Jangan Kerana Ego, Hubungan Sayang Terlerai. Hargailah Pasangan Selagi Ada Depan Mata

Share

Berikutan drama 7 Hari Mencintaiku 2 sedang hangat dan mencetuskan fenomena dalam kalangan masyarakat, hampir setiap episod berjaya mendapat tempat di hati penonton kerana berjaya mengupas kisah masyarakat dalam situasi sebenar.

Sifat ego pasangan dalam drama 7 Hari Mencintaiku 2 dijadikan hangat diperkatakan oleh netizen termasuklah Da’i Wan Dazrin Wan Din dengan memuat naik sedutan drama tersebut di instagram miliknya.

Da’i Wan mengupas mengenai tak untung pun sikap ego dalam diri pasangan suami isteri kerana akan merugikan dan tak membawa sebarang kebaikan pun. Berikut antara perkongsiannya.

Ujian ego besar

Pada akhirnya saya lihat keegoan sering kali menjadi punca mengapa pasangan yang telah berkahwin tidak mampu mengekalkan hubungan sesama. Ujian ego ni besar. Terkadang saya turut merasa takut dengannya. Sebab memang disebabkan ‘Ego’, telah merekodkan berapa ramai pasangan bercerai.

Di sebalik keegoan inilah timbulnya faktor tidak serasi dan tidak sefahaman. Walau macam mana pun berbeza perangai & sikap pasangan kita, namun disebabkan kita ego, mahu dia yang berubah dan bukan kita, menjadikan sesebuah hubungan itu sangat berat sebelah dan bahkan paling pedih & sedih, bila satu pihak sahaja yang terasa, dan terus makan hati dalam diam.

Manusia mana yang mampu bertahan menahan perasaan terluka selamanya. Tiada seorang pun yang mampu melakukan itu. Maka, sebelum ia berlaku, setiap pasangan suami & isteri perlu benar-benar faham, dan rasai apa yang saya nak sampaikan tentang ‘Keegoan’ dalam rumah tangga masing-masing. Ia merugikan. Ia tak pernah membawa kebaikan. Jadi jangan tenggelam dengannya. Simpanlah nasihat saya ini sedalam-dalamnya.

Hargai pasangan, saling melengkapi untuk kesempurnaan

Bahkan, keegoan pada akhirnya akan selalu buat kita kesal dihujung waktu. Berapa ramai kita mementingkan rasa di hati sendiri kerana ‘Keegoan’, lantas tak mahu memaafkan kesalahan pasangan masing-masing, atas sebab dia sering kali berbuat salah. Selagi salah dia itu bukan hal yang besar, bukan hal yang melanggar syarak, maka baik suami atau isteri belajar, dan belajar untuk melepaskan ‘Rasa terluka’ itu dgn cepat ‘Memaafkan’.

Berapa ramai pasangan yang terduduk menangis tidak terhenti, kesal tidak berkesudahan bila pasangan hidup kita ditarik nyawanya untuk kembali pada Allah SWT selama-lamanya. Jangan biarkan benda tu berlaku pada diri masing-masing. Belajar tentang itu.

Ingat, keegoan seorang suami, dan seorang isteri tak pernah menjadi satu kebaikan, tapi sebaliknya satu kerugian. Maka belajar dari sinopsis 7HMK2 ini, yang hanya kekesalan & kekecewaan sahaja yang akan bertandang buat suami & isteri bila keegoan berada dalam diri masing-masing.

Sumber: Da’i Wan

Published by
Wan Amy