“Jangan Lepas Tangan Pada Isteri & Anak Dalam Kandungan” Hakim Syarie Nasihat PU Abu, Lafaz Cerai Tak Sah

Share

Kisah Ustaz selebriti pernah viral apabila tergamak menceraikan isteri yang sarat hamil anak pertama mereka. PU Abu menceraikan isterinya kerana ingin mengahwini seorang janda yang juga merupakan kenalan lamanya.

Isu ini mencetuskan kemarahan ramai kerana perbuatan PU Abu menceraikan isteri yang sarat hamil demi janda anak satu tidak dapat diterima akal. PU Abu menceraikan isterinya melalui aplikasi Whatsapp.

Baca Selanjutnya:

Kalau Sakit Mengandung & Melahirkan Zuriat Itu Suami Yang Tanggung, Pasti Tiada Yang Sia-Siakan Isteri

Menerusi Harian Metro harini, PU Abu berkata di hadapan Hakim bahawa dia tidak berniat untuk menceraikan isterinya.

“SUDAH jelas bahawa kamu sebagai suami perlu menjaga isteri dan anak dalam kandungannya.

“Jangan lepas tangan dan semua hal seharusnya diselesaikan dengan baik,” kata Hakim Syarie Mohd Nurulazhar Mohd Tohar.

Beliau berkata demikian di Mahkamah Rendah Syariah Klang, hari ini ketika mensabitkan talak dilafazkan bekas peserta Pencetus Ummah (PU), Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi, 25, ke atas isterinya, Ain ‘Afini Latif, 23, menerusi WhatsApp adalah tidak sah.

Tidak Berniat Menceraikan Isteri

Mohd Nurulazhar membuat keputusan itu selepas Muhammad Abu Sufyan atau PU Abu membuat pengakuan bersumpah bahawa tidak berniat untuk bercerai ketika menghantar mesej berkenaan.

Terdahulu, Ain ‘Afini memberitahu mahkamah bahawa mereka yang bernikah hujung Ogos tahun lalu berselisih faham dan bercerai talak satu dengan kebenaran mahkamah pada 28 Januari lalu, sebelum kembali rujuk kira-kira sebulan selepas itu.

Menerima Sekali Lagi Lafaz Cerai

Bagaimanapun pada 11.44 pagi 13 Mac lalu, Ain ‘Afini sekali lagi menerima lafaz cerai menerusi WhatsApp daripada PU Abu yang meninggalkannya di rumah selama seminggu.

“Saya turut menerima mesej daripada dia yang meminta supaya memudahkan semuanya dan mengisi borang perceraian,” katanya.

PU Abu Tidak Beniat Untuk Menceraikan Isteri

PU Abu kemudian memaklumkan dia tidak berniat untuk bercerai secara total dan faktor keadaan memaksanya berbuat demikian.

“Saya mengakui kesilapan diri dan memohon maaf atas perbuatan saya terhadap isteri selama ini.

Masih Sayangkan Isteri & Ingin Hidup Bersamanya

“Saya masih sayangkan isteri dan ingin hidup bersamanya. Saya juga bertanggungjawab ke atas anak yang dikandungnya,” katanya.

Dalam prosiding sama, Mohd Nurulazhar turut memerintahkan pasangan itu mendaftar lafaz rujuk cerai mereka pada 23 Februari lalu selepas mendapati lafaz berkenaan adalah sah.

PU Abu Minta Buat Permohonan Orang Awam & Media Tidak Mendengar Kes 

Beliau sebelum itu turut menolak permohonan PU Abu yang meminta media dan orang awam di dalam mahkamah supaya tidak mendengar kes perbicaraan berkenaan kerana isu sensitif dan mengaibkan.

Diceraikan Kerana Tak Setuju Berpoligami

Bulan lalu, Harian Metro melaporkan dalam perkongsian menerusi Instagram (IG), Ain yang kini sarat hamil memaklumkan, talak itu dilafazkan Abu menerusi WhatsApp pada 13 Mac lalu kerana tidak bersetuju dengan permintaan untuk berpoligami.

Abu kemudian membuat permohonan maaf menerusi IG atas tindakannya itu untuk berkahwin dengan janda.

Beliau yang juga pendakwah dan penceramah bebas itu turut memohon maaf kepada keluarga mentuanya.

Menerusi Instagram PU Abu yang terkini, dia menafikan telah berkahwin dengan janda tersebut yang bernama Hana di Thailand akan tetapi perkahwinannya dengan janda itu diketahui oleh ahli keluarga.

Ini adalah berita palsu!

Story yang telah dimuat naik pada instagram saya semalam adalah bukan dari saya. Instagram saya telah dihacked oleh ‘seseorang’. Cukuplah menabur fitnah pada saya. Saya mohon @mstaronlineofficial perbetulkan kenyataan tersebut.

Pernikahan saya dan @hanaazraa adalah di bawah pengetahuan family kami berdua.

Tolong jangan sebarkan berita palsu pada bulan mulia ini.Jangan cemarkan bulan yang mulia ini.Saya doakan ‘seseorang’ itu di beri petunjuk.

Semoga pertelingkahan antara PU Abu, Ain & Hana menemui jalan penyelesaian di bulan yang mulia ini.

Sumber: Hmetro, Pu Abu

 

Published by
NuFa