“Allah suruh. Allah dah kata. Allah tinggikan darjat lelaki (suami) kerana memberi nafkah kepada perempuan (isteri).”
“Minta. Minta macam kita minta duit dari mak ayah kita.”
“Kita minta elok-elok. Kalau hari ini tak bagi. Minta lagi esoknya.”Kita minta sebab kita sayang. Nak suami kita selamat. “Takut di akhirat nanti suami kena siksa sebab tak bagi nafkah.”
Sahabat. Kita jadi isteri. Minta sajalah belanja dapur, diri kita dan anak-anak dari poket suami. Minta macam kita minta duit dari mak dan ayah. Selagi tak dapat. Kita merengek. Buat-buat merajuk. Usahakan sampai berjaya.
Jangan kerana kita berniaga online. Kerja makan gaji. Dapat harta pusaka. Kita biarkan suami kita tidak keluarkan duit nafkah. Mungkin kita nak jadi insan mulia. Redho apa sahaja.
Ads
Niat yang baik itu kadang mengundang musibah. Allah tak suruh begitu. Allah suruh lelaki menafkahi wanita. Allah tinggikan darjat lelaki kerana menafkahi wanita.
Jatuh martabat lelaki yang mencuaikan tanggungjawabnya. Bermula dengan rasa tenang mendapat redho isteri yang tidak menuntut nafkah.
“Allah suruh”.. Isteri. Minta duit belanja dari suami. Usah malu-malu. Usah kasihan dengan mata kasar. Kasihan dengan mata hati.
Kasihannya suamiku jika dihisab nanti. Malaikat memberitahu dihadapan Allah. Dia suami zalim.
Ads
Tidak membelikan untuk isteri pakaian baru untuk hari raya.
Tidak membelikan untuk isteri syampoo hingga isterinya bau hapak.
Tidak membelikan makanan hingga isterinya bekerja dan menafkahi dirinya.
Tidak menyediakan belanja anak-anak. Hingga isterinya menangis malu menolak permintaan anak-anak.
Nah. Buka luas-luas mata hati. Jangan kerana sempitnya rezeki kita rasa lemas dan ingin terjun ke tasik. Nanti betul-betul lemas dibuatnya.
Ads
Perlahan-lahan cuba minta nafkah dari suami. Dari seringgit dua kepada puluhan ringgit sehari. Minta dan terus minta setiap hari. In syaa Allah rezeki suami akan semakin lapang kerana diberkati Allah. 1 ringgit belanja untuk isteri adalah wang yang sangat baik nilainya di sisi Allah. Kerana si suami telah menunaikan hak isteri. Menunaikan tanggungjawab suami. Mendapat pahala sedekah kepada keluarga.
Pesannya cuma satu..Isteri, mintalah duit belanja dari suami.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ruginya kalau sebagai ibu, kalian tak gunakan kelebihan ni untuk sentiasa mendoakan anak-anak. Doa ibu itu tiada hijabnya.
Setiap hari tak kira pagi atau malam, ambil peluang berdoa untuk anak-anak kita sejak mereka lahir sampailah ke akhir hayat kita.
1) Doakan anak suka solat dan baca Al Quran.
2) Doakan anak kita halus tutur katanya dan beradab.
3) Doakan anak kita terlindung matanya dari perkara lucah dan terjaga lidahnya dari berkata perkataan yang kotor.
4) Doakan anak kita sentiasa sayang pada adik beradik dan saling melindungi ahli keluarganya.
5) Doakan anak lelaki kita menjadi pemimpin yang bertanggungjawab dan rajin membantu di rumah.
6) Doakan anak kita untuk menjadi anak yang taat, lembut hati dan mudah mendengar kata.
7) Doakan anak perempuan kita supaya boleh melindungi diri, sentiasa menjaga maruah dan pandai berdikari.
8 ) Doakan anak kita menjadi manusia soleh, solehah yang tenang dan tenteram jiwanya.
9) Doakan anak kita akan saling memaafkan dan saling berdamai antara adik beradik bila berlaku salah silap.
10) Doakan anak kita sentiasa mendoakan kita dalam setiap solatnya setiap hari.
Ulang dan ulang doa kalian.
Ada orang yang berjaya luar biasa pada hari ini, bukanlah disebabkan usaha atau amalannya semata. Tapi mereka berjaya disebabkan doa ibunya (dengan izin Allah).
Isteri kepada Dr Sheikh Muszaphar iaitu Dr Halina berkongsi pengalaman ‘wean off’ susu badan untuk anak keenamnya, si kembar Emelia dan Eusoff.
