Anak yang cukup gemar makan telur sememangnya cukup baik. Mana tidaknya, telur mengandungi cukup banyak khasiat untuk kanak-kanak.
Bila anak menjadi penggemar telur, janganlah dilarang kerana terdapat banyak khasiat pada makanan ini, khususnya dalam membantu merangsang minda anak anda.
Kandungan asid lemak EPA yang ada pada telur amat baik untuk kecerdasan otak si manja. Lebih-lebih lagi, kuning telur yang kaya dengan choline, iaitu zat yang amat baik dalam membantu perkembangan memori dan daya ingatan kanak-kanak.
Namun begitu, jika tersalah pilih dan tidak menitik beratkan aspek kesihatan dan sebagainya, telur dengan salmonella
Telur mentah sememangnya mengandungi khasiat yang tinggi namun berisiko mengandungi bakteria Salmonella yang berbahaya untuk semua. Walaupun risiko Salmonella dalam telur hanya 1 dalam 20,000 telur, namun hanya sebiji telur yang berkuman boleh merebakkan bakteria kepada telur lain dan makanan berdekatan. Kuman pada telur walau kebanyakannya berada pada kulit, namun boleh ada dalam isi telur juga.
Jadi pastikan telur yang dipilih untuk sajian anak-anak masih telur yang segar. Macam mana nak kenal pasti telur tegar atau tidak? Ini panduan yang dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin Noor Sadan.
Ads
PASTIKAN TELUR SEGAR! PERIKSA SEBELUM GUNA!
4 cara mudah untuk kenal pasti tahap kesegaran telur:
1 . Rendam telur dalam air. Lihat tahap keterapungan telur tersebut di dalam air (seperti di infografik)
Ads
2. Lihat keadaan kuning dan putih telur. Kuning telur segar dalam keadaan pejal dan tidak cair.
3. Hidu aroma telur. Telur lama atau tembelang berbau sangat busuk.
Ads
4. Pengguna disaran lihat tarikh luput (jika ada). Pilih telur yang tidak retak dan bersih dari najis.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bayi dah 6 bulan? Nak bagi apa dulu? Mengikut Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia, bayi disarankan untuk diperkenalkan dengan bubur nasi terlebih dahulu. Bubur nasi merupakan sumber karbohidrat yang boleh didapati dari setiap isi rumah dan murah.
Berdasarkan perkongsian Kaunselor Laktasi, Nad Masrom, bubur nasi yang berasa tawar boleh mengurangkan kebarangkalian anak menolak nasi jika diperkenalkan dahulu dengan puri buah yang lebih manis.
Makanan pelengkap yang baik kepada bayi mestilah terdiri dari semua kumpulan makanan berdasarkan piramid makanan Malaysia (Aras 1: sumber karbohidrat, bijiran / Aras 2 : sayur dan buah-buahan / Aras 3: Sumber protein seperti ikan, ayam, kekacang / aras 4: lemak, minyak, garam, gula).
Ini adalah penting untuk memastikan bayi mendapat semua sumber nutrisi dengan lengkap.
Antara cara penyediaan yang disyorkan KKM ialah bubur nasi ditambah minyak (boleh guna minyak zaitun atau unsalted butter), ditambah sayuran dan sumber protein seperti ayam dan dikisar. Boleh juga ditambah susu sedikit untuk mudahkan bayi menerimanya.
Dulu masa Kak Nad tak ada ilmu, Kak Nad tak ikut saranan KKM ni sebab tak faham dan hanya beri puri buah atau sayur sahaja. Bubur nasi lambat juga Kak Nad perkenalkan.
Sehinggalah Khadijah masuk hospital pada usia 8 bulan dan doktor pakar kanak-kanak maklumkan tubuh Khadijah kekurangan iron dalam darah dan kurang kalori walaupun menyusu susu ibu sepenuhnya.
Masalah biasa bila kita beli pisang ialah cepat lembik, lebam dan busuk. Sebenarnya keadaan ini berlaku kerana kita tahu tahu cara menyimpan pisang yang betul. Jika kena caranya buah ini akan tahan lebih lama.
Pisang antara buah-buahan tempatan yang amat disukai oleh anak-anak. Bagi mama dan papa yang selalu ada stok buah pisang di rumah, boleh cuba LIMA cara berikut. Selepas ini tiada lagi masalah pisang menjadi lebam dan cepat busuk selepas dibeli.
1. Pilih sisir ada masak dan belum masak
Pilih sisir atau setandan pisang yang di dalamnya terdapat pisang yang sudah masak dan belum masa. Supaya kitya tak perlu menghabiskan semua pisang dalam masa yang singkat.
2. Basuh pisang dengan air bersih
Kebanyakan peniaga akan menyembur sejenis bahan kimia untuk mempercepatkan proses kematangan pisang. Oleh itu dengan membasuh pisang bukan saja dapat mengelakkan kita termakan malah mengelakkan ia dari masak lebih cepat.
3. Balut tangkai dengan kertas aluminium
Untuk kekalkan kesegaran pisang, balut tangkat pisang dengan kertas aluminium atau kertas. Kemudian simpan di tempat yang mempunyai pengudaraan yang baik. Selain itu boleh juga gantung pisang dalam keadaan tangkai ke atas. Ia bertujuan mengurangkan bintik-bintik pada pisang.
4. Jangan simpan pisang dengan epal
Ini kerana epal akan membebaskan sejenis bahan kimia yang disebut ‘ether’ yang akan menyebabkan pisang masak lebih cepat.
5. Elak hentak pisang
Jangan letak dengan kasar atau menghentak pisang ketika mengendalikannya. Pegang atau letakkan dengan perlahan kerana hentakan yang kuat akan menyebabkan kulit pisang menjadi gelap atau lebam dan teksturnya menjadi lembik.
Ramai ibu yang mengeluh anak makan banyak tapi berat tak naik-naik. Adakah anak mempunyai masalah penghadaman dan sebagainya. Tapi ibu kurang mengambil tahu carta pengambilan makanan dan diet harian yang seimbang untuk anak-anak yang betul.
“Anak saya makan banyak. Tetapi berat susah nak naik.”
Ini adalah pernyataan kebanyakan ibu ayah apabila berjumpa saya atau lewat PM mereka pada saya. Apabila ditanya contoh pengambilan makan dan diet harian, kebanyakan anak-anak tidak mendapat protein yang cukup di dalam diet harian.
Seekor ikan sehari sahaja. Sebiji telur sekali sahaja sehari. Ayam secubit dua setiap kali makan.
Pengambilan lauk yang terlalu sedikit akan mempengaruhi status pemakanan anak. Darah merahnya rendah. Beratnya tidak naik. Anak sentiasa lapar dan cepat tantrum. Protein bertindak untuk mengenyangkan kerana memerlukan masa yang lebih lama untuk dihadamkan.
Bagaimana memastikan anak mengambil protein yang mencukupi untuk keperluan hariannya?
Cuba lihat kembali kepada jumlah pengambilan lauk pauk yang diambilnya. Adakah mencukupi?
Lihat kembali kepada infografik di bawah.
Mengikut Malaydia Dietary Guidelines, anak berumur 3 tahun memerlukan separuh hidangan ayam, separuh hidangan ikan, separuh hidangan legume dan dua hidangan susu sehari.
Ini adalah jumlah hidangan yang sepatutnya diambil untuk anak-anak yang mempunyai berat badan yang normal dan sihat. Sekiranya anak mempunyai masalah kenaikan berat badan, seharusnya pengambilan protein adalah lebih lagi daripada jumlah ini.
Tujuan saranan mempelbagaikan pilihan makanan antara ikan, ayam dan legume kerana setiap satunya mempunyai zat yang pelbagai dan tidak sama antara satunya.
Ikan misalnya mempunyai Omega 3. Ayam mempunyai zat besi. Begitu juga daging. Kaya dengan zat besi dan vitamin B. Legume pula selain kaya dengan serat turut mempunyai pelbagai jenis mineral dan vitamin diperlukan tubuh.
Mengambil ayam sahaja menyebabkan anak kekurangan vitamin B, calcium, selenium dan fosforus yang boleh diperolehi daripada ikan dan makanan laut.
Jadikan setiap hidangan makan anak adalah berbeza pilihan lauk sebolehnya.
Satu hidangan ayam untuk tengahari, satu hidangan ikan untuk malam dan satu hidangan legume misalannya di sebelah pagi.
Infografik ini menunjukkan jumlah pengambilan untuk satu hidangan lauk pauk yang mempunyai 14g protein.
Sekiranya menurut saranan, pengambilan hanyalah 1/2 hidangan sahaja sehari bermaksud hanya 7g protein sahaja diperlukan untuk setiap jenis makanan. Atau separuh daripada jumlah hidangan di atas.
Sama juga dengan jumlah hidangan untuk daging dan ayam. Kebiasannya anak usia 1-3 tidak suka makan ayam atau daging kerana perlu dikunyah dan sedikit liat. Adakala ibu ayah yang jarang memberikan daging di dalam hidangan anak seharian.
Apa yang boleh dibuat sekiranya anak tidak mahu makan isi ayam atau hanya kunyah ayam dan kemudian meluahkannya kembali?
Ayam atau daging boleh dikisarkan dan dicampurkan ke dalam makanan atau sup untuk dihirup anak. Pastikan setiap hidangan yang diambil mestilah mencukupi saiz hidangannya.
Sekiranya hidangan mee atau bihun atau pasta dan sebagainya, ambil sesenduk mee sesuai untuk pengambilan anak sahaja. Pecahkan sebiji telur dan gaulkan bersama hidangan tadi. Bukan bersama hidangan untuk seisi keluarga. Ini akan menggalakkan anak mengambil protein dengan mencukupi.