Siapa pernah kena bengkak susu? Hanya yang pernah merasai saja tau macam mana sakitnya bila kena bengkak susu yang teruk. Sampai boleh demam la.

Perkongsian Umi Aishah ini boleh dijadikan panduan untuk ibu mengetahui  apa PUNCA BENGKAK SUSU dan apa PETUA UNTUK HILANGKAN BENGKAK SUSU.

Jangan Main-Main Bila Ada Tanda Bengkak Susu. Bahaya! Nak Elak Kerapkan Penyusuan Dan Sesi Memerah

PUNCA-PUNCA BENGKAK SUSU

  1. Lambat memulakan penyusuan kali pertama.

Lambat memulakan penyusuan selepas bersalin boleh menyebabkan cecair dalam badan terkumpul di payudara, dan menyebabkan bayi sukar menyusu dalam keadaan payudara membengkak.

IKLAN
  1. Lekapan yang tidak betul.

Lekapan yang tidak betul akan menyebabkan susu tidak dapat dikeluarkan dengan efektif dari payudara.

  1. Penyusuan / pemerahan yang tidak kerap.

Penyusuan yang tidak kerap menyebabkan payudara tidak dikosongkan dengan kerap dan jarak masa antara sesi memerah yang terlalu lama juga berpotensi menyebabkan saluran susu tersumbat dan meyebabkan bengkak.

  1. Menetapkan masa menyusu di setiap belah payudara.

Bayi perlu menyusu di sebelah payudara sehingga dia melepaskan sendiri payudara itu. Kerap menukar payudara semasa menyusu menyebabkan susu tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya dari setiap payudara. Ini boleh menyebabkan masalah bengkak susu.

IKLAN
  1. Tertinggal sesi memerah.

Bagi ibu yang bekerja tertinggal sesi memerah ketika bekerja juga menyumbang kepada masalah bengkak susu.

Jangan Main-Main Bila Ada Tanda Bengkak Susu. Bahaya! Nak Elak Kerapkan Penyusuan Dan Sesi Memerah

IKLAN
  1. Pam susu.

Penggunaan pam yang tidak sesuai terutamanya jika saiz corong pam terlalu kecil dengan puting ibu boleh menyebabkan susu tak dapat keluar dengan baik dari payudara, sekaligus menyebabkan masalah bengkak susu kerana susu dikeluarkan sehingga kosong.

TIPS/PETUA UNTUK HILANGKAN BENGKAK SUSU

  1. Mandi air panas selama 15-20 minit. Halakan air panas ke bahagian breast. Semasa mandi, buat urutan secara membulat ke seluruh bahagian payudara dengan sedikit tekanan di bahagian ketulan.
  2. Isi air panas dlm botol dan golek-golekkan di bahagian ketulan.
  3. Lakukan urutan dari atas ke bawah, arah areola di seluruh payudara.
  4. Susukan bayi/perah susu sekerap mungkin. Sambil golekkan botol air panas tadi di kawasan bengkak sepanjang sesi penyusuan/memerah.
  5. Elakkan ais, tambahkan pengambilan AIR SUAM 1 gelas setiap 1 jam.
  6. Urutan/tuam membantu melegakan bengkak dan meleraikan saluran susu supaya aliran susu kembali normal.
  7. Jika kulit di bahagian payudara yang bengkak kemerahan, ini tanda-tanda anda mengalami radang payudara. Tuam dengan tuala sejuk/botol berisi air sejuk selama 10-15 minit dulu sebelum tuam menggunakan botol berisi air panas untuk menghilangkan radang.

p/s: Jangan main-main tau dengan bengkak susu ni, bahaya. Kerapkan sesi penyusuan kepada ibu suri rumah dan kerapkan sesi memerah kepada ibu yang bekerja.

Sumber: Kelab Ibu Hamil, Menyusu & Berpantang

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI