Sebagai ibu, pelakon Mia Ahmad akui sedikit ralat kerana tidak menyedari masalah lambat bercakap pada anak sulungnya Sayf Issa yang kini berusia tiga tahun.
Menurut Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi, 33, dia menyedari perkara itu selepas dimaklumkan sendiri oleh cikgu di sekolah anaknya yang meminta bertindak segera mengatasi masalah itu.
“Saya memang menyesal sebab tak gunakan masa yang penting waktu dia masih kecil untuk develop apa yang perlu.
“Saya pula masa itu first time mom, tiada pengalaman..apabila orang cakap biasalah anak lelaki lambat bercakap jika dibandingkan dengan anak perempuan, jadi saya fikir mungkinlah betul.
“Lepas itu, bila saya hantar dia pergi playschool, cikgu dia call tanya saya selalu ke beri dia tengok Youtube, saya terus-terang cakap memang saya bagi..tiada limit masa sehari berapa jam dan daripada situ baru tahu saya dah buat silap,” katanya.
Selepas ditegur guru berkenaan, Mia kemudiannya mengambil keputusan untuk menghadkan masa anaknya menggunakan gajet serta menontin TV selama beberapa bulan.
“Cikgu Issa cakap simptom yang anak saya alami sebelum ini memang biasa berlaku kepada kanak-kanak yang sering diberikan screen time tanpa had oleh ibu bapa sehingga menyebabkan mereka kehilangan deria rasa yang sepatutnya diterokai anak-anak ketika masih kecil.
“Sejak itu, saya tak bagi Issa tengok TV dalam tempoh berbulan-bulan juga. Tapi apabila dia tunjuk perkembangan lepas dapat bimbingan speech therapist, saya mula beri kebenaran dengan hadkan masa sekitar satu jam.
“Mula-mula dia menangis juga apabila saya buat macam itu tapi kini dia dah okay. Sekarang memang banyak luangkan masa buat aktiviti dengan Issa dan adik dia, Iris. Macam-macam aktiviti saya buat antaranya bacakan buku cerita, melukis, dan main lego dengan mereka supaya deria mereka sentiasa bergerak,” katanya lagi.
Ads
Mia turut menambah, perkongsiannya di Instagram itu adalah bagi memberi kesedaran kepada ibu bapa agar mengurangkan screen time anak masing-masing demi perkembangan mereka.
“Macam kita kecil-kecil dulu, kita ada pengalaman panjat pokok, main dengan kawan-kawan di luar. Kanak-kanak sekarang masa mereka lebih banyak dihabiskan depan TV dan gajet. Bukan tak boleh bagi tapi biarlah berpada-pada.
Kita kena tingkatkan saraf deria anak-anak, sebagai contoh bagi mereka pengalaman rasa pijak rumput atau jalan tar.
Ads
“Alhamdulillah saya cepat tersedar dan tak leka biarkan Issa dengan gajet dan tengok TV sahaja. Nasib baik perkembangan Iris okay, jadi sebab itu saya lebih banyak tumpukan pada perkembangan Issa sekarang,” ujarnya.
Mia mendirikan rumah tangga dengan penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Mohd Izham Tarmizi pada 13 Januari 2017. Hasil perkahwinan pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata, Sayf Issa, 3, dan Iris, 1 tahun.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
PA&MA GALA MOMS yang diinspirasikan bersama CETAPHIL, sebuah program Anugerah Digital yang memberi penghargaan kepada 20 mama millennial yang bukan hanya mempunyai pengaruh yang kuat di media sosial malah memberi inspirasi buat ibu-ibu millennial di luar sana.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Secara umumnya, apabila anak dah mula membesar dan makin aktif, corak pemakanannya juga akan mempengaruhi tumbesaran anak. Jadi di usia anak 1- 4 tahun, anak-anak telah didedahkan dengan makanan keluarga secara beransur-ansur.
Bagaimanapun bukan semua makanan yang dimakan anak-anak dapat membekalkan semua zat yang diperlukan tubuh. Oleh itu, ada baiknya ibu bapa mempelbagaikan pengambilan makanan anak anda berasaskan piramid makanan.
Cuma apa yang menjadi masalah, ramai ibu bapa merungut anak susah nak makan makanan yang disediakan untuk mereka. Ada anak-anak yang hanya nak susu sahaja dan makan kurang dan ada juga yang langsung tak mahu nasi.
Disebabkan masalah ini ibu bapa dah jadi buntu dan berputus asa hingga biarkan anak makan apa yang dia nak. Jika diikutkan kalau kita tak ajar dan biasakan dari awal lama-kelamaan anak pun akan kekalkan tabiat itu hingga mereka besar.
Lagi susah bila anak hanya berminat dengan makanan ringan yang tinggi kandungan garam, MSG, pewarna dan sebagainya.
Bukan hanya boleh menjejaskan kesihatan anak, tapi mungkin boleh menyebabkan daya tumpuan anak nak belajar terganggu, tingkah laku yang sukar di kawal selain menyebabkan sistem imun badan anak jadi tak kuat.
Bagi yang rasa sukar nak biasakan anak-anak dengan pemakanan yang sihat, ikutlah jadual pemakanan terbaik untuk anak-anak berumur 1 hingga 4 tahun seperti yang dikeluarkan oleh Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Ibu bapa sanggup berkorban apa sahaja untuk anak agar mereka mendapat pendidikan terbaik untuk anak. Inilah yang dilakukan oleh Edry Abdul Halim & isteri untuk sanggup berpindah ke Manchester, United Kingdom bagi memberikan perhatian kepada anaknya Emery yang mengalami autisme.
Dalam perkembangan terbaru, Emery yang kini berusia 11 tahun mengalami Gangguan Spektrum Autisme (autism spectrum disorder) sudah pun memasuki sekolah menengah khas di sana.
Menurut Edry, guru memberitahu anak ketiganya itu juga pandai menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Perkara itu dimaklumkan Edry menerusi posting terbaru di Instagram.
edryabdhalim Syukur Emery dah masuk sekolah menengah khas dengan anak2 istimewa yang lain..Cikgu kata dia bijak dan cepat sesuaikan diri dengan persekitaran..Wishing the best for my dear son ❤️ #manchester#redwood#autism
Penyakit jantung sering terjadi kepada bayi kecil. Ia lazimnya kerana masalah kongenital yang terjadi sejak lahir lagi. Ketahui lebih lanjut mengenai penyakit jantung pada bayi dan anak kecil serta kupasan daripada pakar dalam rancangan TV Pa&Ma Mama papa boleh dapatkan tip lanjut dalam rancangan TV Pa&Ma, 20 November 2018 jam 12 tengah hari dan 9 malam di Astro Prima & Astro Maya HD yang bertajuk Derita Jantung Si Kecil.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa tak mahu jadi ibu bapa ohsem buat anak-anak. Maksudnya kita adalah sempurna di mata mereka. Mungkin sebelum ini, ada yang dah anggap caranya dah betul mendidik anak. Tak kurang juga yang rasa gagal sebab anak-anak susah nak dengar kata.
Menurut Pakar Motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah, mak ayah kena yakin kita adalah ibu bapa hebat dan mampu memberi kecemerlangan untuk anak-anak. Cuma bagaimana acuannya bergantung kepada cara kita mengemudi.
Bagaimanapun ramai ibu bapa rasa mereka tak layak nak jadi ibu bapa ohsem pada anak-anak kerana tak belajar tinggi, kerja biasa-biasa dan bukanlah dari golongan yang senang. Ingat sebenarnya Allah dah cipta sebaik-baik kejadian.
Cuma bagaimana kita melaksanakannya bergantung pada kehendak kita. Dengan syarat kita dah didik anak itu dengan betul, doa tak pernah putus serta sentiasa memberi semangat positif dalam diri anak.
Ingat guru pertama anak adalah ibu. Jika ibu lebih peka, cemerlang, cakna tak mustahil anak mampu berjaya dunia akhirat walaupun kita hanya biasa-biasa sahaja.
Paling penting tanamkan dalam hati niat yang baik. Bila hati bersih apa yang kita doakan mudah termakbul. Sebaiknya ibu cubalah luangkan masa untuk lakukan solat sunat, baca al-quran dan buat kebaikan sepanjang masa.
Nak jadi ibu bapa yang ohsem, kena selalu positif. Setiap anak dah ada rezeki dan kehebatan masing-masing. Cuma trend sekarang ini ramai pasangan dah siap-siap cakap saya nak dua je anak sebab tak mampu, kos sara hidup mahal dan macam-macam lagi. Apa-apa pun sepatutnya berbalik la pada qada dan qadar Allah.
Berdasarkan kajian juga 75 hingga 85 peratus pemikiran kita adalah negatif. Sebab itu Rasulullah selalu berpesan kena sentiasa bersangka baik pada diri, anak dan orang sekeliling kita.
Selain itu, jagalah ibadah dan tingkah laku kita selain amalkan suasana rumah tangga kondusif. Paling penting, rezeki yang di bawa balik kena berkat.
Lagi satu ciri nak jadi ibu bapa yang ohsem juga adalah bila cakap dengan anak kena ikut tahap kefahaman akal anak. Anak kecil lain, anak besar lain, anak keras hati lain. Bila mak-mak positif, anak pun positif.
Bila ibu nak anak dengar cakap tapi ibu pun tak nak dengar anak cakap, tak adil. Jadi berubahlah demi kebaikan semua.
Kesihatan tulang belakang adalah asas kepada pergerakan harian dan kualiti hidup yang baik. Sebagai struktur utama tubuh, ia menyokong berat badan, melindungi saraf tunjang,...