Sebenarnya peringkat anak bercakap bahasa yang langsung tak difahami adalah normal tapi kalau sampai umur tiga tahun dia masih lagi tak lancar bercakap, ada sesuatu yang tak kena. Ibu ayah kena lebih alert dan lakukan sesuatu.
Penjelasan dan tip yang dikongsi oleh Terapis Pertuturan, Puan Ruby Atika ini wajar dijadikan panduan berguna terutama kepada ibu ayah yang anaknya sedang dalam fasa bercakap bahasa “Jerman”.
Selalu ibu bapa kata anaknya cakap Jerman. Sebab sebutir patah perkataan pun tak dapat difahami. Tak tau apa yang budak kecil ni cakap. Tapi dia nak cakap banyak. Macam panjang saja ‘cerita’ dia.
Dalam perkembangan normal kanak-kanak, memang ada peringkat Jargon ini. Biasanya sekejap saja. Dalam usia 1 tahun 6 bulan ke 2 tahun, kanak-kanak memang ada menggunakan jargon.
Mereka cuba meniru percakapan orang dewasa, tapi belum cukup mahir. Mereka cuba nak meniru ayat panjang atau meniru aksi semasa bercakap. Jadi ibu bapa lihat anaknya seperti bercakap bahasa asing sebab gayanya kelihatan petah dan yakin.
Yang jadi masalahnya bila peringkat Jargon ini terlalu lama. Dah umur 3 tahun masih Jargon lagi. Sedangkan pada usia 3 tahun, sepatutnya perbualan anak telah dapat difahami oleh anggota keluarga.
Pelat dan Jargon adalah berbeza. Pelat masih boleh difahami sebahagian dari perkataannya. Hanya salah sebut bunyi konsonan atau dia menukar kepada konsonan lain. Jargon pula memang tak difahami langsung kaitannya denga perkataan sebenar. @#%#*$!”]:awhduw. Itu jargon.
Bagi anak autisme yang mengalami masalah bercakap pula, selalunya ada pattern dalam bahasa Jermannya itu. Maknanya dia selalu ulang bahasanya hingga ibu bapa dapat cam pattern dia. Contohnya dia selalu sebut “atiku atiku atiku” atau dia sebut “agedabuet agedabuet”. Setiap kali dia bercakap Jargon, memang yang sama keluar dari mulutnya.
Anak lambat bercakap yang bercakap Jargon bermakna:
1) Kurang kosa kata.
2) Cuba meniru orang dewasa bercakap panjang dan banyak.
Jadi untuk atasi masalah anak bercakap Jargon, anda kena
1) Tambah kosa kata.
2) Bercakap dengan anak guna ayat ringkas.
Tiada jalan mudah melainkan dengan meningkatkan kefahaman si anak terlebih dahulu. Anak mestilah faham banyak objek, kata nama, kata kerja, kata sifat dan sebagainya.
# Gunakan kamus bergambar.
# Tunjukkan segala yang ada di sekeliling anak.
# Sebut segala apa yang anak sedang lihat/ pegang/ buat.
# Elakkan bertanya soalan. Tapi sebutkan terus perkataan sebenar.
Ini teori saja. Realitinya ibub apa selalu tergamam atau ketawa saja bila dengar anaknya bercakap Jerman. Makin anda ketawa, makin teruklah Jerman tu nanti sebab dia ingat anda galakkan dia bercakap macam tu.
Jangan ketawa walaupun dia memang comel sangat pada saat tu. Sila buat muka sardin saja dan terus sebutkan perkataan yang sebenarnya.
Sumber: Ruby Speech Therapy