
Jangan berhenti memeluk anak-anak baik lelaki atau perempuan. Walaupun anak dah makin membesar pelukan itu juga mampu beri rasa selamat, ketenangan dan meredakan tekanan.
Pelukan ayah ibu dapat meredakan ledakan emosi yang dialami anak. Apabila anak-anak mengalami ‘temper tantrum’ atau tekanan, anak menghadapi masalah dengan regulasi emosi. Pelukan mengurangkan hormon stres (cortisol) dan menaikkan hormon kasih sayang (oxytoxin) yang meredakan emosi.
Bukan itu sahaja, pelukan anak-anak juga dapat meredakan tekanan yang sedang dialami ayah dan ibu.
Jika dari kecil diamalkan, tidak ada sesiapa yang akan merasa kekok. Jika baru hendak bermula, teruskanlah, tidak ada salahnya. Tidak haram bagi ibu memeluk anak lelaki dan tidak haram bagi ayah untuk memeluk anak perempuan.
Jika ada yang melarang ayah dari memeluk anak perempuan dan sebaliknya, itu bermakna orang yang melarang itu mungkin pernah mengalami pengalaman yang tidak elok dengan ayahnya atau dengan lelaki dewasa rapat dalam keluarganya. Oleh itu nasihat tersebut tidak releven untuk keluarga normal dan harmoni seperti keluarga anda.
Peluklah anak lelaki dan anak perempuan anda. Itulah cara termudah dan termurah untuk membina ‘connection’ pada zaman di mana kita sering sibuk terkejar-kejar masa.
Pelukan tidak menjadikan anak lelaki lembik, sebaliknya ia memberi kekuatan dalaman kepada mereka.
Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Jadi Ayah Yang Hebat Tak Perlu Pun Berhabis Ribu Ringgit, Cukup Bawa Bersiar-Siar. Selamanya Anak Akan Ingat!

Tanyalah mana-mana anak sekalipun, siapakah idola mereka? Pasti jawapan mereka “Ayah saya”, “Nak jadi macam ayah”. Ayah ibarat super hero buat anak-anak, ayahlah pelindung keluarga sebab itulah tugas sebagai ayah sangat berat. Ayah perlu menunjukkan contoh yang baik-baik agar menjadi ikutan anak.
Tip-tip menjadi ayah yang hebat:-
1: Cintailah isterimu.
Terima segala baik buruknya saat menikahinya. Dialah yang melahirkan dan menjaga zuriatmu hampir siang dan malam. Pengorbanan yang sangat jelas tidak mampu ayah lakukan. Saban hari berperang dengan perasaan dan pengorbanan dalam mengasuh zuriat mu sejak lahir… Jika anda menyayangi isterimu..maka kasih dan cintailah keluargamu..
2: Luang masa bersama
Sesekali bawalah keluarga anda bersiar-siar. Bersantai ditepi pantai ditemani angin sepoi-sepoi.. ‘Bonding time’.. Sesi bersantai dan bermesra bersama-sama. Sambil mendengar luahan hati masing-masing.. Saling memperingati dan memperbaiki kesilapan diri..
Jika punya bayi kecil.. Saat bayi anda berjaga malam. Ambil peluang untuk menjaga dan mengasuh bayi anda. Biarkan isteri anda tidur dan ambil tempat isteri anda. Saat bayi anda 3 bulan adalah masa yang tepat untuk anda memainkan peranan anda sebagai bapa supaya pertumbuhan pembesaran bayi anda sejajar dengan perkembangan.
3 : Jadilah teladan
Saling menjaga dan memperbaiki diri supaya anda menjadi ikutan yang baik untuk anak anda..
Tunjukkan perilaku dan perbuatan yang baik kerana anak anda melihat setiap tingkah laku anda dan mungkin anak anda akan menjadikan anda sebagai IDOLA suatu hati nanti..
4: Fahamilah karakter setiap anak anda.
Saling berkomunikasi dan menerima kelebihan dan kekurangan masing-masing tanpa membezakan antara satu dengan yang lain.Berikan bimbingan mengikut cara yang bersesuaian dan tidak terlalu memaksa. Biarkan pertumbuhan mereka selaras dengan alirannya.
