Denggi adalah wabak berbahaya, apatah lagi jika menghinggapi wanita hamil. Rawatan dan pemantauan perlu diberikan segera kerana kegagalannya boleh mengakibatkan pelbagai masalah seperti kelahiran bayi tidak cukup bulan (pramatang) atau kematian janin dalam kandungan.
Denggi diakibatkan oleh gigitan nyamuk Aedes betina yang telah dijangkiti. Demam denggi selalunya akan ditandai dengan simptom seperti demam, sakit sendi dan otot, timbulnya ruam,loya dan muntah, sakit kepala/ pening dan sakit di belakang mata.
Ia tidak memilih mangsa dan wanita hamil juga berpotensi untuk dijangkiti. Dr Sakinah Sulong, Pakar Perubatan Keluarga berkongsi pengalamannya mengendalikan kes wanita hamil yang mengalami jangkitan denggi.
Keengganan untuk dimasukkan ke wad penjagaan intensif (ICU) untuk diberikan rawatan & dipantau sedikit sahaja lagi boleh menyebabkan kematian. Berikut ialah perkongsian beliau;
PESAKIT ENGGAN DIMASUKKAN KE DALAM WAD SEDANGKAN DENGGINYA KRITIKAL
DENGGI SEMASA HAMIL SANGAT BAHAYA, ANCAM NYAWA BAYI DALAM KANDUNGAN
Dr Sakinah juga berkongsi bahawa demam denggi pada wanita hamil sangat bahaya dan perlu dipantau rapi. Dia dianggap kes kecemasan dan perlu dimasukkan ke wad untuk memantau paras bacaan beberapa komponen penting seperti platelet dan sebagainya.
Lebih mencemaskan lagi, bayi dalam kandungan sedang dalam risiko bahaya di mana risiko stillbirth (lahir tanpa nyawa selepas usia 20 minggu atau berat lebih 500gm). Bayi juga mungkin selamat tapi berisiko untuk dilahirkan pramatang.
DOKTOR & JURURAWAT TIDAK HENTI MEMUJUK DEMI KESELAMATAN IBU & BAYI
Dalam kes yang dikongsikan, pesakit berkenaan enggan dimasukkan ke wad. Namun pasukan perubatan yang terdiri daripada doktor dan jururawat terus memujuk pesakit ke hospital, malah bersiap sedia dengan ambulans kerana bimbangkan keadaan pesakit. Namun akhirnya pesakit akur dan mengikuti ke hospital.
TIDAK MAMPU TIDUR LENA HINGGA PESAKIT DIMASUKKAN KE WAD ICU
Komitmen kepada tugas menyebabkan Dr Sakinah tidak dapat melelapkan mata sehingga pesakit berkenaan dimasukkan ke wad bagi memulakan rawatan. Kesabaran team perubatan tepat pada masanya dan ketika dimasukkan ke wad ibu berkenaan sudah pun mengalami komplikasi sesak nafas akinat air sudah memasuki paru-paru.
LEBAM KERANA PLATELET TERLALU RENDAH
Setelah stabil dan dibenarkan pulang, Dr Sakinah mendapati wanita berkenaan mengalami lebam-lebam di badan yang menandakan berlakunya pendarahan kerana paras platelet dalam darahnya sangat rendah.
DENGGI BAHAYA. ANDAI KATA DINASIHATKAN UNTUK MASUK WAD, BERIKAN KERJASAMA
Sumber: Sakinah Sulong
Artikel berkaitan: [Kalau Anak Sakit & Tunjukkan 3 Tanda Bahaya Ini Tolong Cepat Bawa Ke Hospital. Lambat Bertindak Boleh Bawa Maut!]
Anak yang mengalami pekak dan bisu boleh dididik kebolehannya. Bagaimana caranya? Ikuti perkongsian daripada pakar & ibu bapa dalam rancangan TV Pa&Ma yang bertajuk “Mendidik Kebolehan Anak Pekak & Bisu” jam 12 tengah hari & ulangan 9 malam di slot Dewi (Astro Prima [105] & Astro Maya HD [135]) pada Selasa, 18 Disember 2018.