Jika anda perhatikan si manja suka mengorek hidungnya, maka itu menunjukkan yang dia mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi. Ada masanya ia berlaku sekiranya kanak-kanak berasa cemas. Tiada bezanya dengan tabiat lain seperti memintal rambut, menggigit kuku atau menghisap jari, perbuatan mengorek hidung dilakukan tanpa si anak menyedarinya.
Alasan paling logik yang menyebabkan anak mengorek hidung adalah kerana mereka merasakan ada sesuatu di dalamnya. Salah satu sebab lain mengapa anak mengorek hidung adalah apabila mereka berada dalam persekitaran yang menimbulkan rasa kurang selesa pada mereka.
Mengorek hidung dapat memberi kelegaan kepada anak sekaligus memberi masa kepada mereka memikirkan penyelesaian kepada sesuatu masalah.
Alahan akan menjadikan kanak-kanak lebih mudah untuk mempunyai tabiat mengorek hidung. Ini disebabkan oleh mukus dan hingus yang tersekat di dalam hidung mereka.
Dalam beberapa kes yang lain, faktor persekitaran juga akan membuat kanak-kanak mempunyai tabiat ini. Sebagai contoh jika mereka kerap berada dalam ruang yang menggunakan penghawa dingin. Ia akan mengeringkan saluran nasal dan kemudian menyebabkan kanak-kanak berasa tidak selesa.
Kebanyakan tabiat akan kekal sehingga mereka dewasa, tetapi jangan risau. Tabiat mengorek hidung biasanya akan berhenti sendiri tanpa perlu dipaksa. Kanak-kanak akan berhenti melakukannya seiring dengan tumbesaran mereka. Ia akan berlaku secara semula jadi di atas kesedaran mereka sendiri atau dipengaruhi rakan-rakan (berada dalam persekitaran tiada orang yang mengorek hidung).
Walaupun anda tidak selesa dengan tabiat anda ini, anda tidak patut memberi sebarang komen. Memaksa mereka untuk berhenti tidak akan membantu kerana anak anda sendiri mungkin tidak sedar akan tabiatnya. Selain itu, meletakkan tekanan ke atas mereka mungkin akan mendatangkan implikasi yang lain. Anak anda akan melihat tabiat ini sebagai jenaka untuk mengusik anda. Lebih kuat anda memaksa, lebih kuat mereka mengusik hidung sendiri.
Ads
Sesetengah ibu bapa akan menggunakan beberapa teknik yang lain seperti menampal kain pembalut pada jari anak untuk membuat mereka tidak selesa melakukan tabiat ini. Namun begitu, ini lebih berbentuk seperti hukuman. Sebaiknya, ajar anak anda untuk menghembus hidung mereka daripada mengoreknya.
Alihkan perhatian anak
Jika anda seakan dapat menjangka waktu dan tempat anak anda gemar mengorek hidung, cuba alihkan perhatian mereka dengan memberikan sebarang objek untuk dipegang oleh mereka. Ajarkan juga mereka untuk menggunakan tisu untuk membersihkan hidung ketika berada di khalayak ramai.
Perhatikan anak
Jika anak anda terlalu asyik mengorek hidung dan dengan tidak sengaja mencederakan diri sendiri, bawalah anak berjumpa doktor. Pastikan mengorek hidung hanyalah satu tabiat dan bukannya berkaitan dengan sebarang kondisi kesihatan mereka.
Semasa mereka membesar, anak anda mungkin akan mula mempunyai minat dan akhirnya tidak lagi mempunyai tabiat mengorek hidung. Sebagai ibu bapa, anda tidak perlu terlalu ‘keras’ menyuruh mereka menghentikan tabiat ini sehingga membuatkan anak stres. Ia memerlukan kesabaran, anda hanya perlu mendidik mereka untuk membersihkan hidung dengan cara yang lebih sopan.
Pelakon Nynaa Harizal selamat melahirkan bayi perempuan pada 29 Januari lalu, di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur.
Bersalin awal dari jangkaan
Nynaa atau nama sebenar Nurul Hanynaa Harizal, 27, berkata, dia terpaksa melahirkan anak lebih awal daripada jangkaan 2 Februari kerana telah mengalami tanda-tanda sakit bersalin ketika pemeriksaan.
“Alhamdulillah, dengan izin Allah semuanya berjalan dengan lancar. Saya rasa lega sangat apabila sudah selamat melahirkan bayi kami. Pada mulanya saya rasa sangat gementar.