5: Tunjuk kasih sayang
Terjemahkan kasih sayang anda pada anak anda. Jangan biarkan mereka berasa sendiri dan sepi. Saling berinteraksi dan saling memberi antara satu sama lain supaya mereka berasa dihargai dan disayangi..
6: Disiplinkan anak anda dengan kelembutan
Ajar dan didik anak anda dengan kelembutan dan bukan terlalu memaksa dan mendesak. Dikhuatiri mereka akan memberontak suatu hari kelak.
Memberikan penterjemahan dengan kelembutan dan bukan dengan amarah..
7: Tabungan masa hadapan
Sebagai ayah yang bijak. Anda sebagai ketua keluarga hendaklah bijak merancang perbelanjaan kewangan dalam keluarga. Wang bukanlah segalanya akan tetapi ia amatlah berguna untuk masa hadapan anak anda. Bijaklah menabung dan menyimpan untuk kegunaan kecemasan dan masa hadapan.
8: Makan bersama keluarga
Nikmatilah saat makan bersama keluarga anda. Saling bermesra dan berbual. Tunjukkan rasa penghargaan antara satu sama lain supaya mereka rasa disayangi..
9: Berdoa dan beribadah bersama
Sebagai imam dan ketua keluarga, didiklah anak supaya mentakuti Allah S .A.W.. Ajarkan mereka tentang solat,dosa dan pahala supaya kelak mereka menjadi soleh dan solehah dan takut kepada Allah
10: Nikmatilah saat menjadi seorang ayah yang kekal selamanya
Saat anda menjadi seorang ayah, Maka selamanya akan menjadi seorang ayah. Jadilah seorang ayah yang sabar dan bertanggungjawab dan mendidikan anak anda supaya pertumbuhan anak anda sejajar dengan perkembangannya
Kredit: Citra Permatasari
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kalau Anak Mengamuk Jangan Di Tengking, Tapi Gunakan ‘Reflection Chair’

Kalau anak mengamuk jangan tengking, tapi gunakan reflection chair, Cara disiplinkan anak mengikut tahap umur supaya bersesuaian dengan mereka. Kenapa perlu disiplinkan anak dalam mendidik? Ikuti perkongsian Ibu Rose.
Perihal Anak 3 – 6 tahun Mengamuk dan Bagaimana Menenangkannya
Anak 3- 6 tahun
Jika pada usia 1.5 hingga 3 tahun anak-anak sangat EGO-CENTRIC.
Manakala pada usia 3 hingga 6 tahun ini anak-anak sudah mula mahu membina skil interpersonal mereka. Iaitu skil bergaul. Mereka mula belajar untuk bertolak ansur dan ini juga boleh membuat emosi mereka kurang selesa. Belajar berkawan bagi sesetengah anak agak mencabar emosi.
Pada usia ini anak sudah boleh memahami penerangan anda. Oleh itu jika anak mengamuk, anda sudah boleh memberitahu dan menerangkan bahawa mengamuk itu tidak elok. Jika dia mahukan sesuatu maka dia boleh meminta dengan anda dengan baik.
Oleh itu bila anak meminta sesuatu, anda dengarlah permintaannya, jika boleh beri, jika tidak ambillah masa untuk menerangkan dan berilah alternatif lain. Pada usia 3 tahun, anak itu baru hendak belajar memahami permintaan dan perasaan orang lain. Jika anda bersabar mendidiknya dan bertolak ansur dengannya, maka anak ini tidak akan suka mengamuk semasa usia ini kerana dia sudah boleh berkomunikasi dengan anda.
Ambilah secara serius keperluan anak memberitahu perasaannya. Anda TIDAK perlu ikut semua permintaannya tapi anda perlu memberi ruang untuk dia memberitahu.
Anak-anak sangat aktif masa ini dan memerlukan ‘outlet’ sihat untuk tenaganya digunakan. Rancanglah aktiviti lasak utk dia melakukan setiap hari. Memanjat gril dengan selamat boleh menjadi salah satu aktiviti yang boleh dilakukan di rumah.
Walaupun pada usia ini anak boleh dimarah, namun berpada-padalah memarahi anak. Mendisiplinkan anak adalah penting, tapi ingatlah matlamat disiplin adalah untuk anak itu menjadi lebih upaya.
Jika anak pada usia ini mengamuk; anda boleh memujuk, menenangkan sama seperti usia 1.5 -3 tahun. Cuma pada usia ini anda boleh memberi sedikit hukuman untuk dia faham mengamuk itu tidak baik. Hukuman seperti suruh dia duduk senyap di atas sesebuah kerusi yang anda boleh panggilkan nama yang baik ‘ reflection chair’ , Tujuannya, bila dia duduk di situ, dia akan memikirkan perangainya tadi.
Anda juga perlu peka dan menjadi pro-aktif supaya boleh mengelakkan anak itu mengamuk. Contohnya, jika nampak dia sudah letih, ajaklah untuk tidur atau baring dgn anda sekejap dan buat aktiviti relaks.
Sebenarnya, jika pada usia 1.5 hingga 3 tahun tadi bila anak itu mengamuk, dia dikendalikan dengan baik, membina, sabar dan penuh kasih-sayang, anak itu akan kurang mengamuk pada usia seterusnya.
Apa yang menjadi anak itu suka mengamuk ialah pada usia kecil lagi bila anak itu menangis dan mengamuk, jalan penyelesaian yang diambil oleh ibubapa, pengasuh dan orang dewasa ialah untuk marah, menengking dan memukul. Maka ledakan emosi anak itu menjadi lagi parah dan terbawa terus ke umur seterusnya!
Oleh itu jika anda hendak anak kurang mengamuk, layan dan kendalikanlah dirinya baik-baik semasa dia mengamuk pada usia 1.5 hingga 3 tahun itu. Teach them with reason, they will learn to be reasonable.
Tapi kalau sudah tersilap, maka mulakanlah sekarang. Banyakkan memberi kasih sayang. Memeluk, menyatakan sayang, mendengar rintihan mereka dsb.
Ibu masih ingat lagi semasa anak-anak ibu pada usia ini, bila mereka terlampau letih atau sakit dan mereka merengek, Ibu selalu katakan kepada mereka, ‘Tak pe, merengeklah, it is okay. Mummy dengar and mummy sayang..’ ternyata bila mereka sudah puas merengek, mereka senyap dan yang penting mereka rasa mereka dikasihi kerana mereka didengari.
Sumber: Ibu Rose
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Batuk & Selesema Boleh Ikhtiar Cara Ini. Anak Kurang Merengek, Tidur Lena!

Musim sekarang ini dnegan cuaca yang tak menentu, sekejap panas, sekejap hujan, anak-anak terutama yang masih kecil mudah sangat sakit.
Demam, batuk atau selesema seolah bersilih ganti. kadang adik baru ok, kakak atau abang pula yang tak sihat. Namun jika anak yang dah besar mungkin tiada masalah untuk makan ubat, tapi jika anak kecil ada sesetengah ubat masih tak boleh makan. Contohnya ubat selesema atau batuk ada hadnya untuk umur anak.
Bagi memberi penyelesaian kepada ibu dan juga keselesaan kepada anak kecil, boleh cuba petua ikhtiar batuk dan selesema dengan hanya guna daun sirih dan vicks.
Perkongsian di tik Tok suemanja5 ini boleh anda cuba.
Bahan-bahan:
Daun sirih
Vicks
Cara-caranya:
1) Ambil sehelai daun sirih dan layurkan dengan api
2) Selepas itu, ambil vicks dan sapukan pada permukaan daun sirih tadi.
BACA JUGA [Ibu Ini Kongsi Tip hentikan Lelehan Berair Hingus Hidung Anak. Berkesan & Selamat!]
[Cara Mudah Tanggalkan Kerak Susu Pada Botol Guna 3 Bahan Ni. Terus Nampak Baru!]
3) Kemudian letak di hadapan dan belakang dada. Buat setiap kali mereka nak tidur. Pasti lena sampai pagi.
Cuba buat berulang kali dan dengan izinNya, batuk kahak dan selesema anak akan berkurangan. Kita cuba selebihnya kita mohon doa pada Allah.
Kredit: Tiktok suemanja5
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera di sini https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI