Bagi ibu bapa yang pertama kali berhadapan dengan pengalaman anak bersunat memang satu pengalaman yang besar. Lebih-lebih lagi mungkin ada yang kurang pengalaman. Ada juga ibu yang tak tahu bagaimana proses penyembuhan luka sunat terjadi.

Dr. Adelin Zintampil menjelaskan bagaimana proses penyembuhan luka sunat dan apa yang ibu ayah perlu ‘take note’ jika berlaku perubahan pada bahagian luka sunat tersebut. Semoga bermanfaat buat semua!

“Jangan Letak Apa-Apa Serbuk Herba Ya” Doktor Jelaskan Proses Penyembuhan Luka Sunat Anak

Pagi petang siang malam, dari anak-anak yang sunat dengan Poliklinik Sakura sampai lah ke orang yang tak kenal tiba-tiba bagi gambar dan tanya pasal luka sunat anak memasing. Boleng mata mok tengok fon 🤣

First of all, saya bukan pakar. Saya doktor biasa yang menjalankan perkhidmatan sunat di klinik saya secara open slot. Saya tak buat walk in kecuali baby perempuan. Belum sampai masa nak jadi mak mudim tegar 😆

Kebanyakan pertanyaan yang saya dapat berkisar masalah penyembuhan luka selepas berkhatan. Terutamanya lagi dari mak-mak yang pertama kali jaga anak berkhatan dan bapaknya loss memory berkhatan masa kecil dulu 😋

Berkhatan cara conventional, laser (diathermy) atau clamp ni semua ada pro and cons masing-masing. Boleh study sikit kelebihan dan kekurangan setiap kaedah sebelum pilih nak guna kaedah apa. Kalau tak pasti sangat, boleh je jumpa doktor yang nak sunatkan tu dan tanya dia dulu, bina rapor supaya anda dapat build trust dengan doktor yang anda pilih tu.

Ads

Bukan tak boleh tanya doktor lain, cuma sebaiknya rujuk balik dengan mereka yang mengkhatankan anak anda sebab doktor tu lebih tahu keadaan penis anak anda sebelum dan selepas. Kalau tiba-tiba anda tanya saya “kenapa burung anak senget lepas khatan?” Saya pun tak boleh berikan jawapan yang pasti sebab saya tak tahu keadaannya sebelum tu 🙏🏻 Jangan cakap cheq sombong naa…

So kat bawah ni saya buat ringkasan sikit keadaan luka selepas berkhatan. Memang ada macam-macam rupa tapi tak boleh nak tunjuk gambar real. Saya cuba explain dengan gambar.

Proses Penyembuhan Luka Sunat

“Jangan Letak Apa-Apa Serbuk Herba Ya” Doktor Jelaskan Proses Penyembuhan Luka Sunat Anak

Proses sembuh luka sunat ni tak sama setiap anak, hatta adik beradik pun. Biasanya ambil masa sekitar seminggu ke 3 minggu.

Ads

Kenapa ada yang sampai 3 minggu? Sebab ada penis yang tenggelam menyebabkan luka nya lambat kering. Jadi kena continue bersihkan dan keringkan sampai semua keropeng tanggal.

Yang penting, setiap kali lepas buang air atau mandi memang kena keringkan. Anak biasanya meraung tak bagi sentuh, jadi pandai-pandailah parent pujuk. Paling koman, suh tadah depan kipas kasi kering.

Jangan letak apa-apa serbuk dari sengsei ya, sebab ada yang letak sampai busuk bau burung anak nya, terpaksa doktor bersihkan sebab melekat-lekat serbuk sensei tu.

Makan pun tak perlu berpantang sangat-sangat. Protein penting untuk penyembuhan luka. Kalau anak takde apa-apa alahan, makanlah sekadarnya yang penting berkhasiat. Bukan janji dengan anak habis je pantang ni seminggu abah belanja kepci 😅

Ads

Terakhir yang perlu anda watch out adalah senarai seperti dibawah. Kalau ada bleed sikit-sikit masa hari pertama dan kedua itu biasa. Tekap je dengan tisu bersih dalam seminit dua, kalau still tak berhenti bawa jumpa doktor. Tapi kalau ada tanda-tanda yang lain tu, cepat-cepat bawa ke klinik ye untuk pemeriksaan lanjut.

“Jangan Letak Apa-Apa Serbuk Herba Ya” Doktor Jelaskan Proses Penyembuhan Luka Sunat Anak

Semoga semua anak-anak yang bersunat tahun ni cepat sembuh dan boleh beraktiviti seperti sediakala. Asbab dah bersunat tu maka ibu bapa kena ajarkan lah anak-anak supaya menjaga kemaluan mereka terutamanya dari zina dan maksiat, ok?👌🏻

*Setiap kali tengah berkhatan pasti saya doakan anak-anak yang saya sunatkan tu terpelihara dari perkara yang dilarang Allah swt. Semoga Allah makbulkan doa kecil saya, ameen 🤲🏻

Kredit: Dr. Adelin Zin

“Jangan Letak Apa-Apa Serbuk Herba Ya” Doktor Jelaskan Proses Penyembuhan Luka Sunat Anak

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI