Ramai percaya doa ibu adalah mustajab, sebab itulah seorang ibu perlu sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anaknya. Ibu tidak boleh berasa lemah atau berputus asa mendoakan yang lebih baik untuk anak.
Walaubagaimanapun, doa seorang ayah juga penguat untuk anak. Letakkan kepercayaan pada Allah, pastinya doa kita suami isteri untuk anak akan sampai buat mereka semua.
Sekalipun menghadapi kesukaran dan kesedihan, janganlah meletakkan diri sebagai ibu yang lemah untuk terus berdoa demi kebaikan.
Jangan Jemu Mendoakan Anak
1. Nabi Ibrahim menampilkan contoh terbaik dalam kesungguhan mendoakan anak. Sebelum dikurniakan anak lagi, Nabi Ibrahim berdoa agar dikurniakan anak yang soleh. Firman Allah:
رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ
“(Nabi Ibrahim berdoa): Wahai Tuhanku, kurniakanlah aku anak yang soleh.” (Surah al-Saffat: 100)
2. Mengapa Nabi Ibrahim bersungguh berdoa agar dikurniakan anak yang soleh? Kerana hanya anak yang soleh sahaja yang mampu memberikan bantuan pada kita setelah kita meninggal. Ini difahami dari hadith Rasulullah yang menegaskan:
إذا ماتَ ابن آدم انْقَطَعَ عنه عَمَلُهُ إلاَّ مِنْ ثَلاَثةٍ: صَدَقَةٍ جارِيَةٍ، أوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أوْ وَلَدٍ صالحٍ يَدْعُو لهُ
“Apabila meninggalnya anak Adam, terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara: (1) Sedekah jariah, (2) ilmu yang bermanfaat, serta (3) anak yang soleh yang mendoakan mereka.
Ads
3. Barangkali atas dasar itulah Nabi Ibrahim berdoa kepada Allah agar dikurniakan anak yang soleh. Bagi ibubapa yang belum, sedang atau telah mempunyai zuriat, jangan sesekali berhenti berdoa agar dikurniakan anak yang soleh.
4. Setelah dikurniakan anak, Nabi Ibrahim berterusan berdoa agar dikurniakan anak yang sentiasa mendirikan solat. Ini difahami dari doa Baginda yang direkodkan di dalam al-Quran. Firman Allah:
“Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang sentiasa mendirikan solar, begitu juga dengan anak-anakku, Wahai Tuhan kami, perkenanlah (doa ini).” (Surah Ibrahim: 40)
5. Perhatikan doa ini. Dihujung doa tersebut, terdapat satu ungkapan yang tidak pernah disebutkan di dalam doa Nabi Ibrahim yang lain (sebagai kata penguat) iaitu ungkapannya:
Ads
رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء
“Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa ini!”
Ungakapan yang terakhir ini seolah menggambarkan betapa bersungguhnya Nabi Ibrahim dan amat berharap agar dikurniakan anak yang konsisten mendirikan solat. Begitulah juga kita yang sepatutnya sentiasa berdoa agar dikurniakan anak yang sentiasa menjaga solatnya.
6. Nabi Ibrahim turut dilihat mendoakan anaknya yang berada dalam keadaan kesusahan yang membimbangkan. Ini didapati daripada doa beliau ketika meninggalkan anaknya Nabi Ismail di Mekah. Firman Allah:
“Wahai Tuhan kami, aku telah menempatkan zuriatku di lembah yang tidak mempunyai tumbuhan di sisi RumahMu, Wahai Tuhanku, supaya mereka mendirikan solat.” (Surah Ibrahim: 37)
7. Nabi Ibrahim sedar bahawa anak dan isterinya berada dalam keadaan yang sukar sewaktu di Mekah, lalu dipanjatkan doa agar Allah memelihara mereka. Kebergantungan yang tinggi kepada Allah menjanjikan pulangan yang lebih lumayan.
Pada asalnya, Nabi Ibrahim berdoa agar Allah memelihara keluarganya sahaja. Namun anugerah yang diberikan oleh Allah lebih dari itu. Telaga Zamzam yang ditemui mereka sangat diberkati sehingga dinikmati oleh umat manusia pada hari ini.
8. Dalam apa keadaan sekalipun, jangan pernah jemu mendoakan anak. Doa adalah manifestasi kebergantungan seorang hamba kepada Tuhannya. Saat belum dikuniakan anak, ketika dikurniakan anak, malah ketika anak dalam kesusahan, usah jemu berdoa. Moga Allah memelihara hamba-hambaNya yang berharap kepadaNya.
Sumber: FB Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Macam mana nak simpan kuetiau dan mi kuning supaya tahan lebih lama dalam peti ais? Kalau salah cara, ini akan membuatkan kuetiau patah dan hancur ketika dimasak. Tak cantik pula bila nak dihidangkan kepada keluarga dan tetamu.