Menurutnya, perjalanan cerai susu bukanya mudah kerana melibatkan emosi si ibu dan juga anak namun dia bersyukur kerana urusanya dipermudahkan.
“Just nak update. Saya berjaya cerai susu untuk Emelia dan Eusoff dengan jayanya! Dah hampir sebulan cerai susu. Alhamdulillah mommy dan baby okay.”
“Macam mana saya buat? Saya bagitahu mereka ‘titi sakit’. Mommy dah tak ada susu sebab Emelia and Eusoff dah besar. Mereka boleh minum guna botol.. tapi saya janji akan tetap peluk mereka sebelum tidur.”
“Mereka tetap minta nak menyusu selepas 4 hari, tapi saya cakap tak boleh, saya tak boleh sebab titi sakit, agak sukar untuk saya. Emelia moved on, happy juga sebab tak perlu lagi say no sebab buatkan saya rasa sedih.”
“Eusoff pulak, manja sangat. Dia saja menduga..lebih dari 2 minggu dia tetap minta titi, dan buat muka manja. Pandai dia menguji mommy.”
Dr Halina turut berkongsi daun pudina sebenarnya boleh menghalang penghasilan susu ibu dan penggunaan pudina berjaya mengurangkan bengkak susu yang dialami olehnya ketika proses bercerai susu.
“Post weaning, another famous question that i received .. how do i deal with engorged boobs? After 24hrs not feeding, semua pun bengkak and painful. Initially i pun tak tahu nak buat apa. Then i teringat that peppermint is a milk-production killer. I read abt it before and i know it works for me because last yr during xmas, i drank peppermint mocha latte and on the same day itself, my milk production depleted. Itu baru satu cup.”
“So, i ambik peppermimt essential oil yang memang dah ada kat rumah, i sapu je on myself. And hand express my bengkak susu. Then next day my milk production reduced drastically. I put the peppermint eo just for 3 dats. And Im done. Alhamdullillah Allah made it easy for me and and E&E.”
Kata orang mulut ibu memang ‘masin’. Apa yang dikata memang menjadi! Jadi mama jangan mudah terlepas cakap walau pun tengah marah! Hikmah masin mulut ibu jangan disalah guna. Kawalan emosi dalam mendidik anak kunci ketenangan dalam mengasuh amanah Allah ini.
Begitulah keramatnya tutur kata seorang ibu. Pun begitu, hikmah dan keistimewaannya ini perlulah dijaga. Jika disalah guna nanti boleh mengundang padah kepada anak dan ahli keluarga.
Menurut Ustazah Noor Laila Aniza Binti Zakaria, Pengarah Urusan IBS Excel Training Rasulullah SAW pernah bersabda kata-kata adalah satu doa tidak kira siapa yang menyebutnya. Jika yang menyebutnya adalah ibu, impaknya bukan alang kepalang.
Baginda juga ada bersabda doa seorang ibu sangat mustajab dan mudah bagi Allah untuk makbulkan. Hatta ibu yang berkata-kata itu dalam keadaan sedih, berharap dan penuh emosi kemarahan. Justeru, ibu-ibu gunakanlah hikmah ini untuk kebaikan dan kebahagiaan anak di dunia dan akhirat.
TENANG DAN BERLAPANG DADA
Para ibu wajib menjaga hikmah kata-katanya. Faham bahawa sabda Rasulullah SAW iaitu kata-kata itu adalah satu doa dan akan memberikan kesan kepada anak-anak. Bertitik tolak dari itu, kawalan lidah dan pemikiran perlu selari kerana pemikiran dan tindak-tanduk dikawal oleh iman.
Justeru, pegangan agama yang kuat menjadi pendinding untuk mengawal diri dan perkataan. Iman akan menjadikan diri menjadi tenang dan selalu berlapang dada dalam apa jua situasi.
Hal yang sebaliknya akan berlaku jika si ibu dalam keadaan emosi yang tidak stabil seperti marah dan kecewa. Perkataan yang dihamburkan pula dalam bentuk negatif seperti makian dan kata-kata kurang enak. Nauzubillah. Perkara ini perlu dielakkan. Fikir dahulu sebelum ucap supaya kata-kata yang positif dan memberikan rahmat dan kebaikan kepada anak-anak.
TARBIAH DENGAN KASIH SAYANG
Selain mendidik diri dan memupuk keimanan, ibu bapa perlulah mempersiapkan diri dengan mencari ilmu asuhan dengan teknik dan pendekatan bersesuaian dengan usianya.
Bagi anak-anak yang berusia 10 tahun ke bawah, asuhan dan didikan perlulah dengan kasih sayang dan mengambil pendekatan yang tegas dalam mendisiplinkan. Tidak boleh memukul atau memarahinya. Beri teguran dan pujuklah mereka dengan perkataan yang mudah difahami. Anak-anak pada usia ini mahukan perhatian dan kasih sayang daripada ibu dan ayahnya. Justeru, berikan perhatian, kata-kata positif dan dorongan dalam didikan sehari-hari.
Asuh anak dengan cara yang dianjurkan dalam Islam. Guna pendekatan bermain dan janganlah bertindak menghukum. Buat peraturan untuk disiplin dan laksanakan dengan tegas dan lembut.
Elakkan memukul lebih-lebih lagi memukul dengan tangan yang menyebabkan sentuhan kulit ibu ke kulit anak kerana aura negatif ibu akan sampai kepada anaknya dan menyebabkan implikasi tidak baik dari segi emosi dan perkembangannya.
Malah ada pendapat mengatakan ia menjadi punca toksik dalam badan. Maka, saya menganjurkan adalah lebih molek jika ibu bapa menjadi model kepada anak-anak sebagai contoh yang tepat.
DOA & IKHTIAR
Doa dan ikhtiar boleh diamalkan oleh mama dan papa agar kedua-dua pihak ibu bapa dan anak diberikan kemudahan dan kesabaran. Antaranya ialah:
#1 BACAKAN DOA KE UBUN-UBUN ANAK KETIKA TIDUR
Bacakan doa ini kepada anak-anak, di ubun kepala, saat anak-anak sedang tidur, atau doakan anak-anak pada setiap kali lepas solat. Allahumma faqqihhu fiddin wa a’llimhuttakwil
Maksud:
“Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran).”
[Ahmad bin Hanbal, al-Hakim, al-Thabarani (Mu’jam al-Kabir, al-Ausath & Saghier), Ibn Hibban dan lain-lain.]
#2 AMAL DOA DARI SURAH AL-FURQAN
Doa yang boleh diamalkan ialah daripada Surah Furqan ayat 74 yang bermaksud:
“…dan orang-orang yang berkata, “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa.”
CARA PSIKOLOGI
Mama juga boleh mencuba cara psikologi dengan beberapa langkah berikut untuk mengukuhkan kasih sayang antara ibu dan anak:
Mama pandanglah ke arah si anakdengan penuh kasih sayang sama ada dalam keadaan tidur atau terjaga.
Cuba fikirkan “Ya Allah, susahnya bagi aku untuk mendapatkan dan melahirkan anak ini”.
Kemudian ucapkan memuji si anak seperti “Bertuahnya Mama dapat anak yang soleh macam Adam ni.” Turunkan badan ke paras badan si anak dan pastikan mata anda berdua bertemu.
Sentuhlah si anak dengan memeluk atau menciumnya. Bisikkan kata-kata positif dan puji-pujian.
Ketika memeluk anak tadi. Ketika ini mama bolehlah membacakan doa yang baik-baik mudah-mudahan muncul kasih sayang dan ketenangan dalam hubungan mama dengan si anak.
3 TIP IBU KAWAL EMOSI
Si kecil sedang aktif meneroka dan suka mencuba sesuatu yang baru. Para ibu khususnya memerlukan kawalan emosi yang kuat. Fahami peranan anda sebagai ibu dan percaya apa sahaja yang berlaku adalah kerana kekuasaan Allah SWT.
Marah dan memukul bukan tindakan yang terbaik untuk mendidik anak kecil berusia enam tahun ke bawah. Cuba lakukan tip berikut ketika anda mula berasa marah:
a)Ubah kedudukan/ posisi badan anda.
b)Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan.
c)Pergi dari tempat itu segera. Misalnya ke bilik air atau ke dapur.
KALAU SALAH MEMANG KENA TEGUR. INI CARANYA
Bagi anak-anak yang masih kecil, anda perlu menegur perbuatan salahnya supaya dia tahu apa yang dibuatnya itu salah. Proses ini perlulah dilakukan secara berterusan.
Sentiasa sebut Allah SWT dan Rasulullah SAW dalam percakapan. Misalnya “Adik tak boleh buat macam ni. Allah tak suka orang yang suka membazir macam ni”. Moga-moga dengan cara ini ibu boleh mengawal tutur kata dan emosinya dan anak pula mudah untuk menerima teguran dan tarbiah daripada ibunya.
Sumber: Majalah Pa&Ma
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.