Ads
Home Keibubapaan Penjagaan Anak Jangan Ingat Bayi Umur 0-3 Bulan Tak Faham Apa-Apa. Dia Serap Semua...

Jangan Ingat Bayi Umur 0-3 Bulan Tak Faham Apa-Apa. Dia Serap Semua Perkara Di Sekelilingnya!

Ads

Nampak comel tengok bayi umur 0-3 bulan baring dan pandang sekeliling tanpa faham apa-apa.  Tapi awas ya ibu ayah, jangan cakap atau buat perkara yang tidak elok sebab bayi umur ini cuma ada minda bawah sedar jadi dia serap semua perkara yang berlaku di sekelilingnya.

Pakar Kekeluargaan, Keibubapaan Dan Kasih Sayang, Dr Rozieta Shaary atau dikenali sebagai Ibu Rose berkongsi apa bayi baru lahir hingga umur 3 bulan yang dianggap tak tahu apa-apa boleh buat. Walaupun baring melentang tetapi sebenarnya si kecil belajar banyak perkara dari pemerhatian dan pendengaran.

Jangan Ingat Bayi Umur 0-3 Bulan Tak Faham Apa-Apa. Dia Serap Semua Perkara Di Sekelilingnya!
Ibu Rose

Ramai ibu bapa tidak tahu PENTINGNYA tahap umur BABY baring MELENTANG dan helpless tu.

Umur baby tentunya 0-3 bulan ke bawah. Baby tak tahu buat apa-apa, mungkin mengangah sahaja.

Selalunya, ibu bapa akan biarkan saja baby terbaring. Paling tidak pun bagi susu, salin lampin dan biarkan saja baby sendirian.

Awas dengan apa yang anda cakap!

Ads

Namun, ibu bapa yang bijak tahu, pada usia ini anak tiada minda sedar. Yang wujud cuma yang bawah sedar. Diserapnya semua perkara yang berlaku di kelilingnya.

Bayangkan ibu bapa yang tidak prihatin tinggalkan anak dengan orang yang mulutnya asyik memaki dan mencela orang, itulah yang diserap. Orang di sekeliling anak itu pula asyik bergaduh dan bekelakuan kasar, serap lagi!

Jangan Ingat Bayi Umur 0-3 Bulan Tak Faham Apa-Apa. Dia Serap Semua Perkara Di Sekelilingnya!

Ads

Aduh! mama papa bercakap penuh berbudi bahasa ya. Sedar-sedar bila anak pandai bercakap, akhlaknya kasar dan perkataannya kasar. Dari mana datangnya ya? Sebenarnya dari apa yang dia serap semasa 0-3 bulan!

Jangan Ingat Bayi Umur 0-3 Bulan Tak Faham Apa-Apa. Dia Serap Semua Perkara Di Sekelilingnya!

Kalau si ayah selalu memarahi si ibu atau si ibu memarahi si ayah di hadapan anak maka terseraplah tenaga marah ke dalam diri anak itu. Bila dia besar sikit, si ibu dan bapa hairan kenapalah si anak ni cepat sangat marah dan mempunyai perangai cepat marah.

Ads

Hmmmmm….jangan pandang rendah lagi apa yang boleh dibuat pada anak anda yang berumur 0-3 bulan!

Ambil masa, cium, agah dan yang penting bercakap dengan anak itu. Tunjuk itu dan ini. Beri input, bacakan buku yang banyak gambar. Tapi janganlah pula bagi ipad atau tengok TV. Kesian sel otaknya!

Anak umur 0-3 bulan, sangat memerlukan input positif anda. Lapangkan masa bagaimana sibuk pun. Cari jalan untuk bercakap dan bersembang dengannya. Bersembang? Ya bersembang, kata nak anak cepat bercakap.

Sumber: iburose.com

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI