Ibu mana yang tak mahu berikan yang terbaik buat anak-anaknya. Kalau boleh semua produk dan suplemen kita nak beli demi memastikan mereka sihat dan bijak. Begitu juga orang tua kita. Lega hati kita bila dapat pastikan mereka sentiasa sihat walaupun jauh ditinggalkan di kampung. Semua orang pernah belikan suplemen buat anak dan orang tua kita tapi bagaimana nak kenal pasti produk apa yang baik dan benar-benar diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia atau KKM?
Dr Izzar Anwari Datuk Seri Abdul Khani, suami kepada pelakon Ummi Nazeera berkongsi tip untuk mengetahui samada produk atau suplemen yang dijual secara berleluasa dipasaran baik untuk kita berikan pada anak-anak atau keluarga kita.
Perkongsian Dr Izzar pada Sabtu lalu mendapat pujian daripada netizen yang sentiasa mengikuti pelbagai informasi daripada beliau. Ikuti tipnya.
Ubat/suplemen Kami Lulus KKM?
Selalu kan dengar orang jual produk tu cakap camni? Macam mana tu dikira sebagai lulus KKM? Jom saya cerita.
Produk ubat-ubat, suplemen dan ubat tradisional yang dijual di pasaran Malaysia mesti diuji oleh National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini bagi memastikan kualiti, keberkesanan dan keselamatan produk-produk ini, melalui skim pendaftaran dan perlesenan. Barulah pengguna dapat menggunakan produk-produk yang berkualiti dan yang penting, SELAMAT.
Ia akan menjadi isu apabila company ni daftar produk dia sebagai suplemen vitamin/herba SAHAJA. TETAPI selepas sahaja mendapat kelulusan NPRA untuk vitamin/herba, BOOM dia repackage kotak suplemen tu dan tukar terus CLAIM jadi ubat penyembuh rabun, kencing manis, dan strok. 3in1 macam instant coffee, bro. Amazing!?
Sebab tu ada kes seller tu jual ‘ubat’ super yang kononnya boleh menyembuh banyak penyakit n pada masa yang sama, dia dah didaftar/lulus KKM. ?
Satu lagi, kalau dengar/baca iklan ubat kata boleh menyembuh penyakit etc, sah-sah tu TIPU guys. Ada 20 JENIS PENYAKIT yang tak boleh diiklankan. Swipe kiri juga untuk tengok penyakit-penyakit tersebut. Kalau dia ada iklan salah satu daripada 20 penyakit tu, itu tak benar. ?
Check No Pendaftaran MAL
Setiap produk berdaftar ada nombor pendaftaran MAL. Inilah IC kepada produk tersebut. Kita boleh check produk tu di website NPRA dengan menggunakan nombor MAL ini. Maklumat kandungan aktif produk,pengeluar etc boleh kita stalk di situ.
Produk berdaftar juga ada Pelekat Hologram Meditag sendiri. Swipe left kalau nak tahu cara membaca nombor MAL n tengok rupa Meditag tu.
So, kalau penjual promote ubat was-was tu , tanyalah dia ada no MAL tak. Tengok ada Meditag tak. Check dulu kat website NPRA. Kalau takde no MAL, bye bye la. N kalau dia claim melampau, takyahla beli. Check senarai 20 penyakit yang saya terangkan tadi.?
Untuk yang ada mak ayah tu, selalu ke rumah diorang. Pergi ke dapur dan check sikit ubat/suplemen apa diorang ambil. Saya dan adik-adik selalu buat macam ni. Memang ada kadang-kadang produk was-was ni. ?
Ok semua. Semoga tak diperdaya scammer lagi. Beli jelah ubat kat farmasi. InsyaAllah selamat.?
Begitu juga kalau nak beli suplemen pada anak-anak kita. Banyak produk nak buat anak bijak dan macam-macam lagi gaya promosi. Periksa dulu dengan pakar dan kemudian baru beli. Anak selamat, kita pun senang hati.
Kredit foto: @izzar