Nak simpan macam mana? Jom ikuti panduan ini.
1. Selepas beli, jika terus disimpan dalam peti sejuk, mee atau kuetiau akan patah semasa nak basuh.
2. Keluarkan daripada bungkusan. Jangan basuh tapi leraikan letak di dalam bekas yang kering dan bertutup.
3. Kemudian, letakkan sedikit minyak masak ke dalam bekas berisi mi kuning dan kuetiau tersebut.
4. Simpan bekas berisi mee dan kue tiaw ke dalam peti sejuk.
5. Sebelum guna, pastikan basuh terlebih dahulu. Mi dan kuetiau akan lerai serta tak putus ketika dimasak.
Antara cara lain boleh dicuba adalah:
– Rebus sekejap dan simpan di dalam peti sejuk. Cara ini boleh membuatkan mee dan kuey teow tahan selama seminggu.
– Sekiranya kuetiau menjadi keras selepas dikeluarkan dari peti ais, boleh masukkan ke dalam microwave selama 3 minit. Biarkan sehingga betul-betul sejuk. Cuci dan toskan airnya sebelum dimasak.
– Taburkan sedikit tepung gandum untuk mengelakkan melekat ketika simpan di dalam peti sejuk. Simpan di dalam bekas kedap udara supaya tidak menyerap bau barang lain seperti bawang dan cili.
Peranan seorang ayah mungkin ramai yang terlepas pandang. Salah satu peranan yang sangat besar sebagai seorang ayah adalah untuk menjaga kestabilan keluarganya. Tak mudah menjadi seorang ayah.
Tekanan dirasakan bukan main main kerana di bahu seorang ayah terletaknya :
-Nafkah isteri
-Nafkah anak anak
-Tanggungjawab mendidik agama isteri
-Tanggungjawab mendidik agama anak anak
Kadang para ayah selalu disalah faham bahawa mereka tak ada masalah dalam hidup mereka
Padahal psikologi kebanyakan lelaki, ketika mereka tertekan:
-Mereka lebih memilih untuk diam
-Mereka suka pendam perasaan
-Mereka tunjuk mereka tenang
-Mereka tunjuk mereka kuat
Sedangkan di dalam diri seorang lelaki bergelar ayah juga ada ribut emosi yang melanda.
Terkadang mereka juga kadangkala mengalami ribut emosi (Irritable Male Syndrome)
-Mudah marah
-Mudah melenting
-Mudah merajuk
Tapi kebanyakan lelaki bergelar ayah akan sedaya upaya menutup semuanya demi melihat anak dan pasangannya bahagia
Bukan kerana mereka kuat tapi kerana itulah yang perlu mereka buat untuk menjadi seorang kepala dan ketua rumahtangga
Siapa tak kenal dengan keluarga ‘The Family UK’ yang pernah viral suatu ketika dahulu di media sosial kerana kepetahan anak-anak mereka bertutur dalam dialek Kelantan walaupun menetap di United Kingdom sejak lahir.
Setelah lama menyepi di media sosial, akhirnya Instagram The Family UK kembali aktif dengan pelbagai posting berkenaan anak-anak mereka iaitu Omar, Fatimah dan Ali.
Sebuah hantaran video yang dimuat naik oleh Mrs Mom mendapat riaksi ramai kerana kesopanan anak sulungnya, Omar ketika berinteraksi dengan si ibu.
Dalam video tersebut, Mrs Mom menghantar Omar ke sekolah dan sempat bertanya bekalan apa yang di bawah.
“Okay hari ini kita mari hantar Harry Potter back to Hogwarts”. “Tu gapo tu dalam plastik tu”
Dengan penuh tertib dan sopan Omar membalas, “My school uniform and yeah shoes”
Sebelum berlalu masuk ke sekolah, Omar sempat memberi salam kepada ibunya.
Anak saudara kepada Chef Selebriti, arwah Adam Didam ini mendapat pujian ramai kerana tertib dan sopan membalas pertanyaan ibunya.
cikfarahgodek2 Acik follow kamu ni Omar dari acik diploma sampai now anak 2 dah. Memang sejenis dari kecik sopan dan sangat matured. Entahla macam mana mak kamu didik tapi acik rasa macam amaze sangat dengan personality kamu ni.
farwinafaroque Sopannya, mashaallah
azmaomar Kalau ada anak mcm omar, sgt sopan n smart ~ bahagia mak ayah. Sending love to omar parent. Sy percaya semua ni atas didikn ibu dan ayah omar
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang pesara swasta mengalami kerugian sebanyak RM4 juta selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang dipromosikan di Facebook.Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar...