Musim anak-anak dilanda demam, batuk dan selesema tentu sahaja membuatkan ibu mula rasa cabarannya ketika memberikan anak ubat. Pun begitu, jangan main bagi sahaja anak ubat, sebaliknya dapatkanlah saranan dan sukatan yang tepat dari doktor.
Walaupun membeli ubat dari farmasi, perlu dapatkan saranan dan jumlah kuantiti yang tepat mengikut berat dan waktu sesuai agar tidak memudaratkan anak kecil kita. Ini yang dikongsikan oleh Dr Izzar Anwari di Instagramnya.
Ini panduan untuk mak ayah, jangan tersalah dos ubat anak!
SALAH DOS UBAT ANAK?
Ramai anak-anak sakit pula sekarang ni. Biasalah dah anak ke sekolah. Lepas tu ada kawan dia kat sekolah sakit, anak pun dijangkiti dan bawa balik pula ke rumah.
Ayra dan Aysha pun tak terlepas. Dua-dua ada selesema dan batuk-batuk. Jadi kenalah kasi ubat untuk minum.
Ubat boleh dapatkan dari doktor atau farmasi sahaja kalau gejala tak serius. Boleh suap sendiri ubat kepada anak. Tapi, AMAT PENTING untuk ibu bapa mengetahui info-info ini mengenai ubat anak tu:
Ads
✅ KETAHUI DOS UBAT. Kebanyakan dos ubat untuk anak-anak diberi mengikut umur (rujuk label ubat). Tapi untuk dos paling tepat, kena kira berdasarkan berat anak (rujuk doktor/ahli farmasi).
✅ Beri ubat MENGIKUT DURASI yang ditetapkan. Bukannya agak-agak je kasi.
✅ UKUR DOS UBAT DENGAN BETUL menggunakan picagari (syringe) atau cawan pengukur. Jangan agak-agak pula guna sudu besar atau kecil. Kalau tiada picagarai/cawan pengukur, dapatkanlah.
✅ BERBINCANG DENGAN AHLI FARMASI kalau beli ubat sendiri kat farmasi dan tak faham arahan label. Jangan main beri je ubat tu kepada anak.
Ads
✅ SIMPAN ubat-ubat di tempat selamat dari jangkauan anak-anak.
Amat penting untuk memberi anak dos ubat yang betul dan secukupnya. Kalau dos terkurang atau terlebih, dikhuatiri akan memudaratkan lagi kesihatan anak.
Ayra haritu kena masuk hospital sebab dia tak nak makan ubat antibiotik. Terpaksalah beri ubat IV di hospital.
Untuk Aysha pula, kitorang masukkan ubat ke dalam susu je kat rumah pastu dia minum. Senang. Alhamdulillah kedua-dua mereka dah sembuh sepenuhnya.
Buat mama papa yang mahu anak lancar bahasa Inggeris, jom sertai e-workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat!
Bersama barisan panel berkredibiliti seperti Dr Azu, Dr Fie serta penampilan istimewa Dato Dr Sheikh Muzaphar. E-workshop ini PERCUMA dan anda berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa baucer barangan bernilai hampir RM1000!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila anak masuk usia dua tahun, ibu ayah mulalah cemas bila mana anak masih tidak mengeluarkan perkataan bermakna. Bimbang anak lambat bercakap dan seterusnya delay dalam segala hal. Inilah yang membimbangkan ibu bapa.
Namun tip paling penting kata Dr Anayasmin Azmi adalah menggunakan masa sebaiknya untuk anak dari 1 hingga 3 tahun untuk berkomunikasi dengan baik.
“Doktor, apa saya boleh buat nak bantu improve speech delay anak saya?”
Ini soalan selalu ditanya. Memang ramai anak kecil dirujuk pada kami. Antaranya 3 tahun tak boleh bercakap, 2 tahun 6 bulan hanya 2 perkataan sahaja.
Ada yang mata focus pada gadget je bila bercakap. Ada yang nampak tak confident, dah 5-6tahun nak buka paip di bilik klinik tu untuk basuh tangan pun nak mak ayah buka kan.
Nak minum air pun tak yakin nak ambil botol buka sendiri, tunggu mak ayah buatkan sedangkan dah 7 tahun.
Tak semua kes-kes ni boleh dipukul rata. Tak semua diagnosisnya sama. Ada pelbagai diagnosisnya. Ada yang memang boleh improve, ada yang sukar sebab non-verbal with underlying diagnosis seperti autism atau hearing issues.
Apa jua diagnosis kita cuba untuk bantu perkembangan anak ke tahap optimum individu anak tu.
Antara yang simple mak ayah boleh buat is, BERCAKAP DENGAN ANAK. Dan bantu anak bina KEMAHIRAN URUS DIRI.
Kemahiran pengurusan diri ini adalah kemahiran yang “menjadikan kita manusia.” Penting. Sangat penting.
Satu lagi, saya memang obses siket tentang kepentingan mak ayah bercakap dengan anak-anak. Terutama anak kecil bawah 3 tahun.
Sebab memang ada research dah di buat, memang ada beza anak yang mak ayah sering bercakap dengannya dan anak yang mak ayah tak banyak sembang.
Sebabkan masa konsultasi pendek, saya tak dapat guide banyak mak ayah.
Renovasi Ruang Belakang Rumah, Mama & Papa Boleh Jadikan Tempat Anak-anak Bermain
Ruang di belakang rumah selalunya ramai yang melakukan proses renovasi untuk ‘extend’ dapur supaya nampak lebih luas. Biasanya ‘lebihan’ ruang di belakang rumah dijadikan dapur basah.
Berbeza dengan pemilik kediaman ini, ruang belakang rumah tidak dijadikan dapur basah sebaliknya dijadikan ruang untuk bersantai-santai. Petang-petang boleh lepak-lepak sambil tengok anak-anak bermain.
Pada asalnya pemilik kediaman bercadang untuk membuat tembok. Namun kemudiannya menukar perancangan dengan DIY menggunakan shera plank, artificial grass dan deck. Semua barang-barang dibeli melalui online. Hasilnya sangat memuaskan hati pemilik kediaman.
JOM KITA LIHAT PROSES KERJA-KERJA DILAKUKAN SEHINGGALAH SIAP
Bercakap dengan anak-anak beza dengan bercakap dengan orang dewasa. Tak boleh main bantai saja. Ada sains dan seninya berkaitan dengan anak-anak ni.
Level umur anak yang berbeza juga perlukan cara bercakap yang berbeza. Tetapi satu persamaan bab bercakap yang ramai orang tidak tahu.
Perkongsian dari Dr Rizal Abu Bakar ini menjelaskan kenapa ibu bapa kena tahu cara bercakap yang betul dengan anak supaya lebih mudah dengar cakap.
Apabila bercakap dengan anak saya akan pastikan yang level mata saya dan anak sama. Penting sangat benda ni. Kalau kita berada di atas dan pandang ke bawah, anak mudah rasa terancam. Sama posisi biasanya masa anak kena marah.
Bila pandang terus ke mata pada aras sama, tumpuan anak lebih baik. Fokus mereka terus pada apa yang kita sebutkan. Mereka dengar dan faham. Arahan akan dilaksanakan.
Kalau kita bercakap tanpa si anak pandang ke mata kita, fokus mereka adalah pada objek yang mereka pandang. Dia tak fokus pada kita. Mereka seolah ‘pekak’ pada apa yang kita sebutkan. Akibatnya kita yang kecewa. Mereka pula kena marah sebab tidak ikut arahan yang kita berikan awal tadi.
Tadi masa kat aiport nampak depan mata senario ni. Anak berumur sekitar 5 tahun ni keluarkan mainan. Seronok nampak dia main tolak dan sorong kereta kecil di atas lantai. Banyak pula tu kereta kereta kecil yang si anak bawa keluar. Seronoklah dia bermain. Macam-macam bunyi keluar.
Saya terhibur tengok keletah si anak. Bila announcement dibuat yang pesawat bersedia untuk berlepas, si ibu terus kata kat anak “pack up now.”
Si anak masih main. Ralit sungguh dia. Si ibu letakkan handphone dan ambil beg. Bersedia untuk bangun.
Masa nak bangun dia tengok si anak belum kemas mainan. Terus kena jerkah. Tangan dia pula terus singgah di telinga si anak. Nampak macam dia pulas tombol pun ada waktu tu.
Si anak pun spontan menangis. Ramailah yang memandang waktu tu. Si ibu buat tak tahu terus kemas mainan si kecil ni. Dah siap kemas terus direntap tangan si anak. Ditarik untuk bangun. Makin menangislah si anak itu.
Peristiwa menangis ini boleh dielak. Apa yang si ibu perlu lakukan ialah panggil nama si anak dan tunggu. Biar anak lihat si ibu dulu. Mata anak dan si ibu kena lock dulu.
Bila mata dah bertentang jangan terus beri arahan. Si ibu perlu turun ke bawah. Biar paras mata si ibu dan si anak sama. Bila mata anak dah sama level baharulah si ibu berikan arahan.
Bila teknik Eye Locking Eye Level (EL2) digunakan, anak akan mudah dengar, patuh dan buat.
Untuk anak dah remaja atau besar, teknik EL2 juga beri kesan sama. Elak dari bercakap atau beri arahan sambil berjalan. Sambil berlalu beri arahan. Kaedah begini tidak berkesan.
Tindakan yang boleh kita buat apabila dipukul, dikasari dan dicederakan. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.