Wanita mana yang tidak sukakan kecantikan. Walaupun sudah bergelar seorang isteri dan ibu, masih mahu tampil cantik untuk suami. Sebenarnya bila dah jadi ibu ni, kadang-kadang kita lupa nak beri perhatian kepada diri sendiri.

Ada juga suami tegur, penampilan kita tidak sama seperti zaman anak dara. Waktu inilah, kita mula tak senang duduk. Sebelum suami tegur lagi, baik buat sesuatu!

Artikel Menarik: [Biasanya Lepas Bersalin, Kurus. Lepas Pantang, Automatik Berat Pun Naik!]

Ada cara mudah untuk jadi cantik tanpa perlu mengeluarkan belanja pun. Jika boleh (memang susah sikit bila dah jadi ibu ni, tapi bolehlah cuba), tidurlah sebelum jam 11 malam. Sebenarnya bila kita tidur lewat dari waktu itu, kita akan terasa untuk mengunyah.

Sudahlah makan benda manis dan snek. Itu yang tak bagus. Bila kita tidur lewat, ia mengganggu proses pelangsingan dan kita pun mudah menjadi gemuk.

Tabiat tidur lewat ini akan memberi kesan yang tidak baik pada metabolisme tubuh.Selain badan susah untuk kurus, jika kita selalu berjaga lewat malam akan membuatkan kulit menjadi kusam, mudah berjerawat dan kering. Boleh dikatakan semua masalah kulitlah, mungkin boleh terjadi pada kita!

Artikel Menarik: [Isteri tak Kisah ‘Beranak’ Setiap Tahun, Kalau Suami Offer Jadi Tukang Jaga]

Menurut pakar kulit, Geoff Wright, badan manusia ada ‘jam biologi’. Kulit akan melembap secara natural bermula jam 8 malam sehingga 11 malam setiap hari. Pada jam 11 malam hingga 3 pagi pula adalah waktu penjanaan semula sel kulit dan penutrisian.

Ketika jam 11 malam sehingga 3 pagi, akan berlaku proses gantian sel dan ia hanya boleh berlaku ketika tubuh dalam keadaan rehat sepenuhnya (tidur). Jika tidak, proses ini akan terganggu dan tidak optimum. Paling teruk, mungkin tidak akan terjadi pun. Sebab itulah kulit nampak tua dan kusam.

Artikel Menarik: [Saat Anak Menangis, Jangan Biar Dia Menunduk. Renung Matanya & Pujuklah]

Biasanya kalau dah siap semua kerja rumah, jaranglah para ibu ni nak tidur lambat. Mengantuknya, hanya Allah SWT yang tahu. Patutlah semua ibu cantik-cantik belaka!

Sumber: Sehinggit.blogspot.com