Jadi, bila rasa nak marah, saya akan didik hati berkata sebegini.
INGAT SEMULA TUJUAN ASAL
Kita ajar anak bukan untuk kepuasan sendiri, untuk anak pandai mengaji, membaca pada usia awal, apakah sebenarnya matlamat kita?
Anak adalah amanah Allah. Kita akan ditanya tentang amanah ini.
Set pada diri bahawa tugas kita cumalah menyampaikan, iaitu mengajar anak kita. Hasilnya bergantung kepada Allah, samada Dia nak beri atau tidak.
Fokus pada usaha, bukan pada hasil
PILIH WAKTU YANG SESUAI
Ads
Kadangkala mungkin kita atau anak sedang penat, lapar atau mengantuk. Jadi mengajar anak pada waktu tersebut kurang berkesan.
Pilih waktu di mana kita tidak tergesa-gesa dengan masa anak kita sedang cergas seperti selepas mereka makan, mandi atau bangun tidur.
Jika emosi kita atau anak dalam keadaan tidak bersedia, seeloknya kita tangguhkan ke waktu lain untuk menjamin kualiti.
BUAT JADUAL
Jadikan tugas mengajar anak antara agenda dalam jadual harian kita. Lebih baik juga sekiranya kita tampal jadual tersebut untuk kita lebih bersedia untuk mengajar anak.
Seeloknya buat perancangan aktiviti pembelajaran anak. Gunakan planner-planner yang ada dipasaran untuk memudahkan merancang.
KONSEP BERMAIN
Ads
Mengajar anak membaca atau mengaji bukan bermaksud tunjuk buku sepanjang tempoh tersebut. Kita tarik minat anak dengan aktiviti bermain. Konsep bermain ni sangat penting.
Sebagai contoh, kita boleh main uli-uli playdough untuk kenalkan anak dengan huruf, atau kita main treasure hunt, minta anak cari di mana huruf-huruf bersembunyi!
MASA YANG SINGKAT
Daya fokus anak sememangnya tidak lama. Tidak perlu masa yang lama untuk ajar anak, cukup 10minit satu sesi, dan tambahkan kekerapan 2 ke 3 kali sehari.
Jadi, jangan kita jangkakan anak akan duduk diam selama setengah jam untuk sesi belajar!
Sebagai rujukan, ini tempoh masa daya fokus anak mengikut umur.
Ads
BERHENTI SEBELUM ANAK JEMU
Ini sangat penting, berhenti mengajar anak sebelum mereka jemu, atau lebih bagus ketika mereka sedang seronok belajar. Mengapa? Supaya anak seronok untuk sesi belajar seterusnya.
GALAKAN DAN PUJIAN
Sentiasa puji anak atas usaha kecil mereka, walaupun sekadar membaca satu ayat. Sebagai galakan, kita boleh tampal stiker kecil di mana tempat mereka berhenti membaca pada sesi tersebut.
Kadangkala, saya beri juga mereka permainan atau buku kesukaan jika anak dapat habiskan bacaan.
BERDOA
Untuk mengharapakan kekuatan kita sendiri, nescaya tidaklah ke mana. Jadi, saat kita rasa hendak marah, cubalah istighfar dan banyakkan berdoa supaya Allah mudahkan perjalanan kita mengajar anak.
Semoga tip ini bermanfaat untuk ibu-ibu macam saya.
Cuti sekolah ni apa agaknya aktiviti yang anda pilih untuk anak-anak. Samada bercuti atau menghabiskan masa di rumah sahaja? Di rumah pun tak salah cuma mama kenalah kreatifkan minda supaya anak tak bosan sepanjang hari. Sebaiknya cari aktiviti yang mampu uji minda dan otak anak. Barulah makin berkembang.
Aktiviti yang dikongsikan oleh ibu, Aimi Zafira ni memang menarik. Aktiviti sains seperti ni sebenarnya mampu buat anak berfikir lebih jauh. Bonding mama papa pun makin kuat dengan anak. Yang penting anak happy. Jom cuba.
Aktiviti paling mudah hujung minggu untuk distract anak. Yang penting ada 2 bahan ni yang ade je kat dapur rumah.
Baking soda
Cuka
And less mess! Kehkeh! Aktiviti ni dah beberapa kali buat, and masih mendapat sambutan anak anak. Hihi!
Bahan extra lain :
Belon
Corong ( kalau ada )
Masukkan baking soda dalam belon sehingga suku atau separuh belon. Untuk lebih mudah, guna corong untuk masukkan baking soda. Kalau tak ada corong, gulung kertas pun boleh.
Masukkan cuka dalam botol. Agak agak je la cukanya. Saya prefer pakai botol kaca sebab lebih stabil. Masukkan mulut belon keliling botol. Pastikan belon yang ada baking soda sentiasa di tepi botol.
Tegakkan belon, perlahan lahan masukkan baking soda dalam botol.
Yeyy! Boleh tengok belon makin besar. Biasanya budak budak sangat excited part belon makin besar, sambil tengok buih buih dalam botol tu.
Kredit: Aimi Zafira
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak tak ketagih gadget ni lasak dia memang luar biasa. Aduhai, letih sebenarnya jaga anak cara begini. Dari celik mata sampai dia tutup mata, tak boleh nak berehat. Ada sahaja akal dia nak improvasi segala benda kat rumah jadi mainan.
Tapi lebih baik anak lasak bermain daripada anak lasak tantrum. Ini yang sepatutnya ibu bapa kena fikirkan tanpa mengeluh.
Perkongsian dari Mohd Fhais yang banyak menulis mengenai ilmu keibubapaan dan kekeluargaan ini sangat tepat dalam keadaan hari ini.
Apa saya perasan, “self control” anak yang tak ketagih gadget ni lebih tinggi daripada anak yang dah ketagihan gadget.
Sekali cakap je anak mudah faham. Walau tak dapat pun apa yang di minta, bila kita pujuk senang masuk ke hati baik dia.
Berbeza sangat buat yang dah ketagih ni, pujuk memujuk ni tak mudah jalan. Selagi tekak tak sakit selagi itu dia akan tantrum, mengamuk dan meronta-ronta.
Bila tantrum dah mula lasak mula la “raksasa” dalam diri anak tu akan keluar.
Seboleh-bolehnya apa yang dia minta tu kena dapat. Perkataan “tak boleh” tu seolah-olah tak ada dalam kamus hidup diorang. Tak peduli la orang sekeliling, kat tengah shopping mall pun jadi dia buat perangai.
Oleh itu semuanya bermula dari rumah, dari anak masih kecil.
Jika di rumah anak tak boleh duduk diam, lasak kemain, habis semua barang di rumah dia jadikan alat permainan, maka bersyukurlah kerana anda sedang membesarkan anak yang bijak “self control” dan bijak bermain.
Jangan pandang enteng masalah ketagihan gadget ni, di negara barat ketagihan gadget ni dah di anggap sama “bahaya” dengan ketagihan arak dan dadah tau.
Sumber: Mohd Fhais
Sama-sama kita beringat demi anak-anak
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon Hairul Azreen, 28, tidak kisah dikecam, sebaliknya mengakui berbangga dapat mendidik anaknya, Yusuf Iskandar supaya berani melakukan aktiviti lasak.
Hairul berkata, sebagai bapa, dia begitu menitikberatkan kemampuan diri dan cara didikannya itu sentiasa dipantau isterinya, Hanis Zalikha yang sering mengingatkan aktiviti bersesuaian untuk dilakukan anak kecil.
“Saya gembira dengan pendedahan yang diberikan kepada Yusuf. Saya ajar dia melompat sampaikan emak saya sendiri marah, tetapi Hanis ada untuk mengingatkan perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan sebagai langkah berhati-hati,” katanya.
Biarpun tidak mempunyai banyak pengalaman memandangkan Yusuf adalah cahaya pertamanya, Hairul berpuas hati apabila permata hatinya itu membesar menjadi anak yang lasak.
Kecenderungan Yusuf itu juga membuatkan Hairul terfikir untuk meneroka lebih jauh potensi anaknya itu. Pada masa sama, Hairul turut bersyukur melihat perkembangan positif anaknya dalam pembelajaran.
“Dalam hal berkaitan akademik, saya serahkan tanggungjawab itu kepada Hanis. Saya lihat Yusuf cepat belajar. Tanpa saya sedar, dia sudah boleh mengenal abjad dan sekarang mula belajar mengira,” katanya.
Sumber: Berita Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.Menerusi FB Zatil Arip, beliau berkongsi...