Anemia atau lebih dikenali sebagai masalah HB rendah banyak dihadapi oleh ibu-ibu hamil. Walau pun ia masalah yang biasa, perkara ini tidak semestinya diambil mudah. Dalam jangka masa panjang jantung ibu boleh jadi lemah dan rosak!
Pemeriksaan paras HB sememangnya menjadi rutin setiap kali ke klinik ibu dan anak. Ini menggambarkan betapa pentingnya paras sel darah merah kepada ibu hamil dan janin. Rendah atau kurang memberikan impak yang besar kepada kesihatan ibu dan anak. Ia perlu diatasi segera.
Dr Aimi Jaafar dari Klinik Taqwa Bangi berkongsi mengenai anemia kepada wanita hamil. Antara fakta yang dikongsikan ialah jantung ibu boleh rosak (heart failure) selepas beberapa tahun.
Anemia Pada Wanita Hamil
KESAN ANEMIA
Anemia adalah keadaan di mana darah merah dalam badan tidak cukup dari segi kuantiti atau kualiti untuk membawa oksigen (makanan) kepada sel di seluruh badan. Apabila sel tidak dapat oksigen yang cukup, ini boleh mengganggu banyak fungsi penting dalam badan, termasuk organ-organ tertentu.
ANEMIA MENJADIKAN DARAH IBU CAIR
Wanita hamil memang berisiko mendapat anemia ini, disebabkan badan menghasilkan lebih banyak darah untuk disalurkan kepada 2 tubuh. Sekiranya ada kekurangan nutrisi tertentu pada ibu, darah boleh menjadi terlalu cair, dan menyebabkan Hb rendah.
Seperti air kopi yang ditambah air, tapi tidak serbuknya. Ianya boleh jadi kondisi yang ringan dan mudah dirawat, tapi boleh juga menjadi masalah serius.
paras hb ibu hamil
Ringan : Hb 9 – 10.9
Sederhana : 7 – 8.9
Berat : 4 – 6.9
Sangat berat : <4
HB BAWAH 7g/dL JANGAN AMBIL RINGAN
Anemia tidak seharusnya diambil ringan ibu hamil, terutamanya yang sangat rendah (Hb < 7g/dL).
Komplikasi anemia kepada anak dalam kandungan:
1. Boleh menyebabkan pertumbuhan anak terbantut.
2. Anak gugur.
3. Anak meninggal dalam perut.
Komplikasi anemia kepada si ibu:
1. Jantung lemah dan rosak (heart failure), kalau tak nampak sekarang, akan kelihatan dalam masa beberapa tahun akan datang.
2. Mudah dijangkiti kuman, disebabkan sistem imun badan yang lemah.
3. Kontraksi pra matang.
4. Masalah kesihatan lain.
LANGKAH RAWATAN
Selalunya doktor akan berikan nasihat pemakanan dan nutrisi dahulu, termasuk supplement. Kalau memang iron yang terlalu rendah, ada juga iron injection. Jarang diberi, tapi tengok kes.
Kalau hb terlalu rendah, beserta dengan gejala, dan perlukan transfusi darah, teruskan lah. Ia bukan sahaja untuk menyelamatkan nyawa anda dan bayi sekarang, tapi untuk akan datang juga.
P/s: Ada beberapa kes saya jumpa yang enggan menerima blood transfusion walaupun bacaan Hb hanya 6 lebih. Saya tak pasti apa sebab keengganan ini. Tapi memang amat merisaukan.
Sumber: Dr Aimi Jaafar
Artikel berkaitan: Nak Hamil Anak Pertama Tiada Masalah, Tapi Anak Kedua Susah Pula Nak Lekat. Ini Tips Pakar
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI