Mengakui tugas membesarkan anak-anak masih kecil yang jarak usianya rapat-rapat bukan mudah namun bagi penyanyi terkenal, Adira Suhaimi ianya dapat dilakukan dengan baik jika ibu sentiasa berfikiran positif.
Kisah membesarkan anak-anak dikongsi oleh ibu empat cahaya mata ini menerusi Anugerah Pa&Ma Gala 2023, Best Mama Millennial sebentar tadi.
“Setiap anak ada perangai pelik yang berbeza-beza. Adira boleh capture apa yang diaorang sekeliling. Tapi anak-anak masih kecil jadi masih belum ada pendirian masing-masing.”
“Macam anak sulung dia lain depan camera dengan off cam. Anak nombor dua pula banyak buat hal sendiri. Anak ketiga pula macam makcik-makcik, pandai berdikari. Anak nombor 4 pula masih kecil jadi saya tak dapat nak cakap dia macam mana.”
“Most of the time Adira cuba untuk berkawan dengan mereka. Biar mereka rasa selesa bersama Adira, tak takut untuk share apa sahaja. Ada masa tegas dengan anak-anak, masa main dengan anak tu mainlah. Tapi perlu tegas.”
Ads
“Jadi ibu bukan mudah, tapi kita boleh cuba. Adira banyak belajar dari anak-anak juga. Satu tip yang nak jadi ibu happy go lucky, Adira tak akan benarkan satu benda yang negatif pun masuk dalam hidup Adira. Tak suka nak buang energy untuk negatif. Bukan senang sebab anak berderet masih kecil.”
“Adira memang plan nak beranak ‘sapppp’ sekali, lepastu besarkan je anak. Lepastu Adira boleh jaga badan gitu”
Bersalin Czer
“Adira tak suka fikir banyak, okay je semua benda. Tak suka negatif. Jadi Alhamdulillah semua yang baik-baik je czer keempat-empat anak.”
Ads
“Emosi kena jaga lepas bersalin. Pantang makan dan berjalan. Kalau czer tu jangan terlampau fikir negatif.”
Isteri sangat gembira bila suaminya tolong dalam urusan rumahtangga walaupun hanya cuci tandas sahaja! Bernilainya pertolongan kecil suami dimata isteri. Isteri tidak mengharapkan bulan bintang, cukup sekadar memahami dirinya penat dan sama-sama membantu dalam urusan menguruskan rumahtangga.
Isteri sent gambar ini ketika saya outstation. Entah bila dia snap gambar yang saya sedang cuci tandas.
Bagi saya cuci tandas ini tidaklah rasa apa-apa yang besar sangat, lagi pun dah biasa cuci tandas di tempat kerja. saya terkesan sangat apabila isteri cakap yang dia rasa gembira sangat bila saya ringan tulang kat rumah.
Saya mula beri perhatian dalam hal ini. Sekecil perkara yang saya buat ini pun buatkan hati seorang isteri gembira. Sedangkan banyak perkara dalam rumah kebiasaanya isteri yang lakukan. Saya sebak sangat,jika nak outstation semua keperluan saya disediakan,pakaian,berus gigi disusun dengan baik,hatta kasut mana yang sesuai untuk saya outstation pun dah tersedia didepan pintu.
Bukanlah untuk memuji isteri berlebihan, tetapi inilah hakikat ramai isteri yang baik melayan suami agar suami redha kepada mereka.
Alangkan gembiranya seorang isteri jika suami sentiasa beri perhatian kepadanya dan ambil peduli tentang penat lelah dia uruskan rumatangga, apatah lagi jika suami bimbing isteri untuk sama-sama masuk syurga. Sebaliknya begitulah isteri berusaha buatkan suami tenang melihatnya.
Rupanya dalam rumahtangga kita jangan fikir apa pasangan perlu buat untuk saya,tetapi kita kena fikir apa lagi yang perlu saya buat untuk gembirakan pasangan.
Tahu tak,jika kita berusaha untuk gembirakan keluarga ini,الله akan gembirakan kita dalam banyak perkara dan buatkan kita rasa bahagia bersama keluarga.
Isteri kepada penyanyi Lan Solo, Nur Sheila Hassim meluahkan rasa terkilan terhadap sesetengah individu yang kurang peka dengan kekurangan orang lain.
Sheila menerusi posting di Facebook (FB) berkata, sesetengah individu adakalanya tidak tahu menggunakan masa yang sesuai untuk bertanya tentang anak bongsunya, Nur Amna Quxandra.
Tambahan lagi apabila bertemu empat mata dengan Nur Amna Quxandra atau lebih mesra dipanggil Baby Xandra itu.
“Hi aunties & uncles, ya sayalah Baby Xandra yang klef tu. Alhamdulillah saya membesar dengan sihat dan ceria.
“Cuma, kalau aunty uncle jumpa saya depan-depan tak payahlah cakap, “inilah anak Lan yang SUMBING tu kan?”
“Sebab saya baru nak masuk dua tahun hujung bulan nie. Jadi, saya sendiri tak tahu apa jadi kat saya.
“Mungkin bagi aunty uncle tu soalan biasa, tapi bagi saya yang makin membesar ni, saya kena bersedia dengan sekeliling saya.
“Its okay untuk bertanya, tapi harap-harap aunty uncle bertanyalah pada tempat sesuai dan kene pada masa.
“I’m still young dear uncle aunty.. izinkan saya membesar sama macam anak aunty dan uncle ye,” tulisnya.
Baby Xandra dilahirkan pada 24 Februari 2018 dan menjalani pembedahan sumbing pada bibir Mei tahun lalu.
Selain Baby Xandra, pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 6 Disember 2009 itu turut diserikan dengan tiga cahaya mata lain, Nur Amna Qaleesya, 8, Nur Amna Qeesyara, 6 dan Muhammad Akid Qassyaff, 5.
Perasaan gementar di kalangan ibu yang pertama kali bersalin adalah suatu perkara yang biasa. Tambahan pula ia adalah pengalaman pertama.
Ingat, pengalaman setiap individu adalah berbeza antara satu sama lain. Jadikan pengalaman mereka sebagai panduan dan persediaan sebelum melalui proses kelahiran.
Dengan mengetahui sedikit sebanyak tentang pengalaman dalam bilik bersalin, dapatlah anda menjangkakan dan membuat persediaan mental dan fizikal.
Bagi anda yang bakal dan cuba bersalin secara normal, berikut adalah antara perkara yang boleh anda jangkakan bakal berlaku semasa di bilik bersalin.
Dibawa ke bilik bersalin selepas fasa aktif kelahiran bermula
Jangan ingat sebaik sahaja merasai kontraksi dan bergegas ke hospital, anda akan terus dimasukkan ke dalam bilik bersalin.
Tidak. Bukan begitu. Anda akan diperiksa terlebih dahulu. Salah satu rutinnya ialah pemerikaan bukaan serviks. Untuk itu, doktor akan memasukkan jari ke dalam faraj dan mengira luas bukaan serviks ketika itu.
Jika masih dalam fasa awal, anda akan ditempatkan di wad buat sementara waktu. Setelah kontraksi berlaku setiap 5 minit, barulah anda akan dibawa ke bilik bersalin.
Kena buang najis terlebih dahulu
Selepas dimasukkan ke bilik bersalin, jururawat akan memberikan ubat pelawas supaya anda membuang air besar.
Sekiranya boleh, jangan minum terlalu banyak air sebelum ke bilik bersalin. Selain itu, pastikan anda sudahpun mencukur bulu kemaluan. Hal ini dapat memudahkan proses jahitan sekiranya anda perlu melahirkan anak secara pembedahan atau menjalani episiotomi.
Bilik bersalin biasanya bersuhu dingin
Bilik bersalin biasanya sejuk. Ada segelintir ibu bersalin tiba-tiba boleh mengalami peningkatan suhu badan dan demam lantaran tidak dapat menahan kesejukan.
Jadi, ada baiknya anda bawa baju sejuk daripada rumah. Jika ia masih tidak dapat memberikan kehangatan, anda boleh minta selimut daripada jururawat.
Sesetengah hospital membenarkan suami masuk untuk menemani anda. Jika tidak dibenarkan, anda akan berada di dalam bilik bersalin bersama jururawat sehingga bayi betul-betul bersedia untuk keluar.
Ubat tahan sakit boleh beri kesan sampingan
Dalam fasa aktif, kontraksi yang dialami semakin kerap dan sakit. Jija ada keperluan, doktor akan menawarkan pengambilan ubat tahan sakit seperti gas entonoks, suntikan pethidine atau epidural.
Dua jenis suntikan ini biasanya meninggalkan kesan sampingan seperti mengantuk atau loya. Ada pengalaman di mana ibu terlalu mengantuk sehingga tidak dapat meneran akibat pengambilan ubat tahan sakit jenis ini.
Namun, ramai yang mengaku bahawa ubat tahan sakit ini amat membantu dalam mengurangkan kesakitan yang dialami.
Kelahiran normal ada waktunya perlu guna alat bantuan
Jika anda berjaya melahirkan secara normal, bayi anda akan keluar apabila diteran. Sekiranya anda mengambil masa terlalu lama atau laluan terlalu sempit, doktor akan membuat potongan episiotomi.
Jika masih tidak berjaya, doktor mungkin akan menggunakan peralatan seperti vakum dan forsep.
Sesi sentuhan kulit ke kulit dengan bayi
Setelah berjaya dikeluarkan, bayi yang baru lahir akan ditunjukkan kepada anda terlebih dahulu untuk pengesahan jantina. Kemudian, hidung dan matanya dibersihkan sebelum diserahkan kepada anda untuk sesi sentuhan kulit ke kulit.
Namun, hal ini hanya akan berlaku sekiranya bayi dan proses kelahiran tiada apa-apa komplikasi.
Sesi ini amat penting untuk anda dan bayi. Ia dipercayai dapat menstabilkan suhu badan bayi. Inilah juga masanya untuk anda menyusukan bayi untuk kali pertama.
Selepas itu, bayi akan dibawa semula ke nurseri untuk dimandikan dan diazankan oleh suami anda.
Proses keluarkan uri
Selepas bayi selamat dikeluarkan, proses seterusnya ialah mengeluarkan uri daripada dalam rahim. Biasanya jarak masa melahirkan bayi dan mengeluarkan uri tidak lama. Sekitar 5 hingga 30 minit.
Anda mungkin dapat merasakan kontraksi kecil ketika proses ini. Ia adalah tanda uri sedang terpisah daripada dinding rahim dan sedia untuk dikeluarkan. Walau bagaimanapun lebih ramai ibu yang langsung tidak menyedari proses ini. Ada yang tidak perasan pun uri sudah keluar.
Proses jahit perineum tidak sakit
Jika melalui proses episiotomi, luka akan dijahit semula sebaik sahaja uri dikeluarkan. Walaupun sakit, namun tahap kesakitannya tidak teruk. Ramai ibu menyatakan boleh bertahan dengan kesakitan jahitan perineum kerana sakit kontraksi lebih menyakitkan.
Selepas proses ini, anda akan dipantau seketika bagi memastikan rahim mengecut dan tidak berlaku pendarahan. Selepas semuanya selesai, anda akan dibawa ke wad untuk berehat.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.