“Saya memang memilih untuk melahirkan secara pembedahan kerana kami boleh merancang tarikhnya. Namun apabila buat pemeriksaan kesihatan, doktor beritahu saya sudah mengalami kontraksi dan dinasihatkan untuk terus melahirkan anak,” katanya.
Berkongsi pengalaman melahirkan secara pembedahan, Nynaa meluahkan rasa syukur kerana dia tidak mengalami kesakitan yang luar biasa.
Kata Nynaa, sakit yang dirasainya tidaklah seperti yang diperkatakan orang ramai.
“Proses pembedahan berlangsung dengan begitu pantas hanya lebih kurang 20 minit. Saya pun tak sangka tengok-tengok baby dah keluar.
“Saya sebenarnya takut juga nak ceaser tetapi alhamdulillah bersalin secara pembedahan tidaklah seperti yang orang takut-takutkan tu,” ujarnya.
Nama bayi belum muktamad
Dalam pada itu, Nynaa berkata dia dan suami, Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas, 31, masih belum membuat keputusan tentang nama yang bakal diberikan kepada anak sulung mereka itu.
“Nama tengah fikir lagi. Belum confirm! Tak apa nanti saya beritahu. Nama tu dah ada beberapa pilihan.
“Nama yang dipilih pun lebih kurang sama, cuma susunan nak nama macam mana tu kami belum buat keputusan lagi,” katanya.
Nynaa dan suami telah mendirikan rumah tangga pada 28 Ogos 2021.
Selamat menyambut puteri tersayangnya pada 20 Mei lalu, Elfira Loy yang kini sedang berpantang mengakui agak mencabar menyusukan anak keduanya.
Mana tidaknya, kongsi ibu cantik manis ini, bayi perempuan yang masih belum dikongsikan nama ini minum susu setiap satu jam dan perbezaan masa juga membuatkan ia semakin sukar kata Elfira.
Menerusi Insta Storynya, Elfira berkongsi cerita.
“Dulu tak terasa sangat susahya nak breastfeed ni sebab sempat rest.
“Sekarang rasa macam berat sangat because the timing is different. Her demand is every hour feeding and each time mesti satu jam,” kongsinya menerusi Insta Story.
Malah kata Elfira lagi, dia kini juga mengalami masalah sakit pinggang hingga membuatkannya terfikir untuk menyusukan anak sambil berdiri.
Pun begitu kata Elfira, keadaannya baik-baik sahaja dan kini beransur pulih.
“Maybe because this is my second pregnancy, lain macam sakit pinggang dia. Macam nak direct feed sambil diri je better.
“Pastu cemanalah korang direct feed sambil nipple crack. Ya Allah subhanaallah.
“Memang mintak doa jelah Allah kurangkan kesakitan ni. But dont worry alhamdulillah i am better now.
“Apapun i have to take it easy kan. Kena take care of myself too,” kongsinya.
Semoga tempoh berpantang ibu cantik manis ini dipermudahkan bersama kedua anaknya. Seronok melihat perkongsian anak sulung Elfira yang memangku adiknya. Comel!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan kepada pengacara, Syafa Nisa yang telah selamat melahirakan cahaya mata sulungnya pada 18 Disember yang lalu.
Syafa berkongsi berita gembira tentang kelahiran bayi lelakinya yang diberi nama Takwa Idraki di Instagram miliknya semalam.
Menurut Syafa, bayi lelakinya itu dilahirkan dengan sempurna pada jam 5.16 minit petang pada 18 Disember yang lalu.
“Maka tiba lah kurniaan yang kami tunggu selama ini, permata paling bersinar dalam hidup saya dan suami. Seorang anak lelaki, lahirnya Jumaat lalu 18 Disember 2020, 5:16 petang sedamai redup Asar, kami hadiahkan nama Takwa Idraki buatnya, dengan harapan sentiasa berpijaklah dia di jalan yang menuju ke arah Tuhan dan agamaNya,” tulis Syifa
Dalam pada itu, bekas pengacara Motif Viral ini juga turut menitipkan pesan buat cahaya mata sulungnya itu. Ringkas namun cukup bermakna!
“Buat Anak, Jadi lah kamu tenang pada setiap beliung, pintar pada setiap khilaf, sabar pada setiap amarah, taat pada setiap goyah. Yang sayang tak akan bertepi, Mak dan Bak,” tulisnya lagi.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cuti hujung tahun ini banyak masa dihabiskan untuk bercuti bersama keluarga. Tidak ketinggalan Biduanita Negara, Dato' Siti Nurhaliza yang turut membawa dua anaknya untuk bercuti ke luar negara.