Jika anda perhatikan si manja suka mengorek hidungnya, maka itu menunjukkan yang dia mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi. Ada masanya ia berlaku sekiranya kanak-kanak berasa cemas. Tiada bezanya dengan tabiat lain seperti memintal rambut, menggigit kuku atau menghisap jari, perbuatan mengorek hidung dilakukan tanpa si anak menyedarinya.
Alasan paling logik yang menyebabkan anak mengorek hidung adalah kerana mereka merasakan ada sesuatu di dalamnya. Salah satu sebab lain mengapa anak mengorek hidung adalah apabila mereka berada dalam persekitaran yang menimbulkan rasa kurang selesa pada mereka.
Mengorek hidung dapat memberi kelegaan kepada anak sekaligus memberi masa kepada mereka memikirkan penyelesaian kepada sesuatu masalah.
Alahan akan menjadikan kanak-kanak lebih mudah untuk mempunyai tabiat mengorek hidung. Ini disebabkan oleh mukus dan hingus yang tersekat di dalam hidung mereka.
Dalam beberapa kes yang lain, faktor persekitaran juga akan membuat kanak-kanak mempunyai tabiat ini. Sebagai contoh jika mereka kerap berada dalam ruang yang menggunakan penghawa dingin. Ia akan mengeringkan saluran nasal dan kemudian menyebabkan kanak-kanak berasa tidak selesa.
Kebanyakan tabiat akan kekal sehingga mereka dewasa, tetapi jangan risau. Tabiat mengorek hidung biasanya akan berhenti sendiri tanpa perlu dipaksa. Kanak-kanak akan berhenti melakukannya seiring dengan tumbesaran mereka. Ia akan berlaku secara semula jadi di atas kesedaran mereka sendiri atau dipengaruhi rakan-rakan (berada dalam persekitaran tiada orang yang mengorek hidung).
Walaupun anda tidak selesa dengan tabiat anda ini, anda tidak patut memberi sebarang komen. Memaksa mereka untuk berhenti tidak akan membantu kerana anak anda sendiri mungkin tidak sedar akan tabiatnya. Selain itu, meletakkan tekanan ke atas mereka mungkin akan mendatangkan implikasi yang lain. Anak anda akan melihat tabiat ini sebagai jenaka untuk mengusik anda. Lebih kuat anda memaksa, lebih kuat mereka mengusik hidung sendiri.
Sesetengah ibu bapa akan menggunakan beberapa teknik yang lain seperti menampal kain pembalut pada jari anak untuk membuat mereka tidak selesa melakukan tabiat ini. Namun begitu, ini lebih berbentuk seperti hukuman. Sebaiknya, ajar anak anda untuk menghembus hidung mereka daripada mengoreknya.
Alihkan perhatian anak
Jika anda seakan dapat menjangka waktu dan tempat anak anda gemar mengorek hidung, cuba alihkan perhatian mereka dengan memberikan sebarang objek untuk dipegang oleh mereka. Ajarkan juga mereka untuk menggunakan tisu untuk membersihkan hidung ketika berada di khalayak ramai.
Perhatikan anak
Jika anak anda terlalu asyik mengorek hidung dan dengan tidak sengaja mencederakan diri sendiri, bawalah anak berjumpa doktor. Pastikan mengorek hidung hanyalah satu tabiat dan bukannya berkaitan dengan sebarang kondisi kesihatan mereka.
Semasa mereka membesar, anak anda mungkin akan mula mempunyai minat dan akhirnya tidak lagi mempunyai tabiat mengorek hidung. Sebagai ibu bapa, anda tidak perlu terlalu ‘keras’ menyuruh mereka menghentikan tabiat ini sehingga membuatkan anak stres. Ia memerlukan kesabaran, anda hanya perlu mendidik mereka untuk membersihkan hidung dengan cara yang lebih sopan.
Bagi ibu yang mengalami penurunan dalam jumlah susu pastinya merasa susah hati kerana susu semakin berkurangan. Jangan bimbang kerana ada cara yang boleh dicuba bagi memastikan susu kembali banyak dan meriah seperti dahulu.
Salah satunya adalah perkongsian ibu ini, Puan Tengku Nurriza dan Nufiya Legacy, yang mengamalkan air rebusan enam bahan setiap hari. Katanya, minum sahaja pagi, tengahari susu dah penuh. Awesome! Jadi apa kata kita cuba usahakan cara ini pula.
Alhamdulillah menjadi. Resepi homemade yang mudah dan enak. Air rebusan 6 bahan ini banyak bantu saya untuk bekalkan tenaga dan banykkan susu badan.
Pagi minum tengahari kejap je penuh susu. Air rebusan ini juga kesukaan suami saya. Alhamdulillah amalan satu family saya.
Tak perlu cari satu-satu kat kedai sensei. Saya dah beli satu siap-siap packing dalam satu bekas.
Bahan utama iaitu longan dan kurma. Banyak orang amal untuk kesehatan dalaman terutama awet muda dan kawal darah tinggi.
Untuk ibu hamil sangat membantu untuk naikkan hb.
Sedap tak hanyir. Sedap minum sejuk atau suam. Bila rebus nampak macam laici kang. Tapi bukan laicikang. Buah gemuk-gemuk. Bila rebus sisip daun pandan aroma mewangi pasti jatuh hati.
Pemain Video
Media error: Format(s) not supported or source(s) not found
Rebus kesemua ( kecuali rose + goji ) bahan dalam 3L air sehingga kembang .
Tutup api dan masukkan rose + goji & biarkan selama 5-10 minit .
Dan simpan didalam peti sejuk . Minum 1 cawan 2x sehari atau bila perlu. Anggaran 2minggu penggunaan.
Tips 2
Bahagi kan bahan kepada 2 bahagian
Rebus 1 bahagian ( kecuali rose + goji ) bahan dalam 1.5L air sehingga kembang .
Tutup api dan masukkan rose + goji & biarkan 5-10 minit.
Dan simpan didalam peti sejuk . Minum 1 cawan 2x sehari atau bila perlu . Anggaran seminggu penggunaan
1 bahagian lagi boleh disimpan didalam peti untuk menjaga kualiti bahan
Pesanan : bahan-bahan hendaklah dicuci sebelum direbus (kecuali madu & rosebud)
Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Boleh dikatakan kebanyakan anak memang suka makan telur. Mana taknya, telur ni buatlah macam mana pun tetap sedap! Walaupun simple, tapi versatil. Kita boleh gunakan telur untuk pelbagai jenis masakan.
Untuk mama yang kejar masa pun sesuai sangat kalau sediakan telur untuk anak-anak. Tak ambil masa yang lama untuk disediakan, tapi tetap boleh buat anak kenyang. Mudah kan?
Tapi jangan sesekali abaikan beberapa perkara ini ketika nak masak telur. Selain kebersihan telur, kena pastikan juga yang ia tak expired lagi waktu nak dimasak. Kalau dah rosak, boleh menyebabkan KERACUNAN.
Bahaya juga kalau kita ambil mudah soal tarikh luput telur ni, kesannya besar. Kalau sampai anak muntah dan cirit-birit, tak sampai hati nak tengok dia ‘melepek’. Tak aktif dan lembik saja. Jadi sebelum masak telur untuk anak, pastikan mama dah periksa tarikh luputnya.
Boleh juga ikut panduan yang dikongsikan Dr Redza untuk pastikan sama ada telur itu masih elok atau tidak. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua.
Biarpun sudah bergelar ibu, pelakon Datin Elvina Mohamad amat menitik beratkan soal penjagaan dan penampilan diri.
Kata Elvina, walaupun sering sibuk menguruskan anak lelakiya, Karl Mateen pelakon drama Isteri Untuk Diiktiraf itu enggan kelihatan selekeh.
“Kalau di rumah memang saya macam orang gaji, tak terurus, saya bukan Elvina pelakon itu.
“Sebagai seorang ibu saya mahu menguruskan semua keperluan anak saya sebab kurang percaya jika tugas itu diserahkan kepada penjaga.
“Namun apabila keluar rumah saya perlu kemaskan diri, tak mahulah orang cakap saya selekeh. Kadang-kadang perlu ada ‘me time’ untuk diri sendiri.
“Sebagai mak-mak saya perlu bersiap juga, baru tak timbul isu lain,” katanya kepada Gempak.
Jelasnya, prinsip itu bukan disebabkan kontroversi lampau tetapi kemahuannya sendiri untuk kelihatan menawan sentiasa.
“Setiap lelaki nak benda cantik, sudah tentulah suami kita pun nak kita nampak cantik sentiasa. Jadi, jangan pandang rendah soal penjagaan diri.
“Saya bersiap bukan kerana kisah itu. Bagi saya setiap orang berbuat kesilapan dan saya sudah memaafkan serta melupakan isu tersebut,” tambahnya.
Elvina atau nama sebenarnya Norazlina Mohamad, 24, mendirikan rumah tangga bersama seorang usahawan Datuk Mohd Haniff Borhan pada 18 Mac 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Karl Mateen pada Disember tahun lalu.
Sebelum ini rumah tangga pasangan itu terpalit kontroversi apabila wujud dakwaan ada pihak ketiga namun perkara itu diselesaikan dengan baik.