Keibubapaan

Jangan Kata Anak Kita Nakal, Tapi Sihat & Aktif, Petanda Otaknya Tengah Pesat Berkembang!

Share

Kita selalu melabelkan anak kita dengan istilah nakal, cergas melampau dan sebagainya. Hakikatnya ia adalah label yang kita ciptakan sendiri buat anak kita. Sebaiknya elakkan kata-kata negatif sebegini dan berfikiran lebih positif buat anak kita.

Perkongsian dan tip yang diberikan oleh Dr Taufiq Razif ini banyak benarnya. Mungkin anak kita tidak seperti yang kita labelkan. Ada kemungkinan anak kita seperti senarai di bawah ini yang kita tidak sedari. Jadi berfikirlah lebih positif. Dia nakal sikit tak apa asalkan dia sihat. Tak gitu?

1. Boleh jadi anak kita anak kinesthetic yang belajar melalui pergerakan badannya.

2. Boleh jadi anak kita anak yang aktif yang mana dia sedang mempersiapkan otot dan tubuhnya untuk membesar.

3. Boleh jadi anak kita tu aktif untuk meluahkan emosi terpendam yang dirasakannya. Aktiviti fizikal tu lah cara paling sihat untuk dia menukarkan emosi negatif kepada emosi positif.

4. Boleh jadi anak kita tu melompat ke sana ke sini, berlari dan bermain hanya untuk menenangkan diri. Itulah yang kita namakan sebagai Coping Mechanism.

5. Boleh jadi juga kerana ia adalah hasil doa kita yang mahukan anak yang bijak dan cerdas otaknya.

Maka Allah datangkan pada kita anak yang aktif dan ceria kerana itulah tanda sel otak anak kita sedang aktif dan berkembang sempurna!

Cuba sampaikan ilmu ni pada pasangan dan keluarga kita yang belum tahu.

Kredit: Taufiq Razif

Published by
SRM