Kemahiran berfikir sama pentingnya dengan kemahiran membaca, menulis dan mengira. Ia telah menjadi salah satu kemahiran utama yang perlu dimiliki oleh semua golongan termasuk kanak-kanak.Anak-anak yang selalu didedahkan dengan buku cerita atau ibu ayahnya suka bercerita didapati lebih kreatif dan berimaginasi.
Artikel Menarik: [Sebelum Usia 6 Tahun, Mak Ayah Jangan Terlampau Obses Suruh Anak Pandai Baca]
Pengetahuan amnya juga lebih meluas dan mereka selalu yakin ketika berbicara. Biarpun cerita Arnab Berlumba Dengan Kura-Kura atau Sang Kancil Menipu Sang Buaya kelihatan remeh, sebenarnya jika dikongsikan dengan anak-anak boleh merangsang otak mereka.
Kemahiran berfikir dalam kalangan anak-anak dapat dilihat apabila mempunyai ciri-ciri seperti boleh dan dapat bekerjasama secara koloboratif, boleh mengemukakan cadangan, memberi pelbagai idea, menerima pendapat orang lain, berkeyakinan dalam memberikan pendapat dan sentiasa kreatif dalam menyelesaikan masalah.
Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil tahu oleh ibu bapa atau guru dalam meningkatkan kemahiran berfikir kanak-kanak melalui aktiviti bercerita ini. Antara cadangannya adalah seperti berikut.
- CERITA SEMULA
Sentiasa galak anak-anak bercerita semula apa yang didengari dalam bentuk perkataannya sendiri. Aktiviti ini akan membantunya membuat rumusan atau kesimpulan atas apa yang telah didengarinya. Bukan sekadar hanya memberi respon terhadap soalan yang berdasarkan fakta yang didengarinya.
- BERTANYA SOALAN
Bertanya kepada anak-anak soalan yang tidak mempunyai jawapannya dalam cerita yang telah dibaca atau dengari. Menanyakan persoalan merupakan salah satu daripada elemen yang sangat efektif dalam pengajaran dan pembelajaran kerana mampu meningkatkan kemampuan berfikir dan membawa kepada lahirnya idea atau konsep baru.
Artikel Menarik: [Selalu Bawa Anak Main pantai Atau Sungai, Anak JAdi Lebih Berani Dan Aktif]
Situasi ini akan menggalakkan anak-anak mencari jawapan dengan mengimbas kembali cerita tersebut dan membuat rumusan berdasarkan kepada kefahamannya terhadap cerita yang didengarinya tadi.
- ANALISIS WATAK
Selepas aktiviti bercerita sentiasa minta kanak-kanak menganalisis watak dan juga tempat yang ada dalam cerita tersebut. Aktiviti seperti ini memberi peluang kepada kanak-kanak untuk membanding dan membezakan antara cerita yang didengar dengan keadaan sebenar di luar cerita.
- KAITKAN DENGAN PENGALAMAN DIRI
Selain itu, lakukan aktiviti seperti meminta anak-anak untuk mengaitkan cerita yang di dengar dengan kehidupan sebenar dirinya atau apa sahaja peristiwa yang pernah dilalui atau diketahuinya. Aktiviti ini sebenarnya adalah langkah permulaan untuk mendedahkan kanak-kanak kepada kemahiran berfikir aras tinggi yang dinamakan aras sentesis iaitu apabila anak-anak mula menggunakan maklumat yang diperolehi dalam situasi yang baru dan berbeza dengan cara yang berlainan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI