Berpuasa itu sudah dijanjikan pahala, apatah lagi bagi ibu hamil yang menjalani ibadah puasa, mengaji Quran, berzikir dan bersedekah.
Pun begitu bagi ibu hamil yang nak berpuasa, tolonglah dapatkan green light daripada doktor. Bagitau doktor yang anda sedang hamil, ceritakan alahan yang anda lalui dan doktor akan beri nasihat selepas tanya beberapa soalan dan melakukan beberapa ujian bergantung kepada keadaan ibu.
Ada ibu hamil yang nak juga berpuasa, yang paksa diri untuk puasa dengan alasan “alaaa… nanti kena ganti pulak sorang-sorang.. penatla…so baik puasa kali ni”. Percaya atau tidak disebabkan alasan ini, ramai ibu berdepan hari-hari sukar selepas melahirkan anak sebab terpaksa naik turun hospital dan checkup untuk anak.
Jangan paksa diri, dapat nasihat doktor
Ads
Sebaiknya dapatkanlah nasihat dari doktor. Dalam masa yang sama, peganglah niat untuk menggantikan puasa yang ditinggalkan ketika Ramadhan ini sebelum masuk Ramadhan tahun berikutnya. Apa-apa pun ikut pada kesihatan ibu dan anak dalam kandungan.
Moga pengalaman ibu ini dapat memberi manfaat buat ibu yang sedang hamil supaya tak terlalu paksa diri berpuasa jika benar-benar tak larat. Betul semuanya ketentuan Allah, namun andainya kita tahu kesan disebaliknya tak salah untuk sama-sama beringat.
“Sayang nak tinggal puasa, dah keguguran..”
Ads
Assalamualaikum..Ni akak nak ingatkan pada ibu hamil, kalau mengandung dalam trimester pertama dan kedua, janganlah paksa diri puasa. Pengalaman akak langsung tak rasa lapar tapi Allah sebaik-baik perancang.
Ads
Kalau rasa lapar sikit je pun, berbukalah. Sayangi anak yang bakal lahir tu, jangan jadi macam akak ni. Penangan sayang nak tinggal puasa, dah keguguran. Siapa kita nak mengata tidak andai Allah sudah takdirkan yang terbaik untuk kita. Redha jalan terbaik. InshaAllah.
Baby dah cukup sifat, ada mata ada tangan, kaki. Over stress tahan lapar, baby yang menanggung. Maafkan ummi anak syurga ummi. Kita jumpa di syurga Allah SWT. InshaAllah. Ummi redha..Ingat pesanan ni ye.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Karies awal kanak-kanak adalah kerosakan gigi yang berlaku pada kanak-kanak di bawah umur enam tahun. Ia melibatkan satu atau lebih batang gigi. Ia merupakan proses pendemineralan asid terhadap gigi akibat kehadiran plak (tahi gigi) dan air liur.
Apakah faktor penyebab penyakit ini?
Kekerapan pengambilan makanan dan minuman yang mengandungi gula tinggi
Kurang/tidak memberus gigi
Teknik memberus gigi yang tidak berkesan menanggalkan plak
Apakah faktor lain yang boleh meningkatkan risiko mendapat kerosakan gigi?
Menyusu botol yang mengandungi sukrosa
Transmisi bakteria daripada ibu kepada anak melalui air liur (Cth: Ibu dan anak berkongsi sudu makanan)
Higin mulut ibu yang teruk
Pengambilan ubat yang mengandungi gula
Apakah langkah yang boleh diambil untuk mencegah penyakit ini?
Pengambilan diet yang mengandungi gula rendah
Penggunaan ubat gigi berfluorida ( kandungan fluorida ?1000ppm)
Memberus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari menggunakan ubat gigi berfluorida
Ibu/bapa/penjaga perlu membantu kanak-kanak memberus gigi. Ibu/bapa atau penjaga perlu mengangkat bibir atas kanak-kanak (Lift the Lip), untuk memastikan tiada plak terkumpul di bahagian pinggir gusi.
Keluarkan botol susu dari mulut sebaik sahaja habis menyusu botol
Berhenti menyusu menggunakan botol (umur 1-3 tahun) dan diganti dengan cawan
Menggunakan ubat ‘bebas gula’ sekiranya perlu makan ubat berbentuk cecair
Minum air masak/berkumur selepas ambil ubat cecair yang mengandungi gula
Menjalani pemeriksaan gigi setiap 6 bulan
Apakah rawatan kerosakan gigi?
Rawatan fluorida topikal
Rawatan pengapan fisur
Rawatan tampalan amalgam
Rawatan tampalan komposit
Rawatan tampalan simen ionomer kaca
Rawatan korona keluli nirkarat
Rawatan pulpa
Rawatan cabutan
Perlukah pesakit dirawat dengan kaedah bius umum?
Sekiranya rawatan yang sempurna tidak dapat diberikan di klinik, rawatan komprehensif dengan kaedah bius umum wajar dipertimbangkan. Dengan kaedah ini, kesemua gigi yang rosak akan dirawat, sama ada untuk tampalan, rawatan pulpa dan rawatan korona, ataupun cabutan supaya mulut kanak-kanak menjadi bebas penyakit.
Perlukah pesakit dipanggil semula setelah selesai rawatan?
Pesakit perlu dipanggil semula setiap tiga bulan untuk memastikan penyakit kerosakan gigi terkawal dan tidak berulang.
Paracetamol adalah ubat yang dapat menurunkan suhu badan ketika demam dengan selamat. Ia boleh diambil oleh kanak-kanak, orang dewasa, ibu yang hamil dan ibu yang menyusukan anak, mengikut dos yang diberikan.
BOLEHKAH SAYA MENGAMBIL PARACETAMOL SEMASA MENYUSUKAN ANAK?
“Adakah ibu demam yang menyusu anak mengambil paracetamol untuk redakan demam? Berapa biji yang selamat diambil ya doktor. Mohon pencerahan doktor sebab penerangan sebelum ini tidak cukup meyakinkan?”
Nasihat saya adalah ambil paracetamol bila perlu, mengikut dos yang ditetapkan dan untuk jangka masa yang pendek saja. Dos yang biasa diberikan untuk orang dewasa sama ada hamil, menyusukan anak atau tidak ialah satu atau dua biji tablet 500mg, setiap 4-6 jam.
Dos maksima yang dibenarkan untuk orang dewasa adalah 8 biji tablet 500mg (jadi jumlah dos 6 g) dalam 24 jam. Dos yang berlebihan memberikan kesan buruk pada hati dan ginjal.
Walau bagaimana pun sedikit dos yang diambil oleh ibu yang menyusukan anak akan masuk ke dalam air susu ibu, tetapi masih dalam kuantiti yang selamat.
Walau bagaimana pun, saya menasihatkan agar lebih berhati jika:
1. bayi lahir secara pramatang 2. bayi lahir tidak cukup berat (kurang 2.5kg) 3. bayi lahir dengan masalah kesihatan yang serius 4. Mengambil paracetamol bersama ubat lain kerana gabungan ubat-ubatan ini masuk ke dalam susu ibu dan memberikan kesan pada bayi yang menyusu.
Boleh rujuk pada doctor atau farmasis bagi mengetahui dos yang lebih tepat, jika ada masalah kesihatan yang menghalang pengambilan ubat.
Baru sahaja selamat melahirkan cahaya mata sulungnya pada 8 Julai yang lalu, penyanyi Wany Hasrita kini sudah pun selesai tempoh 44 hari berpantangnya.
Melalui Instagramnya, Wany yang memilih untuk berpantang bersama Lavender Confinement Care, turut berkongsi pengalamannya yang dijaga dengan baik oleh pusat berpantang itu.
Akui Wany, sepanjang tempoh itu, dia dijaga dan dilayan bagaikan puteri bersama anaknya, Aisyah Al-Iman.
“Berpantang 44 hari dengan @lavenderconfinementcare, dijaga umpama puteri.
“Pendapat peribadi, saya rasa sangat worth it untuk kita invest untuk dijaga ketika berpantang. Lagi-lagi first time mom, banyak benda masih difasa adaptasi.
“Adanya Confinement Lady (CL) yang menjaga, sangat memudahkan banyak perkara,” kongsinya.
Bahkan Wany juga turut menitipkan nasihat kepada para suami agar memperuntukkan sedikit wang untuk memanjakan isteri dengan pakej berpantang.
Ia bukan sahaja teramat membantu isteri bahkan turut juga menyenangkan para suami.
“Nasihat saya untuk para suami, yang ada kekangan untuk menjaga isteri yang sedang berpantang, setidaknya hadiahkan lah pakej berpantang untuk isteri anda yang telah bertarung nyawa melahirkan malaikat kecil anda berdua,” luahnya.
Dalam pada itu, idea dan pandangan Wany itu sudah semestinya disokong oleh ibu-ibu lain. Biar berbelanja lebih asalkan tubuh terjaga dengan baik.
Tindakan yang boleh kita buat apabila dipukul, dikasari dan dicederakan. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.